Dalam keadaan kepala yang sakit, Ayeesha meneruskan tidurnya walaupun telah dikejut berkali-kali oleh Khairani. Sewaktu tidur, dia bermimpi. Dia berada dalam suatu tempat yang amat usang. Dari hujung pelosok tempat itu, terdapat satu sinar cahaya yang samar-samar. Dengan itu, aras adrenalina nya dengan pantas membuak-buak menghadirkan perasaan takut dalam diri anak kecil itu.
"Papa.. mama" anak kecil itu memanggil kedua orang tuanya.
"Ayeesha.." kedengaran satu suara memanggil namanya.
"Papa.. mama.. Ayeesha takut.." anak kecil itu menangis teresak-esak. Ketakutan menghantui dirinya. Kakinya tidak mampu untuk berjalan ke arah sinar cahaya yang dilihatnya. Dia bimbang akan bahaya yang bakal menemui dirinya.
"Papa.. mama.." Ayeesha duduk bersandar pada dinding sambil menangis. Tangisannya kian didengari. Tak semena-mena, gegendang telinganya dapat menangkap bunyi tapak kaki yang maha kuat. Bunyi itu datang dari pelbagai arah. Akibat bunyi yang amat kuat itu, kepalanya mula sakit semula. Iris matanya dapat menangkap sekujur bayang yang menghampiri dirinya. Ayeesha tidak mampu berbuat apa-apa kerana ketakutan yang dialaminya membatasi keberanian dalam dirinya. Dia terus menangis, berharap Khairani dan Farhana unruk datang melindunginya.
Tangan kanannya dipegang. Sentakan tangan yang kuat menarik dirinya untuk bengun dan berlari menyebabkan terkejut.
"Lea.." Lea yang menariknya untuk melarikan diri.
"Jangan berhenti, Ayeesha. Jangan berhenti.." Lea membawa Ayeesha berlari sejauh yang boleh. Mereka berlari ke arah suatu cahaya yang samar-samar itu tadi. Cahaya yang samar-samar itu merupakan sebuah pintu, yang terbuka kecil, keadaannya diluar pintu seperti keadaan dalam rumahnya.
"Ayeesha.. pergi keluar.."
"Lea?"
"Lea tak boleh.."
"Kenapa?"
"Lea tak bebas lagi.. Ayeesha pergi.."
"Lea.. apa dalam tu?"
"Ayeesha bantu Lea, ya?" Lea menolak Ayeesha keluar. Di belakang Lea, terdapat dua pasang mata merah.
"Aaaaaaargghhhh!" Lea ditarik, ditelan kegelapan bilik itu. Pintu bilik itu secara automatik tertutup. Ayeesha baru menyedari, itu bilik yang berkunci dalam rumah mereka. Tetapi, mengapa besar sangat bilik itu? Benarkan itu bilik yang berkunci itu?"
Ayeesha terus berjalan ke bilik kedua orang tuanya. Rumah itu senyap sunyi. Macam tiada penghuni. Tak mungkin la. Keadaan rumah juga kelihatan tidak teratur. Ayeesha berjalan memasuki bilik kedua orang tuanya. Kelihatan hanya Khairani berada didalam. Ayeesha membuka pintu bilik namun Khairani seolah-olah tidak menyedari kehadirannya. Keadaan bilik itu juga tunggang-langgang. Bagai terdapat badai yang melanda di dalam bilik itu. Khairani duduk menghadap tingkap yang kian samar-samar menampakkan permandangan luar akibat kekotoran habuk yang melekat pada tingkap itu. Ayeesha ingin berjalan ke arah Khairani tetapi dia melihat di atas lantai terdapat satu bingkai gambar yang telah pecah seribu kacanya. Ayeesha berjalan dengan penuh berhati-hati kerana bimbang dia akan terpijak kaca tersebut. Dia melihat gambar yang tertera. Gambar dia bersama Farhana. Tertulis kecil pada sudut gambar itu "dalam kenangan, Farhana & Ayeesha". Mata Ayeesha bertukar menjadi kolam air mata. Air matanya bertakung, menunggu sahaja detik untuk berjurai jatuh.
"Papa.." Ayeesha cuba memanggil Khairani tetapi Khairani seolah-olah tidak mendengar kata-katanya. Dengan itu, muncullah satu lembaga yang mengejarnya tadi. Berbisik pada telinga Khairani sambil memandang Ayeesha. Pada kala itu juga, di tangan Khairani terdapat sebilah pisau yang tajam. Digenggam erat pemegang pisau itu agar tidak jatuh, tidak kemakanan matanya, menunggu sahaja untuk menusuk dada bapanya. Detik genting kian tiba.

ANDA SEDANG MEMBACA
The Secret
ParanormalGerhana mentari bakal tiba, Tersingkap segala rahsia dusta, Sebagai hukuman kekhilafan lama, Insan biasa menjadi mangsa. Arjuna perkasa menjadi tawanan, Disulami debaran beribu halangan, Rela diseksa menanggung beban, Kasih dihamparkan seluas lautan...