Seminggu kemudian, Khairani duduk berdua dengan Farhana di dapur. Ayeesha sedang menonton televisyen di ruang tamu.
"Abang nak bincang pasal bilik Ayeesha.."
"Abang masih nak beri dia bilik ke?" Farhana seperti sudah mengetahui isi hati suaminya. Tempoh hari Farhana tetap dengan keputusannya untuk tidak membenarkan Ayeesha tidur seorang diri. Tetapi pendapatnya berbeza dengan suaminya yang mahukan Ayeesha cuba berdikari.
"Bagus untuk jadikan dia berdikari.."
"Tapi abang sendiri tahu macam mana keadaan sekarang ni. Kalau ada apa-apa berlaku, kita sendiri pun tak sedar, abang.."
"Tapi selama dia tidur dengan kita, pernah ke dia kena apa-apa?"
"Itu sebab abang ada. Abang tak ingat ke waktu abang kena cakar haritu? Abang tiada dengan kami. Ayeesha boleh je kena ganggu. Sedangkan Hana ada waktu tu. Ini, kita berdua tiada, bang. Apa-apa pun boleh jadi.."
"Sebab tu, abang dah fikir. Apa kata, kita tambah dinding dalam bilik kita ni. Letak dinding, supaya jadi bilik dia. Dia nakkan privacy sahaja. Bukan apa pun. Jadi, bila tambah 'bilik' lain, dia ada bilik dia, dalam masa yang sama, kita boleh pantau dia sebab dia masih dengan kita. Bilik kita ni pun besar. Nak tambah apa pun tak tahu dah nak bagi penuh. Jadi, abang fikir eloklah kita buat begitu. Bilik kita dapat diisi, dia pun dapat bilik, kita pun boleh pantau dia setiap malam.."
Farhana bersetuju dengan cadangan suaminya. Win-win situation.
"Bila abang nak tambah?"
"Kawan abang ada, jangan risau. Kejap sahaja benda tu.." Khairani tersenyum.
Pada keesokan harinya, loceng rumah dibunyikan. Ayeesha membuka pintu rumahnya.
"Assalamualaikum.." seorang lelaki menegur.
"Waalaikumussalam. Pakcik siapa? Nak cari siapa?"
"Pakcik nak cari Khairani.."
"Oh kejap.." Ayeesha berlari ke dapur.
"Papa, ada orang nak jumpa papa.." Ayeesha memanggil bapanya.
"Siapa?" Khairani bertanya.
"Tak tahu. Dia kata nak jumpa papa.." Ayeesha memegang tangan bapanya. Khairani berjalan ke pintu rumah bersama Ayeesha.
"Laa, kau rupanya.." Khairani menyambut mesra tetamunya itu.
Rupa-rupanya, itu merupakan rakan Khairani yang akan memasang dinding tiruan rumahnya untuk menambah bilik Ayeesha.
"Papa, kenapa tambah dinding?" Ayeesha bertanya.
"Nanti, itu jadi bilik Ayeesha. Ayeesha boleh tidur dalam tu.."
"Betul ke?!"
"Iya, sayang.."
"Yeay! Tapi.."
"Tapi apa?"
"Mana ada katil nak tidur.." Khairani tersenyum.
"Malam ni, Ayeesha tidur dengan mama dan papa dulu. Esok pagi, kita keluar pergi beli katil, lampu tidur, meja belajar Ayeesha semua.."
"Yeay! Terima kasih papa! Terima kasih mama!" Ayeesha memeluk papa dan mamanya. Girang hatinya melihat biliknya yang bakal dia diami. Dengan rekaan dinding yang berwarna merah jambu, semestinya warna kegemaran Ayeesha.
Sejak malam itu, Ayeesha sering duduk di dalam biliknya yang masih kosong. Farhana dan Khairani tersenyum memandang Ayeesha yang sedang bermain di dalam bilik baharunya.
YOU ARE READING
The Secret
ParanormalGerhana mentari bakal tiba, Tersingkap segala rahsia dusta, Sebagai hukuman kekhilafan lama, Insan biasa menjadi mangsa. Arjuna perkasa menjadi tawanan, Disulami debaran beribu halangan, Rela diseksa menanggung beban, Kasih dihamparkan seluas lautan...