Doktor menukarkan Khairani ke wad biasa. Farhana dari tadi memegang tangan Khairani. Khairani menggenggam erat tangan isterinya. Ayeesha dari tadi tidak berani membuat eye contact dengan Khairani.
"Anak papa ni.. kenapa taknak pandang papa? Tak rindu papa ke?" Khairani menegur Ayeesha. Ayeesha tidak memberikan apa-apa respon.
Farhana berbisik kepada Khairani bahawa selama Khairani koma, Ayeesha sering menyalahkan dirinya. Hal itu telah membuatkan Khairani berasa teruk. Bukan salah anaknya. Dia sendiri faham akan keadaan anaknya ketika itu.
"Ayeesha.. semua ini bukan salah Ayeesha. Ayeesha tak salah langsung. 'Benda' tu yang tikam papa. Bukan Ayeesha. Dia gunakan Ayeesha je. Walau papa tak dapat diselamatkan sekalipun, semua ini sama sekali bukan salah Ayeesha. Tiada siapa pun yang menyalahkan Ayeesha sekarang ni, maka Ayeesha pun janganlah salahkan diri Ayeesha. Semua orang sayang Ayeesha.." Khairani mengusap lembut rambut anaknya walaupun anaknya membelakangkan dia. Lantas Ayeesha memusing lalu memeluknya sambil meraung. Khairani tergelak kecil sambil menenangkan anaknya. Farhana juga turut melakukan perkara yang sama seperti yang Khairani lakukan.
Beberapa hari kemudian, Khairani telah dibenarkan pulang. Semua orang menyambut kepulangan Khairani. Buat masa ini, Khairani tidak boleh bergerak dengan aktif, buat kerja berat serta makan benda benda yang keras. Hanya bubur atau sup atau makanan yang boleh ditelan sahaja yang boleh dia makan kerana perutnya masih luka. Farhana pun membaringkan Khairani di atas katil.
"Rindu rumah.." Khairani tergelak. Farhana turut tergelak juga.
"Abang mahu makan apa hari ini?" Farhana bertanya kepada Khairani.
"Abang nak makan bubur ayam.." Khairani membuat permintaan.
"Baiklah.." Farhana tersenyum.
"Ayeesha mana?" Khairani bertanya.
"Ayeesha pergi bagi Finn makan. Abang rehatlah dulu" Farhana menyuruh Khairani rehat. Khairani pun mengangguk. Farhana pun meninggalkan Khairani di dalam bilik. Khairani pun mengambil telefon pintarnya. Tiba-tiba dia teringat akan mimpi yang dia alami sewaktu dia koma. Segalanya nampak nyata. Dia juga ada teringat akan logo yang dia nampak sewaktu pemujaan itu bermula. Dia berada di tengah-tengah bulatan yang merupakan logo tersebut. Khairani pun cuba mencari maklumat tentang logo tersebut. Mimpi tersebut, dia ingat setiap satu yang berlaku. Rupa logo itu, upacara penyembahan itu, semua dia ingat.
"Takkan pakai sihir kena ritual sebegitu.." Khairani musykil apabila mengingat kembali keadaan tersebut. Sewaktu dia melayari internet, dia terjumpa sesuatu.
"Pentagram?" Dia membaca petikan berkenaan simbol pentagram yang dia jumpai itu. Ya, simbol ini yang dia jumpai.
Pentagram digunakan secara simbolik di Yunani kuno dan Babylonia, dan digunakan hari ini sebagai simbol iman oleh kebanyakkan orang Wiccan, sama seperti penggunaan salib oleh orang Kristian dan Bintang Daud oleh orang Yahudi. Pentagram mempunyai persatuan ajaib. Ramai orang yang mengamalkan agama Neopagan memakai perhiasan yang menggabungkan simbol. Orang Kristian dulu biasa menggunakan pentagram untuk mewakili Lima Luka Jesus. Pentagram juga digunakan sebagai simbol oleh sistem kepercayaan lain, dan dikaitkan dengan Freemasonry. – Translated from Wikipedia.
Khairani mencari lagi info tentang Pentagram. Tidak lama kemudian, dia terjumpa satu logo yang sama seperti yang dia nampak dalam mimpinya. Simbol pentagram yang terdapat bentuk kepala kambing di dalamnya. Dia pun membaca petikan tersebut. Namanya, "The Sigil of Baphomet"
The Sigil of Baphomet adalah lencana rasmi Gereja Iblis dan ditandatangani dan dilindungi oleh Gereja Iblis. The Sigil of Baphomet pertama kali muncul di sampul The Satanic Mass LP pada tahun 1968 dan kemudian di sampul The Satanic Bible pada tahun 1969. The sigil telah dipanggil "pentagram material" yang mewakili carnality dan prinsip-prinsip bumi. Gereja menggambarkan simbol sebagai "... penyulingan visual yang lebih baik dari falsafah ikonoklastik Satanisme." - Translated from Wikipedia
YOU ARE READING
The Secret
ParanormalneGerhana mentari bakal tiba, Tersingkap segala rahsia dusta, Sebagai hukuman kekhilafan lama, Insan biasa menjadi mangsa. Arjuna perkasa menjadi tawanan, Disulami debaran beribu halangan, Rela diseksa menanggung beban, Kasih dihamparkan seluas lautan...