4

1K 105 11
                                    

-5 bulan kemudian-

Ayeesha bakal menyambut hari lahirnya yang pertama. Tak sangka sudah setahun umur anak perempuan kepada pasangan Khairani dan Farhana ini. Terasa seperti baru sahaja semalam mereka menyambut kelahiran Ayeesha. Tak sangka sudah setahun usia anak perempuan mereka. Masa berlalu dengan sangat pantas. Sempena menyambut hari kelahiran Ayeesha yang pertama ini,mereka berdua pun mengadakan sedikit majlis hari lahir secara kecil-kecilan dan doa selamat. Maklumlah,pertama kali puteri ini menyambut hari lahir. Mestilah mereka mahu lakukan yang terbaik untuk anak mereka. Majlis itu turut dibantu oleh ahli keluarga mereka.

-skip-

Alhamdulillah majlis tersebut berjalan dengan lancar pada malam tersebut. Ramai orang yang datang. Semua aturcara majlis diikut sepenuhnya.Selesai majlis,Farhana pun menidurkan Ayeesha. Seharian budak ini berjaga. Kejap meragam,kejap okay.  Sebenarnya Ayeesha sudah meragam kerana dia mahu tidur dari petang tadi lagi. Tetapi dia terpaksa tahan kerana ramai mahu berjumpa Ayeesha. Mana boleh birthday girl tiada sekali. Terpaksalah melayan dia menangis bagai. Nak buat macam mana.

Ayeesha terus tidur sebaik sahaja Farhana meletakkan dia di atas katil. Mesti dia letih sangat. Seperti tidak percaya,sudah setahun puteri ini. Farhana mengusap lembut kepala Ayeesha. Kemudian dia pun mengucup pipi merah anaknya lalu tertidur kerana keletihan.

Kini Khairani dan Farhana telah tamat pengajian diperingkat master. Mereka berdua baru sahaja memulakan pekerjaan. Nampaknya bolehlah mereka tumpu pada Ayeesha sedikit. Memandangkan Ayeesha pun sudah setahun dan baru sahaja pandai berjalan. Agak memudahkan kerja mereka sedikit untuk menjaga Ayeesha.

-skip-

-3 tahun kemudian-

"Abang sudah dapat rumah. Rumah yang kita impikan,sebuah rumah banglo" kata Khairani.

"Betul ke? Abang tak tipu?" kata Farhana seperti tidak percaya kata suaminya.

"Ya,betul. Abang tak tipu. Kawan abang tolong dapatkan rumah tu dan abang pun sudah bayar deposit rumah itu. Tak lama lagi kita akan pindah duduk situ" kata Khairani meyakinkan Farhana.

Tidak lama kemudian,Ayeesha pun pulang ke rumah. Kini Ayeesha telah berumur 4 tahun.Dia kini telah memasuki taska yang berada tidak jauh dari rumahnya. Sangat dekat. Ayeesha membuka pintu rumah.

"Assalamualaikum" kata si kecil ini.

Salamnya disambut dengan ungkapan "Waalaikumussalam" oleh ibu bapanya.

"Papa dah balik?" tanya Ayeesha.

Dia terus berjalan menuju ke arah kedua orang tuanya. Dia pun duduk di atas riba Farhana.

"Sudah. Papa balik awal hari ini. Papa nak uruskan hal rumah baharu kita" senyum Khairani memandang anaknya.

"Rumah baharu?" tanya Ayeesha.

"Ya.Kita akan pindah ke rumah baharu kita nanti" jawab Farhana.

"Dekat mana?" tanya Ayeesha lagi.

"Mana boleh tahu. Itu rahsia" jawab Khairani.

"Heh,yelah" cebik Ayeesha.

Pandai pula budak ini mencebik. Siapa yang ajar ni? Sebaik tengok Ayeesha mencebik,dia terus tergelak kecil lalu mencubit pipi tembam dan kemerah-merahan milik Ayeesha. Kemudian,dia lari masuk bilik untuk mandi. Ayeesha merintih kesakitan. Itulah,bela pipi tembam lagi. Kan dah kena cubit. Ayeesha merintih kesakitan. Dia mengusap-usap pipi tembamnya.

Pada waktu makan malam,mereka sekeluarga makan bersama-sama. Sewaktu makan,Ayeesha bertanyakan kepada ayahnya tentang rumah baharu yang bakal didiami.

"Papa,rumah baharu kita tu,jauh ke dari sini?" tanya Ayeesha.

"Boleh tahanlah juga. Tetapi dekat sedikit dengan sekolah Ayeesha tahun hadapan" jawab Khairani.

"Ayeesha kena pindah sekolah ke?" tanya Ayeesha lagi.

"Ya sayang. Tahun hadapan kan Ayeesha sudah 5 tahun. Taska sampai 4 tahun je" Khairani meyakinkan anaknya.

"Okay" jawab Ayeesha pendek. Dia tak kesah pun sekolah dekat mana. Asalkan boleh belajar. Ayeesha jenis yang free atau lebih senang,ramah. Campak je kemana-mana,dia boleh hidup.

Selesai makan malam,Ayeesha pun masuk ke bilik untuk tidur. Dia masih tidur bersama-sama ibu bapanya. Cuma bezanya tak tidur dalam baby court lagi jelah. Yelah,anak tunggal kan.

Farhana back hug Khairani. Akhirnya impian mereka tercapai. Impian untuk duduk di rumah besar bakal tercapai dan menjadi kenyataan. Dia tahu suaminya takkan menipu. Khairani tidak akan sesekali membuat janji yang dia tidak boleh tepati atau lebih tepat "janji palsu",bak kata Bruno Mars di dalam lagu That's What I Like "I will never make a promise that I can't keep".

Kini semuanya bakal berubah dalam masa seminggu lagi,iaitu tarikh mereka sekeluarga akan berpindah ke rumah baharu mereka.

-Bersambung-

✔️vote ✔️comment✔️share 

The SecretTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang