Hari siang sudah mula berlabuh tatkala Khairani, Farhana dan Ayeesha tiba di rumah mereka. Senja mula menjelma berani di sebalik langit yang hampir kemerahan sepenuhnya, namun masih ada lagi sisa kebiru-biruan yang cuba menyelit. Ayeesha tertidur di pangkuan Farhana di seat belakang kereta. Letih benar anak kecil itu agaknya. Mana tidaknya, Ayeesha terlampau gembira apabila dibawa keluar berjalan-jalan. Anak pintar itu memang suka melihat dunia luar dan pantas berfikir. Ternyata, Farhana dan Khairani berjaya membentuk peribadi yang mulia dalam diri Ayeesha.
"Ayeesha sayang, bangunlah sayang. Kita dah sampai rumah ni, sayang. Dekat nak maghrib dah ni."
Farhana mengejut permata hatinya itu selembut mungkin. Dia sedar bahawa dia tidak sepatutnya membiarkan Ayeesha tertidur selepas Asar, kerana risikonya amat tinggi. Kebiasaannya, makhluk halus akan mudah memasuki tubuh manusia yang tidur selepas waktu Asar. Kiranya, memang waktu benda itu keluar.
Walaupunbegitu, Farhana hanya mampu berdoa dan bertawakal kepada Allah Yang Sebaik-baik Pelindung agar Ayeesha tidak apa-apa. Dia kasihan melihat anaknya itu keletihan, maka disebabkan itulah dibiarkannya Ayeesha tidur.
Khairani hanya memandang anak dan isterinya itu dengan senyuman yang letih. Tidak usah disebut soal letihnya dia menguruskan kehidupan berkeluarga ini. Namun, atas dasar kasih sayang yang terlalu mendalam dan tanggungjawab yang berat, dia gagahkan jiwanya untuk kuat melindungi orang yang dia sayangi.
Ayeesha menggeliat lembut apabila dikejut mamanya tadi. Dia bangun dengan muka yang jelas mengantuk. Farhana terus mendukung Ayeesha masuk ke dalam rumah memandangkan hari sudah mulai gelap. Risau pula hatinya bila dah senja-senja ni. Bahaya sangat.
Manakala Khairani pula sibuk mengangkat segala barangan yang dibeli di pasar raya tadi.
"Boleh tahan juga anak bini aku shopping. Haihlah, nasib sayang. Tak apa, Khai. Kau kan Captain America. Kena kuat",bicara Khairani sendiri di dalam hatinya dan kemudian dia sendiri tergeleng-geleng.
"Assalamu alaina wa ala ibad illah issolihin",sebut Farhana ketika dia melangkahkan kakinya masuk ke rumah. Kata orang, kalau rumah sedang kosong, elok dibacakan ayat itu terlebih dahulu sebelum masuk. Jangan main terjah sahaja, ada juga adabnya yang khusus. Apalah manusia tanpa adab, malah, apalah ilmu tanpa adab. Tak gitu?
- - - - -
Bau haruman rambut Ayeesha yang berbau strawberi sungguh menyenangkan Farhana yang sedang tekun menyisir rambut panjang lebat milik anaknya itu. Kasihnya tumpah mencurah-curah terhadap satu-satunya permata hatinya itu. Setidak-tidaknya, buat masa ini, Ayeesha sahajalah anaknya.
Ayeesha hanya mendiamkan diri selepas mandi tadi. Dia hanya menurut sahaja segala perintah mamanya tanpa banyak soal mahupun bicara. Kepalanya pula asyik ditundukkan ke bawah.
Farhana berhenti menyikat rambut Ayeesha apabila dia yakin bahawa anaknya telah kelihatan cukup kemas dan yang paling penting, comel. Bahu Ayeesha ditepuk lembut tanda mengajak anak kecil itu bangkit dari kerusi. Anehnya, Ayeesha masih tidak berganjak. Kepalanya masih ditundukkan memandang lantai.
Ah sudah, hati Farhana diserang cemas. Tahulah Farhana bahawa anaknya sedang dirasuk sekali lagi. Tanpa menunggu lanjut, ayat-ayat Al-Quran mula dibaca oleh Farhana dan sebelum itu, nama Khairani sempat dilaungnya kuat.
Ayat Kursi terus meniti di bibir Farhana yang sudah mula ketakutan. Namun, Farhana tidak tahu mengapa dia tidaklah begitu takut dengan benda-benda sebegini. Dia takut, cuma, tidaklah terlalu takut sehinggakan dia tidak berani berseorangan seperti sesetengah orang. Mungkin sebab itulah Farhana dikatakan kuat. Jiwanya kental. Bukan lemah macam buah penyek.
YOU ARE READING
The Secret
МистикаGerhana mentari bakal tiba, Tersingkap segala rahsia dusta, Sebagai hukuman kekhilafan lama, Insan biasa menjadi mangsa. Arjuna perkasa menjadi tawanan, Disulami debaran beribu halangan, Rela diseksa menanggung beban, Kasih dihamparkan seluas lautan...