Semakin hari, tantrum Farhana semakin tidak menentu. Ayeesha sering menjadi tempat dia melepas geram. Mana tak nya, kata dia Ayeesha sering buat masalah. Kadangkala, Khairani runsing juga kerana Farhana suka marah Ayeesha tak menentu. Kalau diikutkan hati, memang boleh bawa gaduh. Tetapi Khairani faham diri Farhana kini. Dia tetap bersabar. Ayeesha sering mengadu kepada bapanya. Dia sering dimarahi tanpa sebab. Khairani pun tak tahu kenapa Farhana boleh berubah secara drastik begitu.
Pada suatu malam, dikala bulan cerah menyinari malam mereka, Khairani merenung ke luar jendela. Memandang ke arah rangka sebuah pembinaan yang kian membangun. Tempat tinggalnya semakin pesat. Biarpun 20 minit jauh dari bandar, dia gembira tempat ini kian membangun. Jiran tetangga serta warga kampung juga bersedia menerima segala perubahan. Ini yang menyebabkan tempat ini amat strategik untuk membangun. Jika diberi peluang, mahu sahaja Khairani mencadangkan pelbagai idea untuk membangunkan tempat ini. Namun, tiada sponsor . Siapa mahu bangunkan?
Malam ini terasa agak sibuk. Disebabkan rumah mereka berdekatan dengan tapak pasar malam, agak sedikit sibuk dan bising. Khairani memandang bulan penuh malam ini. Tiada apa yang dia fikirkan sekarang ini. Hanya termenung kosong. Farhana sedang menonton televisyen. Farhana suka mengambil masanya sendiri pada waktu malam. Mungkin ini masanya untuk dia rehat. Ayeesha datang memeluk kaki Khairani. Kecil sahaja anak dia ni. Bila la nak besar.
"Papa.." Ayeesha memeluk kaki bapanya sambil memandang Khairani.
"Iya, sayang.." Khairani tersenyum memandang Ayeesha.
"Papa, betul ke kawan Ayeesha kata, kalau bulan penuh, hantu keluar?" Mendengar soalan yang diajukan oleh Ayeesha, Khairani tergelak.
"Mana ada la. Itu kata orang tua-tua sahaja.." Khairani memberi penjelasan.
"Jadi, tiada hantu la?" Ayeesha bertanya lagi.
"Hantu itu sebenarnya jin. Jin memang ada. Kita perlu percaya terhadap benda ghaib seperti jin, syaitan ini, tetapi bukan mengamal atau menyembah mereka.."
"Oh.." Ayeesha memandang ke arah luar tingkap juga.
"Ramainya orang.." dia melihat kereta yang tersusun baris pada sisi jalan. Itu semua milik orang yang mahu ke pasar malam yang diadakan pada setiap hari Jumaat, malam Sabtu. Tiba-tiba,
"Assalamualaikum," kedengaran seseorang memberi salam. Khairani menjenguk ke luar tingkap. Dia ternampak satu figura lelaki tua.
"Abang, Pak Mad datang.." jerit Farhana dari tingkat bawah. Khairani datang ke tingkat bawah bersama Ayeesha. Farhana mempelawa Pak Mad masuk ke dalam rumah, lalu ke dapur untuk menyajikan lelaki berusia emas itu sedikit makanan dan minuman.
"Atuk!" Ayeesha berlari ke arah Pak Mad lalu memeluknya.
"Ayeesha.." Pak Mad mendukungnya.
"Semangatnya Ayeesha sekarang.." Pak Mad mencubit pipi Ayeesha. Khairani bersalaman dengan Pak Mad.
"Kenapa tak bagitahu nak datang, Pak Mad? Boleh saya siapkan sedikit makanan lebih awal.." kata Khairani.
"Eh tak apa. Pak Mad pun dari pasar malam tadi. Sengaja singgah rumah kamu ni, nak jumpa kamu sekerluarga.." Pak Mad memandang Ayeesha.
"Lama Ayeesha tak datang kedai atuk?" Pak Mad mengajukan soalan.
"Papa sibuk. Papa nak pergi kerja cepat.." jujur si kecil itu.
"La, iya ke.. tak apalah. Nah, atuk beli sedikit kuih untuk Ayeesha.." Pak Mad menghulurkan sedikit kuih yang dibelinya di pasar malam.
"Eh, Pak Mad. Tak perlu susah-susah.." kata Khairani serba-salah.
YOU ARE READING
The Secret
ParanormalGerhana mentari bakal tiba, Tersingkap segala rahsia dusta, Sebagai hukuman kekhilafan lama, Insan biasa menjadi mangsa. Arjuna perkasa menjadi tawanan, Disulami debaran beribu halangan, Rela diseksa menanggung beban, Kasih dihamparkan seluas lautan...