Farhana menangis memegang jasad kaku anaknya. Seorang bayi lelaki yang telah cukup sifat tetapi tidak 'matang' lagi. Farhana hanya berdua bersama Khairani di dalam bilik mayat tersebut.
"Anak kita ni, dikebumikan sebelum Maghrib ni. Hana tak payah ikut, ya?"
"Hana nak ikut abang.."
"Hana masih lemah. Abang tak mahu Hana kena 'gangguan' apa lagi.."
Farhana akur sahaja. Farhana cium anak mereka buat kali terakhir. Farhana tak mahu membantah. Dia mahu rehat sahaja sekarang.
Ayeesha duduk termenung di atas riba neneknya. Neneknya mengusap lembut kepala Ayeesha. Kepalanya terpaksa dijahit sedikit ekoran benda tajam yang dibaling Farhana terkena pada dahinya.
"Mujur tak ada apa-apa dekat Ayeesha.."
Ayeesha masih termenung. Dia sedih dengan kelakuan ibunya sendiri. Mengapa ibunya suka marah dia tanpa sebab?
Pada malam itu, Ayeesha pulang mengikut datuk dan neneknya selepas majlis pengebumian adiknya. Ayeesha tidur bersama makciknya, Khadijah, yang pulang ke kampung kerana kenduri tahlil.
"Kenapa mama tak suka Ayeesha?"
"Mama bukan tak suka, mama nak masa je. Ayeesha beri mama masa, ya?"
"Ayeesha nak duduk dengan maksu. Ayeesha taknak balik.." Ayeesha mula menangis. Dia seperti trauma.
"Nanti siapa nak teman papa?"
"Mama ada. Ayeesha takut. Ayeesha nak duduk dengan maksu.." Khadijah menenangkan Ayeesha. Kemudian, dia melayan Ayeesha sehingga Ayeesha tertidur.
Keesokan harinya, Khairani datang untuk menjenguk Ayeesha. Tetapi, Ayeesha pula buat perangai untuk tidak mahu berjumpa dengannya. Khairani berasa sedih dengan perkara itu, tetapi dia lebih faham Ayeesha masih ketakutan. Kalau ikutkan jiwa, Khairani sedang letih. Sangat letih. Satu per satu ujian yang mendatang. Ini pun dia ambil cuti dua minggu tanpa gaji. Tak larat nak fikir pasal kerja lagi buat masa ni. Letih.
Mereka seisi keluarga berehat sambil minum sedikit manakala Khadijah melayan Ayeesha di dalam bilik.
"Kenapa Farhana marah Ayeesha?"
"Abang tak tahu, ibu. Dia tiba-tiba jadi macam tu.."
"Abang tak cuba tanya Farhana?"
"Dah, tapi dia enggan beritahu.."
"Kesian Ayeesha dibuatnya. Ayeesha takut jadinya. Dia kata dengan adik, dia tak mahu balik rumah.."
"Ibu, ayah, adik tolong pujuk Ayeesha. Abang tak sanggup nak bertahan seorang diri. Setidaknya, bila Ayeesha ada, abang jadi kuat. Kekuatan keluarga abang sekarang ni, Ayeesha.."
Suasana menjadi diam. Ibu bapanya tahu anak lelaki mereka ini terlalu kuat. Sebab itu satu per satu ujian yang mendatang tetapi dia tetap cekal dan tabah. Tanpa merungut sedikit langsung pada mereka, dia hadapi seperti orang yang bebas masalah.
"Ayeesha, papa balik dulu. Esok papa datang lagi.." Khairani hanya berkata sedemikian dari luar pintu bilik memandangkan Ayeesha tidak mahu berjumpanya. Khairani meminta izin untuk pulang seketika, membersihkan diri serta mengambil pakaian Farhana. Dia merehatkan diri seketika sebelum bergerak semula ke hospital. Dia tertidur sehingga waktu Maghrib.
Dia seperti tidak aman tidur seorang diri. Pelbagai mimpi pelik berlaku. Seperti memberikan sesuatu petanda pun ada. Tersedar sahaja dia. Sudah pukul 7:45 malam. Bergegas dia bersolat Maghrib dan kemudian, dia pun bergerak ke hospital.
Di hospital, Farhana sedang menonton televisyen. Khairani pula baru selesai solat Isyak.
"Esok petang, jika semuanya stabil, Hana boleh keluar hospital.."

ANDA SEDANG MEMBACA
The Secret
ParanormalGerhana mentari bakal tiba, Tersingkap segala rahsia dusta, Sebagai hukuman kekhilafan lama, Insan biasa menjadi mangsa. Arjuna perkasa menjadi tawanan, Disulami debaran beribu halangan, Rela diseksa menanggung beban, Kasih dihamparkan seluas lautan...