62

439 46 4
                                    

Mereka semua mendirikan solat sunat tahajud bersama-sama. Tuan Ghazi dan Ustaz Kamil tinggal di rumah Khairani buat sementara waktu kerana Tuan Ghazi sedar bahawa kemelut yang berlaku ini belum lagi selesai. Max akan tetap memburu mereka. Mereka kena siap sedia sahaja dari segi fizikal dan mental. Sewaktu mereka mendirikan solat sunat, air mata Mason menitis. Sudah lama dia tidak merasai tenang sebegini. Dia bagai tidak percaya. Kini dia di dunia nyata. Selama ini dia berpeluang untuk beribadah di dunia kegelapan. Tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya. Hatinya tetap runsing memikirkan nasibnya. Kini, dia agak tenang. Seusai solat, Khairani memegang bahu Mason. Mason amatlah bersyukur dengan keadaan sekarang.

Pada pagi itu, selepas sarapan pagi, mereka semua berkumpul.

"Ustaz, bagaimana kita nak selesaikan masalah ini?" Khairani bertanya kerana hatinya agak gusar. Dia tidak pasti sama ada Max akan tetap mencarinya ataupun tidak.

"Buat masa ini, kita siapkan diri kita dengan 'pelindung' dari segi fizikal dan mental. Boleh jadi juga jika Max akan mencari kamu semua lagi.." Ustaz Kamil memberikan nasihatnya.

"Macam mana? Lagipun pintu itu boleh dibuka dari dalam.." Mason mencelah.

"Betul juga, Ustaz. Pintu itu amat mudah dibuka dari dalam. Tak mustahil Max boleh datang ke dunia nyata pula. Lagipun dia memang manusia biasa. Saya jadi takut pula nak tidur sebab takut termasuk lagi ke dalam alam itu.." Khairani menjawab. Dia sejak kejadian itu menjadi paranoid untuk tidur. Khuatir dia termasuk semula ke alam itu. Sudahlah dia ini hanya 'pelarian' disitu.

"Apa kata, kita letak je almari ke dekat pintu tu. Biar pintu itu terhalang. Letak juga apa-apa barang di dalam almari itu supaya almari itu menjadi berat. Sekurang-kurangnya, jika ada 'sesuatu' atau seseorang yang cuba memasuki dunia kita, kita tahu dengan bunyi almari itu.." Farhana memberikan idea.

"Bagus juga tu.." Tuan Ghazi menyokong idea Farhana.

*   *   *

Mereka meletakkan almari tersebut di hadapan pintu yang berkunci itu. Diletakkan juga barang-barang yang berat didalam almari itu supaya almari itu akan menjadi sukar untuk dialihkan.

"Mason, kalau Max tak dapat cari kita sampai 13 September, apa jadi?" Khairani menjadi ingin tahu.

"Dia akan mati.." selamba Mason menjawab.

"Sebab?" Khairani curiga dengan jawapan pendek Mason.

"Semua orang tahu bahawa perjanjian syaitan ini adalah perjanjian berdarah. Jika dia gagal lunaskan janji, dia yang akan menjadi korban syaitan.." Mason menjelaskan.

"Bagaimana awak boleh.." belum sempat Khairani menghabiskan ayatnya, Mason terus menjawab.

"Marcella dan Lea menjadi korban syaitan. Semuanya salah saya.." Mason menghela nafas berat. Timbul penyesalan dalam dirinya. Dia berasa kesal dengan tindakan lampaunya yang akhirnya memakan diri sendiri malah membunuh keluarganya.

"Marcella, seorang isteri yang baik. Dia tak pernah jahat kepada saya. Saya yang jahat kepada dia. Begitu juga Lea.." Mason berkata. Khairani memegang bahu Mason.

"Mason, ini semua takdir. Allah berikan awak peluang kedua. Jangan sia-siakan. Apa yang sudah berlaku, biarkan berlaku. Jangan dikenang lagi. Semua orang buat silap. Bahkan saya sendiri pernah buat silap kerana kita manusia. Kita bukan orang terpilih seperti Baginda Nabi Muhammad SAW yang maksum tetapi mulianya seorang hamba Allah adalah apabila dia bertaubat setelah berbuat dosa. Allah maha pengampun, Insya-Allah Allah akan terima taubat awak.." Khairani menenangkan Mason. Mason tersenyum.

The SecretTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang