Dengan sekali lafaz jer aku dah jadi isteri orang. Dengar ceritalah, memang ready sungguh dia ni.
Aku tak dengar pun suara suami aku tadi sebab otak aku ni mengelamun jauh. Sampai aku tak sedar pun aku dah jadi isteri orang. Suara dia apatah lagi aku nak dengar.
Lepas acara pembatalan air sembahyang. Aku duduk dalam bilik. Acara tadi pun fikiran aku menerawang. Aku menunduk sepanjang masa. Aku tak kisah dah orang nak kata apa waktu tu.
Aku tak nak tengok muka dia! I mean.. Tak ready langsung.
"Adriana! ", Hidayah menerjah masuk bilik aku. Dia peluk aku seerat mungkin.
Diikuti Anisa di belakang.
" Oh my god! Kawan kita ni dah jadi isteri orang! Ahh! ", gila Hidayah ni. Terlebih makan gula ke apa.
Anisa tersengih-sengih.
" Kau tak makan ke? Elok jer habis, terus lari naik bilik.. ", Anisa duduk di sebelah aku.
"Mana nak makan nya kalau dia excited...", Hidayah memandang muka aku yang muram ni.
"Kenapa ni Adriana, monyok jer ni.. Senyumlah sikit, takkan kau tak bahagia kot.. ", Hidayah menarik pipi aku.
"Lantaklah! Korang keluar kejap boleh?! Bagi aku tenang sikit..!", aku menepis tangan Hidayah.
Hidayah dan Anisa memandang sesama sendiri. Lepastu tersenyum, ada udang sebalik batu ni.
"Yelah Adriana, kitorang keluar dulu, cari makan..", Anisa menarik tangan Hidayah keluar dari bilik.
"Kalau ya pun, tutup lah pintu tu.. "
Hilang. Camtu jer diorang ni.. Lantaklah, aku sorang jer kat atas ni..
Aku bermain cincin yang baru tersarung pada jari manis aku. Cincin kahwin. Bukan cincin tunang, bukan cincin yang Joe bagi.
Joe..
"Kau ni dah kenapa?", ada orang menyentuh pipi aku dengan lembut. Suara yang amat aku kenali sekali. Takkan Joe pulak kot. Ish! Otak aku dah mereng agaknya.
Aku diam. Air mata aku mengalir tanpa dipinta. Tiba-tiba, pemilik tangan tadi mengangkat muka aku menghadap muka dia.
Warrgghhhhh!
Mata aku bulat, memandang muka pemilik tangan tersebut.
Joe!
Aku terus peluk Joe. Lantaklah! Aku menangis sepuas-puasnya.
Aku fikir dia akan menolak badan aku. Tapi, aku dapat rasakan pelukan aku dibalas olehnya.
"Dah, tak payah lah nangis. Nanti aku pulak yang susah", Joe mengusap kepala aku.
"Aku dah jadi isteri orang lah gila. Kenapa kau pulak yang susah?" ujar ku dalam tangisan. Eh, dia ni tak kisah ke peluk isteri orang.
"Ya, jadi isteri aku kan?", seloroh Joe.
Aku mengangkat kepala aku. Memandang muka nya. Terukir senyuman paling manis di bibirnya. Aku jadi isteri dia?
Aku menolak tubuhnya. Eee, awkward gila!
Pandangan aku dilarikan.
Baru aku sedar baju yang Joe pakai sedondon dengan aku. Maknanya...
"Haih, ni lah perempuan yang menunduk jerkan sepanjang majlis tadi. Orang nak tengok muka pun give up. Jual mahal." ujar Joe.
Aku tersengih. Mana taknya tiba-tiba kena nikah dengan senior sendiri. Tak, boss aku. Eheheh, aku mengelap kesan air mata aku.
Aku pukul lengan Joe," Tak guna lah kau ni", aku acah merajuk.
YOU ARE READING
Senior Skema 👓
Teen FictionAdriana yang meluahkan segala cerita tentang pertemuannya dengan senior pujaan hati yang tak berapa hot seperti pelajar lain tetapi amat dikenali oleh seluruh warga sekolah kerana sikapnya dan akademik nya. Zupp! Terlebih cemerlang. Pelbagai perkara...