64

410 40 1
                                    

Khairani buntu. Aik, dia pelik sebenarnya. Takkanlah di rumah baharu pun kena juga ? Dia sudah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

Farhana tertawa lucu melihat gelagat suaminya. Comel pula. Sudah lama mereka berdua tidak menghabiskan masa bersama-sama. Hanya berdua. Alamak, sudah terjiwang.

Tangannya cepat sahaja memegang tangan Khairani yang masih di atas kepala. Terus sahaja Khairani tersentak dengan sentuhan lembut isterinya. Beria juga dia terkejut, sehingga terbeliak biji matanya.

Farhana tergelak kecil, sekali lagi terhibur. Mungkin dia sudah penat menitiskan air mata pilu, maka sekarang dia cuma mahu gembira.

"Abang, kut iya pun serabut, janganlah comel sangat macamtu, okey?", tegur Farhana.

Tangannya masih ditekupkan ke bibirnya, menahan tawa. Merah juga pipi Farhana akibat terlalu suka.

Khairani tersengih.

"Amboi, Hana. Sukanya gelakkan abang. Iyalah, abang serabut sikitlah, Hana. Abang ingat semua ni dah selesai. Ni abang ingat nak telefon ustaz Kamil jelah jawabnya. Dah kena lagi anak kita."

Sungguh, dia penat. Maafkan aku, ya Allah kerana mengeluh.

Farhana mendekati suaminya itu. Pipi suaminya dipegang lalu dicubit. Habis lah merah muka kawan tu dek putih sangat kulitnya. Eee geram!

"Adui, Hana. Kenapa ni, cubit abang? Nak menyedarkan abang dari realiti ke macam mana ni?"

Dia mengusap-usap pipinya yang kemerahan. Aduhai aduhai. Macam-macamlah kerenah si Farhana ni. Alahai.

Farhana masih tersenyum sendiri. Yang sebenarnya, dia hanya rindu untuk melihat Khairani tersenyum begitu. Sudah beberapa bulan hanya wajah serius yang ditayangkan Khairani. Nak buat macam mana, kehidupan terlalu mendesak. Dia juga manusia biasa, okey? Bukannya robot, tiada perasaan. Teknologi sekarang pun sudah canggih, robot siap ada perasaan lagi tau.

Berbalik kepada realiti, ya ! Ayeesha masih sedang dirasuk. Anak gadis Khairani dan Farhana itu masih tidak sedarkan diri. Allah, risaunya hati, bukan kepalang. Letih dia dibuatnya.

Kedengaran bunyi enjin menderam di luar rumah mereka. Khairani dan Farhana berpandangan sesama mereka. Terkejut.

"Siapa tu, abang?",soal Farhana dalam keadaan berbisik.

Risau pula kalau pencuri ke apa, kan? Mau ditetaknya, nauzubillahiminzalik.

Khairani hanya menunjukkan isyarat kepada Farhana supaya terus mendiamkan diri.

Seminit selepas itu...

"Ttok ttok ttok"

"Ttok ttok ttok"

"Assalamualaikum! Khairani, ooo Khairani! Aku, ni. Ustaz Kamil. Khairani?"

Kening Khairani berkerut kehairanan. Aik. Setahu dia, dia belum sempat lagi untuk mendail nombor Ustaz Kamil tetapi orang tua itu sudah berada di hadapan rumah mereka? Dia dapat gerak hati bahawa Khairani memerlukan diakah? Hm. Mungkin.

Ayat Kursi mula dibaca. Mana tahu, itu Max yang menjelma menjadi Ustaz Kamil. Manusia bertopengkan syaitan ini sama sekali tidak boleh dibawa bincang. Khairani serik !

Bunyi ketukan di pintu utama semakin kuat.

"Khai, ni pakcik ni. Bukan syaitan seperti yang kamu fikirkan",laung Ustaz Kamil.

Yang sebenarnya, Ustaz Kamil sendiri tidak tahu kenapa dia tiba-tiba tidak lena tidur mengenangkan keluarga Khairani. Dia sudah tidur seawal jam sembilan malam namun dia terjaga secara mengejut pada jam 2.30 pagi kerana dia termimpikan sesuatu yang buruk tentang Khairani.

The SecretTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang