Semua kenangan diimbau kembali oleh Farhana. Betapa hati kecilnya berbisik, "jika boleh diputarkan semula waktu..". Begitu penuh 1001 penyesalan dalam diri. Namun adik kandung Khairani ini tidak pernah putus menyalurkan semangat buat kakak iparnya. Dia tahu kakak iparnya ini sudah bertungkus lumus membantu. Namun ini bahagian dia. Sekarang tiba bahagian Khairani dan lain-lain untuk berjuang.
"Kak Hana, tak elok kak Hana bersedih lama-lama. Kak Hana doakan mereka disana. Mereka sedang berjuang.." Khadijah tetap memberi semangat kepada Farhana.
"Adik tak sedih ke dengan apa yang jadi ni?" Farhana tidak dapat mengawal kesedihannya.
"Siapa kata adik tak sedih, kak? Adik sedih. Abang Khai itu kawan adik sejak adik lahir lagi. Rakan sepermainan adik, pelindung adik. Tentu adik sedih. Tetapi adik percaya Allah uji ini sebab abang Khai, kak Hana dan Ayeesha mampu. Allah nak angkat darjat kalian setinggi-tingginya. Allah nak hapuskan dosa kalian atas ketabahan kalian. Kak, adik tahu kak Hana kuat. Kita terus berdoa je ya?" Khadijah mengusap lembut bahu Farhana.
"Kak.. malam tadi adik bermimpi. Adik nampak abang Khai diikat, diseksa. Adik tak pasti tempatnya dimana tetapi tempat itu amatlah mengerikan. Abang Khai nampak sangat lemah, kak. Adik tak mahu apa yang adik nampak itu sebenarnya perkara yang berlaku disana. Adik terus bangun dan buat solat hajat memohon agar Allah lindungi abang Khai. Mari kita sama-sama buat solat hajat selalu, kak? Kita doakan mereka, ya?" Khadijah memberitahu Farhana perihal mimpinya. Farhana berfikir sejenak sebelum mengangguk setuju. Farhana yakin itu petunjuk daripada Allah tetapi kenapa orang lain boleh nampak keadaan sebenar Khairani disana tetapi dia tidak boleh? Itu persoalannya.
Pada tengah malam, Farhana bangun bersama Khadijah untuk menunaikan solat sunat tahajud, hajat secara berjemaah. Sebelum itu, diselimutkan dahulu tubuh kaku Khairani dan Ayeesha yang berbaring di atas katil itu. Berbaring kaku tidaklah mati, namun tidaklah bergerak seperti hidup. Mereka seperti di dalam koma. Dipegang erat tangan Khairani lalu dikucupnya dahi anakanda tercinta. Rindu gelak tawa insan istimewa ini. Namun dia perlu meredakan hatinya. Pasti ada hikmah dan ganjaran yang hendak diberikan kelak.
Mereka pun melakukan solat sunat secara berjemaah untuk memohon pertolongan daripada Allah untuk mereka yang sedang berjuang di alam kegelapan sana. Moga-moga Allah mengiringi setiap langkah mereka untuk berjuang dengan keredaannya, selamat untuk pulang ke pangkuan keluarga.
* * *
Khairani memandang ke atas lantai, ditenungnya darah yang kian kering. Sesekali bau hanyir darah memasuki rongga nasalnya. Makanannya kini hanyalah zikir. Pergelangan tangannya sudah hampir berkesan akibat ikatan yang kuat tersebut. Dia tidak mampu berkata apa lagi. Tak larat. Penat. Sakit. Namun dia tetap kena kuat. Pegangan agamanya tetap kena utuh. Jika tidak, bagaimana dia mahu mempertahankan diri?
"Ya Allah, bantulah aku. Aku penat, ya Allah. Aku sakit. Bantu aku, ya Allah" ungkap Khairani sambil tangisannya membasahi pipi keringnya. Dadanya terasa sesak. Bersungguh-sungguh dia menangis. Hanya Allah yang boleh membantunya. Tetapi bila? syaitan cuba memanipulasinya namun Khairani segera beristighfar. Air mata bercampur darah itu menitik dengan selaju-lajunya. Dia di dunia yang seperti tiada penghujungnya. Gelap, seram. Entah apa bahaya yang mungkin mendatang. Hanya perlu bersiap sedia sahaja untuk menghadapi segala-galanya. Tiada siapa yang tahu bagaimana pengakhirannya. Sama ada hidup mahupun mati, pulang mahupun tidak, tiada siapa tahu.
"Ibu.. ayah.. maafkan abang jika abang ada buat silap. Maafkan abang.." hatinya turut juga menyeru semangat ibu bapanya. Alangkah bagus jika semua ini berakhir segera.
* * *
Bilik yang mereka diami untuk menyorok bertukar menjadi kucar-kacir seperti terdapat puting beliung di dalam bilik itu.
YOU ARE READING
The Secret
FantastiqueGerhana mentari bakal tiba, Tersingkap segala rahsia dusta, Sebagai hukuman kekhilafan lama, Insan biasa menjadi mangsa. Arjuna perkasa menjadi tawanan, Disulami debaran beribu halangan, Rela diseksa menanggung beban, Kasih dihamparkan seluas lautan...