57

401 41 5
                                    

Ustaz Kamil dan Tuan Ghazi membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Jari jemari Khairani mula bergerak sedikit demi sedikit. Begitu juga Ayeesha namun tidak sedikitpun mata mereka terbuka.

"Ayah, ada sesuatu yang tak kena" Tuan Ghazi merasakan sesuatu.

"Tuk.." pen di atas meja Khairani terjatuh ke atas lantai. Mereka semua memandang pen itu. Farhana bangun lalu melihat buku nota Khairani.

"Sesiapa, tolong! Khairani dan Ayeesha dalam bahaya. Mereka ditangkap oleh lembaga itu. Tolong! Saya tidak dapat membantu mereka seorang diri.."
Setelah membaca, Farhana terus mengambil nota itu dan tunjuk kepada Ustaz Kamil dan Tuan Ghazi.

"Lihat, Mason tinggalkan sesuatu.." mereka membacanya satu per satu. Terkejut Ustaz Kamil dan Tuan Ghazi melihatnya. Adakah ini benar Mason? Ataupun main syaitan itu? Mereka tidak percaya dengan apa yang mereka lihat.

*   *   *

Ayeesha menangis kerana ketakutan. Lembaga itu menghilang entah kemana.

"Ayeesha sayang, jangan menangis. Papa ada disini" Khairani cuba menenangkan Ayeesha.

"Papa, Ayeesha minta maaf. Ayeesha tak patut ingkar cakap papa.." Ayeesha menangis dengan penuh penyesalan.

"Tak apa, sayang. Ayeesha kena yakin Allah akan bantu kita" Khairani cuba menenangkan Ayeesha.

Ayeesha masih menangis. Dia dikurung di dalam sangkar. Khairani pula diikat kedua-dua tangannya dengan ketat. Syaitan ini ibaratkan penculik yang laparkan harta. Tetapi berbeza sedikit. Ini laparkan darah. Ayeesha menggegarkan sangkar tersebut sambil menangis untuk melepaskan diri. Khairani hanya memandang sahaja. Dia tak boleh nak buat apa-apa. Tangannya diikat. Dia tidak boleh bergerak. Hanya doa yang mampu dipanjatkannya pada Ilahi. Berharap agar takdir menyebelahinya. Dia cuba menjadi kuat demi anakanda tercintanya, walau jauh disudut hatinya, dia juga gentar.

*   *   *

"Ya Allah, aku memohon keampunan kepada-Mu. Ampunkan dosa-dosaku yang lalu. Aku pernah menduakanMu, aku pernah mensyirikkanMu. Aku jahil. Aku berdosa. Ampunkan aku, Ya Allah. Aku sedar kesilapanku. Akhirnya kesilapanku ini memakan diriku sendiri. Malah dosaku yang lalu telah menyebabkan orang yang tidak berdosa turut terlibat sama.

Ya Allah, aku sanggup berkorban demi agamaMu. Aku sanggup mati di jalanMu, demi mencari keredaanMu.

Ya Allah, selamatkan Khairani dan Ayeesha. Bantu mereka, ya Allah. Hantarkan bantuan kepada kami, ya Allah. Aku memohon kepada-Mu ya Allah. Ampunkan dosaku, selamatkan Khairani dan Ayeesha.." Mason bersujut kepada Ilahi. Dalam tangisannya yang sangat mendalam, ingin dia mendekatkan diri kepada Ilahi. Dia benar-benar menyesal. Air matanya jatuh tanpa henti tatkala memohon maaf pada yang Esa. Itulah taubat nasuhanya. Moga-moga diterima oleh Allah.

Bahu Mason ditepuk lembut apabila dia tertidur seketika selepas bersujud kepada Allah. Dia terjaga dari tidurnya. Dia melihat gerangan yang hadir menepuk bahunya tadi. Seorang lelaki yang tegap badannya, tetapi tenang wajahnya.

"Who are you?" Mason bertanya. Siapa pula gerangan yang hadir ini?

"You must be Mason, right?" Lelaki itu bertanya.

"Yes, I am Mason. Who are you?" Mason duduk menghadap lelaki itu.

"I am Ghazi. Khairani's friend" Mason membuntangkan matanya. Bagaimana pula boleh orang lain pun berada disini?

The SecretWhere stories live. Discover now