37

468 53 10
                                    

Khairani termenung dek teringatkan mimpinya tadi. Setiap plot mimpinya kelihatan nyata. Dia memandang sekeliling bilik itu. Bak penghidap Schizophrenia, dia sukar membezakan fantasinya dengan alam nyata.

"Abang.." Farhana masuk ke dalam bilik dengan membawa segelas air. Farhana menghulurkan segelas air suam tersebut kepadanya. Dia menyambut pemberian Farhana lalu meneguk air suam tersebut sedikit demi sedikit. Air itu mengalir lancar ke dalam esofagusnya, menjadikan gementarnya sirna sedikit demi sedikit. Khairani menghembuskan nafas yang sedikit berat.

"Ayeesha mana?" Tanya Khairani.

"Dia dalam bilik air. Tengah mandi.." jawab Farhana. Khairani mengangguk lemah.

"Abang okay? Hana nampak abang gelisah. Abang mengigau pelik-pelik tadi.." jelas sekali wajah gusar sang isteri, apabila melihat suaminya seperti dalam masalah.

"Abang mimpi.. pasal rumah ini.." Khairani menceritakan sahaja mimpinya.

"Abang mimpi.. pasal seseorang dan ada satu ritual yang berlaku.." Khairani menjelaskan mimpinya walau tidak secara terperinci.

"Abang kenal siapa orang itu?" Farhana bertanya. Khairani menggeleng lemah.

"Tapi.." Khairani mencelah lagi.

"Abang nampak.. benda yang abang nampak tempoh hari.." Khairani memandang muka Farhana.

"Benda apa?" Farhana cuba mendalami mimpi Khairani.

"Benda yang ada dalam bilik berkunci tu.." Khairani memberitahu lagi. Suasana bilik itu tiba-tiba berubah. Bagai ada aura aneh yang mendiami bilik itu. Farhana dan Khairani serentak berasa seram sejuk. Khairani memegang tangan Farhana erat. Keadaan persekitaran bilik itu terasa aneh. Aneh sungguh. Ibarat diperhati oleh sesuatu, Khairani lantas membaca ayat kursi sebagai pendinding. Perasaan itu pudar sedikit demi sedikit. Tidak lama kemudian, Ayeesha keluar dari bilik air. Dalam keadaan berkemban, si kecil itu mengelap kakinya.

"Mama.. ada katak dalam bilik air.." Khairani dan Farhana berasa pelik.

"Katak?" Mana mungkin katak boleh masuk ke dalam bilik air bilik tidurnya. Katak itu masuk melalui apa?

"Biarlah katak tu. Ayeesha pergi pakai baju cepat. Eeii tak malu pakai macam tu, papa tengok.." anak kecil itu tersenyum menampakkan barisan gigi putihnya. Ayeesha berlari sepantas kilat ke bilik tidurnya untuk memakai baju.

"Abang mimpi pasal Ayeesha juga" Khairani menyambung setelah dia melihat Ayeesha.

"Abang mimpi pasal apa?" Farhana bertanya lagi.

"Abang mimpi.. 'Benda' itu menyamar sebagai Ayeesha. Ngeri melihat keadaan Ayeesha waktu itu.." Khairani tidak mahu menyambung lagi.

"Apa yang terjadi pada keluarga kita, semakin rumit. Hana takut jika ia melibatkan nyawa. Hana tak mahu kehilangan abang dan Ayeesha. Cukup sahaja Hana sudah hilang keluarga Hana, juga Aisy.."

Ayeesha keluar dari biliknya setelah dia selesai memakai baju. Dia duduk di atas riba Farhana sambil mendengar hal yang diperkatakan oleh kedua orang tuanya.

"Hana, Hana ada keluarga baharu sekarang.."

"Ya, abang. Sebab itu Hana tak mahu kehilangan keluarga baharu Hana pula.."

"Hana, selagi abang bernyawa, abang akan jaga Hana dan Ayeesha. Ini sumpah setia abang pada Hana dan Ayeesha.." Farhana tersenyum kepada Khairani. Ayeesha hanya terkebil-kebil memandang Farhana dan Khairani.

Dalam masa yang sama, ada 'mata' yang memerhati gerak geri mereka, sambil tersenyum lebar, menampakkan taringnya yang tajam.

Keesokan harinya, Khairani berdiri di luar rumah, menghadap tingkap bilik yang terkunci itu.

The SecretWhere stories live. Discover now