Baru lepas hantar Sara balik. Keadaan dalam kereta terlalu dingin. Joe masih lagi dalam mood stress dia. Amirul pulak sibuk melayan Instagram dengan muka bahagia.
Aku pulak? Merenung ke luar tingkap.
Tiba-tiba, Joe parking keretanya di tepi taman permainan berdekatan dengan rumah Sara tadi.
"Kenapa berhenti sini Johan? ", Amirul yang menyedari tindakan Joe bertanya.
Aku pulak tersedar dari lamunan. Terkejut tiba-tiba kereta berhenti kembali.
" Kau nak tahu tak masalah aku skang ni? ", Joe memandang muka Amirul.
" Kau tak hantar Adriana lagi, camne nak.. "
" Dia pun kena dengar masalah aku", Joe memotong kata-kata Amirul.
Apa masalah dia ni? Buat serabut otak aku tahu tak?!
"Ok, chill bro. Kau jangan rosakkan mood aku dengan api kemarahan kau. Cukuplah korang berdua macam ni, jangan sampai aku pun jadi macam korang", kata Amirul.
"Ok, teruskan cerita kau...", seloroh aku dan membuat eyerolls. Daripada buang masa bertekak, baik dengar masalah dia ni. Cepat habis, cepat aku balik.
"Kau ingat tak masa aku tulis note aku tak dapat jumpa kau sebab mak aku suruh balik? ", Joe mengaju soalan kepada aku.
" Ingat sangat... Kenapa? Ada kaitan ke dengan masalah kau ni? ", balas aku.
" Ye, masa aku balik tu.. Tiba-tiba mak aku cakap yang kitorang kena pindah.", sambung Joe.
"Kau nak pindah Johan? Janganlah tinggalkan aku bro... ", mata Amirul membulat mendengar kenyataan Joe.
" Ish, aku tak habis lagilah... "
" Pastu...? ", aku mintak Joe sambung. Susah jugak nak dengar kalau asyik ada iklan tak berbayar ni.
" Aku nak duduk KL. Tapi mak aku kata... "
Huh...?!
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Otak aku bertambah serabut... Mendengar cerita Joe tadi buat aku bertambah stress. Kemungkinan aku takkan jumpa dia lagi kalau dia ikut jugak mak dia. Tapi, mendengar syarat yang mak dia letakkan buat Joe buntu membuat keputusan. Aku tak tahuLah kalau Joe sanggup buat kalau nak terus duduk kat KL ni.
"Rin...! Meh turun kejap... Ibu ada benda nak cakap ni...", ibu memanggil aku dari bawah. Arrrghhh! Aku baru nak baring!
Tapi, sebagai seorang anak, takkanlah aku nak membantah. Dengan perlahan aku bangun dari katil dan keluar dari bilik. Aku tutup suis lampu dan kipas sebelum turun ke bawah. Spek aku dibetulkan.
Disebabkan aku malas nak layan, aku macam biasa, pura-pura ngantuk. Sebab aku dah boleh agak, ibu akan teruskan plan agenda dia yang seterusnya. Maybe... Slow talk dengan aku.. Cakap straight depan muka aku... Atau... Bawak aku pergi rumah kawan dia lagi..? Oh no...
"Ya ibu... Kenapa...?", aku mengacah menggosok mata yang dikuyukan.
"Kamu penat ke sayang...? Seronok sangat keluar petang tadi ke...?", ibu mempamerkan senyuman yang manis kepadaku.
Aku hanya mengangguk perlahan. Langkah diatur perlahan ke arah sofa di ruang tamu. Punggung dilabuhkan di sofa single. Aku nampak ada sebungkus plastik kecil di riba ibu. Ayah pula... hmm... kerja tak lekang depan mata.
"Keluar dengan sape tadi? Ayah kata senior kamu, betul ke?", ibu mengerling ke arah aku, dan senyuman yang ada makna tersembunyi?
"Err... Ha ah...", aku mengangguk perlahan. Aku dah cuak dah ni, ibu pantang kalau dengar aku rapat dengan laki. Habislah, menadahlah telinga aku hari ni dengan ceramah free.
"Sape nama dia...?", tanya ibu pelik.
Mataku terkebil-kebil. Dengan dahi aku bertambah kerutannya. Pelik soalan ibu ni...
"Jo...han, yang Adriana cerita dengan Datin Jihan haritu...", aku menjawab dengan suara yang perlahan. Takut. Gugup. Semua ada... Kot - kot lah nampak manis senyuman ibu ni tiba-tiba dia sergah aku ke.
"Oh.. Ingat kan dengan sape tadi. Okay.", ibu membalas dan dia membuka plastik kecil yang berada di atas ribanya dari tadi.
