Ayeesha menjadi semakin curiga dan ingin tahu. Lalu,dengan penuh keberanian yang dia ada,susuk tubuh yang dia lihat itu ditegurnya. Ayeesha cuba untuk menegur dengan sebaik mungkin kerana risau dia akan diapa-apakan.
Yelah,seberani mana pun dia,hakikatnya dia masih seorang budak kecil. Hakikat itu tidak boleh disangkal lagi.
"Hai,awak. Awak...Awak ke yang selalu panggil nama saya?",tanya Ayeesha dengan berhati-hati.
Ayeesha mengharapkan balasan daripada susuk tubuh tersebut. Namun,susuk tubuh itu hanya kaku sama seperti tadi,tidak bergerak.
"Awak...Kenapa tak jawab saya tanya? Awak okay? Awak ni ada masalah ke?",tanya Ayeesha panjang lebar.
Maklumlah,kanak-kanak akan bertanya sebanyak mungkin yang mereka mahu jika mereka tidak faham akan sesuatu perkara.Ayeesha cuba menyentuh susuk tubuh itu.Tiba-tiba,
"Ayeesha,Ayeesha buat apa dekat situ?"tanya Khairani sambil berjalan menuju ke arah Ayeesha.Ayeesha memandang Khairani dan kemudian memandang 'susuk tubuh' itu semula.Eh? mana dia pergi?
"Eh? tadi ada orang dekat sini!"kata Ayeesha dalam keadaan pelik.
"Ada orang? Papa nampak Ayeesha seorang je dekat sini..dahlah.Bayangan Ayeesha je kot.Jomlah,kita turun ke dapur.."jelas Khairani.Khairani mengusap ubun-ubun Ayeesha.Khairani pelik juga.Benarkah ada orang bersama Ayeesha tadi?
Khairani dan Ayeesha turun ke dapur untuk makan sarapan pagi mereka.
"Hah,dah bangun.Mari makan.." kata Farhana.
"Mama,ada orang datang ke rumah kita ke tadi?" tanya Ayeesha.
"Tiada.Kenapa?" jawab Farhana.
"Kenapa Ayeesha nampak ada orang dekat atas tadi?"tanya Ayeesha dengan perasaan pelik.Farhana memandang Khairani dengan wajah pelik.Khairani tak mampu berkata apa-apa.Dia pun tak tahu.
"Dah-dah.Makan dahulu.."suruh Farhana kepada Ayeesha dan Khairani.Farhana mula pelik.Apa yang berlaku?
Pada petang itu,Ayeesha duduk main di luar rumah.Ayeesha ternampak lagi susuk tubuh yang berada di dalam rumahnya pagi tadi.Ayeesha bangun dan berjalan ke arah tempat susuk tubuh itu berdiri.
"Kenapa awak ada dekat sini? tadi awak pergi mana?" Ayeesha bertanyakan kepada 'benda' itu tanpa mengetahui tentang kewujudan 'benda' itu.
"Nama awak siapa?" tanya Ayeesha lagi.Pada waktu yang sama,Khairani ternampak Ayeesha bercakap seorang diri di luar rumah.Khairani pun memerhati Ayeesha dari jauh.
"Nama awak Lea? Nama saya Ayeesha.Awak duduk mana?"sebagai menjawab pertanyaan Ayeesha,Lea atau lebih tepat lagi 'benda' itu pun menunjukkan jarinya ke arah tingkap bilik yang berkunci itu.Ayeesha pun memandang arah yang ditunjukkan.
"Awak tinggal dalam rumah Ayeesha? Kenapa pula jangan bagitahu mama dengan papa? Nanti mereka halau awak? Okay-okay" Ayeesha mengangguk.
"Awak baliklah.Nanti papa dengan mama nampak awak.."kata Ayeesha.Lea pun menghilang.Namun begitu,itulah dialog yang sempat didengari oleh Khairani tetapi hanya samar-samar.Dia tidak seberapa dengar apa yang Ayeesha katakan.Khairani terus bertanya.
"Ayeesha buat apa dekat sini?" tanya Khairani.
"Tidak buat apa-apa..kenapa?" tanya Ayeesha kembali.
"Tiada apa-apa.Jom masuk.Dah nak maghrib ni.." ajak Khairani.Ayeesha hanya menurut kata Khairani.
Pada malam itu,Ayeesha merungut kata dia berasa sejuk sedangkan pendingin hawa tidak dikurangkan suhu.Sama seperti biasa.Khairani dan Farhana pun hanya menyelimutkan Ayeesha dengan selimut tebal.
Keesokan harinya,
"Abang! Ayeesha demam!" Farhana menjerit kecil selepas mendapati suhu badan Ayeesha meningkat dari semalam.Muka Ayeesha mula menjadi pucat.Khairani dan Farhana mula menjadi risau.Macam mana ni? Dia perlu pergi kerja.
"Macam mana ni abang?" tanya Farhana dengan nada sedikit risau.
"Kita bawa Ayeesha pergi klinik.." kata Khairani.
"Tak apa ke? Abang pergilah kerja dahulu.Saya tengok-tengokkan Ayeesha dahulu.Kalau makin teruk,kita bawa dia ke klinik malam karang.."kata Farhana dengan niatnya tidak mahu suaminya berasa risau dan tidak fokus untuk melakukan kerja.
"Hati abang tak tenanglah tengok Ayeesha macam ini..apa kata,waktu rehat tengah hari nanti abang balik,kita bawa Ayeesha ke klinik.." Khairani memberi cadangan.
"Tak menyusahkan abang ke?"
"Taklah..nanti Hana bersiap eh? abang sampai je nanti kita terus pergi.."
"Baiklah.."jawab Farhana.Farhana pun bersalaman dengan Khairani sebelum suaminya itu bergerak ke tempat kerja.Khairani juga sempat mencium pipi anak gadisnya sebelum dia pun bergerak ke pejabat untuk memulakan rutin hariannya sebagai seorang pekerja,suami dan bapa untuk mencari sumber rezeki yang halal buat keluarga yang tercinta.
-Bersambung-
✔️vote ✔️comment✔️share
![](https://img.wattpad.com/cover/115363761-288-k393384.jpg)
YOU ARE READING
The Secret
ParanormalGerhana mentari bakal tiba, Tersingkap segala rahsia dusta, Sebagai hukuman kekhilafan lama, Insan biasa menjadi mangsa. Arjuna perkasa menjadi tawanan, Disulami debaran beribu halangan, Rela diseksa menanggung beban, Kasih dihamparkan seluas lautan...