65

481 43 4
                                    

Khairani segera menelefon Ustaz Kamil, Tuan Ghazi dan Mason ekoran perasaannya yang bercampur baur.

"Assalamualaikum, Ustaz. Boleh tak ustaz datang ke rumah lama saya? Kami berteduh disini dahulu ekoran hujan lebat secara tiba-tiba tetapi saya rasa tak sedap hati"

Khairani memberitahu hasratnya untuk meminta Ustaz Kamil datang ke rumah lamanya. Ibu bapa Khairani serta adiknya telah pergi dahulu menetap ke lokasi penginapan yang ditempahnya. Dia tersekat disini kerana hujan lebat.

Mereka sekeluarga hanya duduk di ruang tamu yang kosong itu dengan senyap. Menunggu kehadiran orang yang dikehendaki. Ayeesha yang meletakkan kepalanya di paha Farhana tiba-tiba berasa tidak sedap badan.

"Mama, Ayeesha rasa.. dada Ayeesha sakit.." Farhana panik. Kenapa pula tiba-tiba dadanya sakit? Ayeesha menangis kerana tidak tahan dengan kesakitan yang dialami. Iyalah kan, budak umur 6 tahun. Manalah kuat sangat kudratnya.

"Prang!" Bunyi kaca pecah dari tingkat atas secara tiba-tiba. Ayeesha tiba-tiba tergamam.

"Abang bunyi ap-" tak sempat Farhana menghabiskan ayatnya, Ayeesha menekup mulut Farhana lalu Ayeesha memegang tangan Farhana dan Khairani dan membawa mereka ke bilik stor yang berada di dapur. Dadanya masih terasa sesak namun dia tahu apa yang berlaku.

"Ayeesha.. kenapa ni?"

Ayeesha tidak membalas. Mereka memandang sekeliling. Ayeesha tiada. Farhana sudah semakin panik. Ayeesha hilang secara tiba-tiba. Tanpa disedari, keadaan sekeliling bertukar menjadi gelap gelita. Bilik yang didiami mereka bertukar menjadi bilik yang pernah dia lihat. Bilik ini, dia kenal. Bilik di alam kegelapan. Max telah keluar. Sudah tiba ke masanya? Atau Max lebih cepat bertindak? Khairani sekali lagi terperangkap di alam itu. Bezanya kini dia berada di alam itu bersama Farhana. Khairani cuba meninjau dari pintu bilik. Kelihatan Max sedang berjalan perlahan, mencari sesuatu.

"KHAIRANI! Ayeesha ada disini.." Max cuba memanipulasi Khairani. Benar Ayeesha berada dalam 'tangan'nya sekarang. Namun dia menggunakan Ayeesha untuk melemahkan Khairani. Max memegang sebuah patung kecil. Rupa bentuknya seperti Ayeesha namun di dada patung itu tertusuk sebatang jarum halus. Adakah itu voodoo Ayeesha?

"Hana, abang kena selamatkan Ayeesha.." Farhana memegang tangan Khairani.

"Abang, bahaya.." ketakutan mula menghantui diri Farhana.

"Nyawa anak kita lagi dalam bahaya.."

"Abang, Hana nak ikut abang.." Farhana menangis.

"Tempat ini sangat bahaya. Hana cari jalan keluar.."- Khairani menyuruh Farhana melarikan diri.

*   *   *

Mason tiba serentak dengan Ustaz Kamil dan Tuan Ghazi. Hujan sudahpun berhenti namun kelibat Khairani sekeluarga tidak kelihatan.

"Mason, kamu tak balik ke luar negara lagi?" Tanya Ustaz Kamil.

"Saya balik esok.."

"Ada apa kamu ke sini?"

"Saya rasa sesuatu yang tidak kena.." Mason berkata.

"Elok kita masuk dulu. Petir bersahut-sahutan ni.." Ustaz Kamil memberikan cadangan. Mereka semua mengangguk.

Mereka bertiga memberi salam tetapi tidak dijawab. Malah seumpama mereka memberi salam kepada rumah yang tiada penghuni.

"Aik? Kasut ada tapi tiada orang jawab?" Tuan Ghazi pelik.

"Mereka tidur kot.." Ustaz Kamil bersangka baik.

The SecretWhere stories live. Discover now