Khairani cuba menolak lagi pintu yang berkunci itu.
"Tak boleh la, Hana. Tak tau apa yang 'jalan' kat pintu ni. Crowbar ni pun dah bengkok. Entah apa yang ada dalam ni.."
Farhana memandang pintu itu. Apa sebenarnya dalam ni? Berat sangat pintunya untuk dibuka.
"Papa.. mama.." Ayeesha menegur dari belakang. Khairani dan Farhana memandang Ayeesha.
"Lea kata jangan buka. Bahaya.." Ayeesha memandang mereka berdua dengan pandangan kosong. Dia berjalan menuruni tangga dan kemudian duduk di hadapan televisyen. Khairani dan Farhana hanya meninjau dari atas gerak geri Ayeesha.
"Abang rasa itu Ayeesha ke?" Farhana mula teringat akan kisah silam yang berlaku tempoh hari.
"Mungkin itu dia.." Khairani berkata.
"Mungkin bukan.." Farhana menunjukkan jari telunjuknya di luar tingkap. Kelihatan Ayeesha berada di luar, sedang siram bunga. Mata Khairani terbeliak. Mereka berdua lantas memandang ke ruang tamu. Tiada. Tiada sesiapa. Khairani dan Farhana bergegas menuruni tangga lalu keluar untuk melihat Ayeesha.
"Ayeesha.." Farhana memanggil. Ayeesha memandang ke arah Khairani dan Farhana.
"Ya, mama?" Khairani dan Farhana saling berpandangan antara satu sama lain. Siapa, tadi?
Ustaz Kamil dan Tuan Ghazi selalu mengubati Ayeesha. Kata mereka tetap sama, ada sesuatu dalam bilik yang berkunci itu. Khairani tetap berkata, pintu itu tidak boleh dibuka. Jika crowbar pun boleh bengkok sewaktu nak mencungkil pintu itu, apa lagi yang boleh digunakan?
Pada suatu hari, Farhana duduk bersama Ayeesha di dapur. Farhana sedang menemani Ayeesha yang lewat mengambil makan malamnya akibat tertidur. Khairani masih tidak pulang dari kerja. Sewaktu mereka sedang di dapur,
"Tup.. tup.. tup.."
Lantas mereka berdua memandang ke arah siling. Ayeesha dan Farhana saling berpandangan.
"Mama.. Ayeesha takut.."
"Tak apa, sayang. Mama ada.." Farhana memegang tangan Ayeesha.
Sebaik sahaja Khairani pulang ke rumah, tatkala itu Farhana sedang menonton televisyen sambil Ayeesha sedang tidur di atas ribanya. Khairani terus masuk ke dalam rumah lalu duduk di sebelah Farhana.
"Assalamualaikum.."
"Waalaikumsalam.." Farhana memandang Khairani yang duduk disebelahnya.
"Tidur dah Ayeesha.." Khairani mengusap pipi anaknya.
"Dia banyak tidur hari ni. Tadi dah tidur, bangun makan sekejap, tidur balik.." Khairani tergelak.
"Abang, tadi kami dengar bunyi tapak kaki.."
"Dimana?"
"Dari atas. Waktu kami di dapur. Kuat bunyinya. Macam ada gergasi pula di situ.."
"Bilik atas dapur?"
"Rasanya.."
"Bukankah, itu bilik yang berkunci?" Farhana memandang Khairani.
Tiba-tiba lampu dapur berkelip-kelip. Sewaktu lampu itu berkelip, terlihat satu susuk lembaga dari tingkap luar di dapur. Kelihatan beberapa kali, kemudian ia hilang. Khairani dan Farhana kedua-duanya nampak kejadian itu. Tidak lama kemudian lampu dapur menjadi normal.

ANDA SEDANG MEMBACA
The Secret
МистикаGerhana mentari bakal tiba, Tersingkap segala rahsia dusta, Sebagai hukuman kekhilafan lama, Insan biasa menjadi mangsa. Arjuna perkasa menjadi tawanan, Disulami debaran beribu halangan, Rela diseksa menanggung beban, Kasih dihamparkan seluas lautan...