68

428 53 2
                                    

Farhana sudah menangis teresak-esak sambil dipeluk anak kesayangannya, Ayeesha. Gadis kecil itu turut mencurahkan air mata tanpa henti melihat mamanya yang tidak keruan.

Memori.

Sebelum menjejakkan kaki ke rumah ini lagi, ustaz Kamil telah mendapat bayangan, atau dikenali sebagai vision oleh orang Putih. Ini lah bayangannya.

Apabila ustaz Kamil dan Mason terperangkap di dalam bilik semasa hendak membakar artifak yang mereka jumpa, syaitan Max telah standby di luar lorong itu hendak menangkap dan menjadikan mereka korban. Ustaz Kamil dan Mason sudah tercungap-cungap dan cemas, barangkali otak juga sudah ketandusan idea hendak merancang apa-apa taktik. Dari dalam lorong itu sahaja cukup untuk mendengar hilaian tawa penuh kejahatan, tentunya datang dari syaitan suruhan Max.

Bilalah dia mahu sedar yang syaitan itu hanya makhluk jua, tidak ada daya kuasa yang lebih hebat berbanding Allah. Tidak mengapalah, Allah lebih tahu segala yang sudah disusun-Nya. Mungkin belum sampai hidayah. Atau mungkin sudah sampai hidayah pada Max, namun tiada taufiq. Ada beza antara hidayah dan taufiq. Ada pendapat mengatakan, hidayah bermakna petunjuk manakala taufiq membawa makna kekuatan. Ibaratnya, apa gunanya petunjuk yang ada jika diri kita sendiri ini tidak mempunyai kekuatan untuk mengikut petunjuk. Kerana itu orang sering mengatakan, wa billahi taufiq wal hidayah yang maksudnya, semoga Allah mengurniakan kamu kekuatan dan petunjuk.

Mason dan ustaz Kamil mula membasahkan lidah dengan bacaan ayat-ayat pendinding tanpa henti. Hanya Allah sahaja yang mampu menciptakan keajaiban tika ini. Hilaian syaitan itu semakin kuat memenuhi lorong itu.

Syaitan tak guna itu mengilai lebih kuat.

"Mencium bau nerakalah kalian, orang agama tak guna! Menyusahkan kerja aku, ya ? Tunggulah sampai aku dapat kau. Memang terus join aku dekat neraka!"

Ustaz Kamil dan Mason sudah menggigil-gigil tangan mereka. Namun hati terus berdoa. Syaitan itu sudah semakin dekat. Akhirnya, ustaz Kamil dan Mason reda kalau nyawa mereka diambil tika ini.

"Allahuakbar!!!! Allahuakbar!!! Allahuakbar!!! Allahuakbar!!! Allahuakbar!! Allahuakbar!!!
ALLAHUAKBAR!"

Laungan takbir itu mampu membuatkan sesiapa yang mendengarnya sebak dan sayu. Bagi ustaz Kamil dan Mason, bulu roma mereka meremang dengan hebat. Dan ada satu perasaan terkejut mengalir dalam darah mereka. Dari mana datangnya suara takbir yang kuat itu?

Namun mereka hanya mampu mendiamkan diri. Terdengar suasana di luar lorong itu sudah riuh, seperti ada pertempuran sahaja bunyinya.

"Kau akan terima balasan atas segala kejahatan kau, syaitan! Allah Maha Kuasa! Allah Maha Kuasa!"

Suara itu bergema sehingga ke dalam lorong tempat Mason dan ustaz Kamil berada. Suara hilaian syaitan itu juga semakin kuat. Meraung-raung tidak tentu hala.

Mata Mason membulat, begitu juga dengan ustaz Kamil. Mereka tergamam.

"Ustaz, bukankah itu suara Khairani? Apa yang dia buat di sini ?" , Mason membuka bicara setelah dia mengecam suara Khairani.

Ustaz Kamil terangguk-angguk. Ya! Benar, itu suara Khairani. Apa yang dia fikirkan sehingga dia boleh berada di sini. Perlahan-lahan, ustaz Kamil memberi isyarat mata kepada Mason supaya mereka senyap-senyap mengintai apa yang berlaku. Mason tersenyum semangat. Dia mencapai sebatang kayu buruk yang berada di tepi mereka, sebagai persiapan sahaja, walaupun dia tahu kayu tersebut tidak cukup untuk membunuh syaitan itu. Kita kena percaya yang sebarang alat itu hanya wasilah(penghubung) sahaja dalam kehidupan kerana Yang Maha Berkuasa cumalah Allah Yang Esa.

The SecretWhere stories live. Discover now