Huh..? Ibu tak marah ke? Atau ibu kenal ke Joe tu... Tak silap aku, aku tak pernah sekalipun mention nama Joe depan ibu. Why..? And what's going on actually..?
"Adriana, hari Selasa haritu Datin Jihan datang buat rombongan masuk minang kamu. Nah, ni cincinnya, ibu terima pinangan anak dia tadi.", ibu menghulur sekotak cincin yang teramat cantik. Warna biru metallic! Haha.. Aku tahu, lawa bagi aku jer kot. Of course taste aku. Jarang kot orang bagi kotak cincin warna ni.
"HAH!? Ada orang masuk minang?!", aku mengacah terkejut. Padahal aku dah boleh agak dah.
Ibu hanya mengangguk.
"Kenapa ibu terima? Adriana baru nak PT3 kot?!", aku menjerit. Muka dikerutkan sekerut yang boleh. Mintak simpati.
"Ada sebab ibu dengan Datin Jihan nak kahwinkan kamu berdua...", ibu tersenyum.
Aku buka kotak cincin tersebut.
Cincinnya simple but nice. Takde banyak batu-batu yang menyilaukan mata aku. Just nice. Lagipun, dah lama aku teringin nak ada cincin macam ni.
Wow! Dia tahu aku punya taste and vibe camne? Boleh tahan dia ni..
Atau, sebab ibu dah bagitahu Datin Jihan awal-awal aku ni jenis yang camne sebenarnya. Hah! Taktik nak ambil hati aku supaya ikut plan diorang, biasalah tu.
"Ibu, sape anak Datin Jihan tu...? Adriana mana kenal...", aku mengusap cincin pemberian 'bakal suami' aku tu. Lawa bagi aku, tapi sayangnya bukan dari orang yang aku kenal pun. Kalau Joe bagi kan bagus. huhuhu... Mimpi jerlah Rin.
Ibu hanya tersenyum. "Alah, kamu tak payah risaulah. Kamu mesti okay punya. Tak payah nak tahu sape dia tu..."
"Apa function Adriana kahwin ni ibu? Bukan ada sebab kukuh pun. Kalau kawan Adriana tahu kat sekolah, apa Adriana nak buat nanti. Aduh, mesti diorang usik Adriana lagi teruk...", aku menekup muka aku. Takleh bayang apa yang akan jadi dalam kehidupan aku in the future nanti!
Aku dah plan, nak amik aliran Grafik Komunikasi Teknikal (GKT) masa form 4 nanti. Lepas SPM, nak duduk KL buat part time sebelum sambung belajar. Then, kalau ada rezeki aku nak amik A-Level ke..?
And, everything hilang macam tu jer plan aku. What..?!
"Adriana, kalau nak tahu, kita kena pindah Johor...", ayah tiba-tiba bersuara tanpa notis.
"Abang..!", ibu memukul lengan ayah.
"Yelah, ayah dapat naik pangkat, tapi kena pindah Johor.", ayah memandang ke arah aku.
"Apa..?! Tak nak! Adriana nak duduk KL...!", aku bantah nak pindah Johor. Actally, aku pun dah tahu. And, aku acah terkejut lagi sekali.
"Sebab tu lah ibu nak kahwinkan dengan anak Datin Jihan tu.."
"Jadi? Bila dah kahwin..?"
"Anak dia bolehlah jagakan kamu kat KL ni, amik kamu ulang alik asrama tiap kali kamu balik wajib. Lagipun, Datin Jihan dengan suaminya pun kena pindah Penang. Tapi, anaknya tak nak pulak ikut sama, jadi, takkan Datin Jihan nak tinggalkan anak dia sorang-sorang kat KL.". jelas ibu panjang lebar.
Huh...?! Mesti awkward gila nak mati...!!! Bukan aku kenal dia pun...!
"Tapi..."
"Dah dah... Nanti okay jerlah. Kamu takyah risau, kitorang berdua dah plan dengan teratur. Semuanya untuk anak kitorang yang tercinta ni..", ibu menggosok bahu aku.
Urgghh! Geli pulak aku dengar.
Cincin yang masih aku pegang ditenung lama.
"Oh, btw. Kamu takyah risau pasal PT3, akhir tahun nanti kamu baru nikah. Jadi, rilex lah ya. Belajar macam yang ibu selalu tengok."
What...?! Akhir tahun ni...!
Damn..!
YOU ARE READING
Senior Skema 👓
Fiksi RemajaAdriana yang meluahkan segala cerita tentang pertemuannya dengan senior pujaan hati yang tak berapa hot seperti pelajar lain tetapi amat dikenali oleh seluruh warga sekolah kerana sikapnya dan akademik nya. Zupp! Terlebih cemerlang. Pelbagai perkara...