(1) What...?

1.2K 57 1
                                    

"Assalamualaikum", aku membuka kasut dan masuk ke dalam rumah. Penatnya!

"Dah balik dah ke anak ibu sorang ni?", ibu meletakkan dulang berisi seteko air teh, cawan dan sepiring kek coklat dia atas meja kopi depan sofa.

"Aik? Tak pernah-pernah awak hidang minum petang macam ni. Selalunya atas meja makan jer", ujar Encik Sufian, ayah aku pelik.

Aku melabuhkan punggung di atas sofa selepas menggantung beg tangan aku di tepi almari buku.

Aku pun pelik, sedari tadi ibu tersenyum. Ada apa-apa ke ni?

"Apa salahnya kita minum petang kat sini. Meluangkan masa bersama keluarga", balas ibu dan duduk di sebelah ayah.

"Sama je kot kalau minum petang atas meja makan tu", kata ayah. Kerja di laptopnya terhenti.

"Setuju!", sampuk aku.

"Alah, kalau kat sinikan lebih santai. Duduk atas sofa yang empuk ni dengan menonton tv".

Aku dan ayah saling berpandangan dengan dahi berkerut seribu.

"Ibu sihat ke tak ni ayah?", otak aku ligat berpusing mencari punca ibu jadi camtu.

"Ayah pun tak tahu....", ayah mengangkat bahu tanda tidak tahu.

______________________________________

"Warrghhh.... Ngantuknya... Aku perlukan tenaga....", aku menggosok mata aku yang keletihan.

'Baru bahagian kepala... Kaki ni tak siap lagi...', aku memandang lukisan aku. Tengah lukis potret cam biasa. Kalini aku guna gambar Jun dengan Syahir tadi. Ehehehhe....

'Baik aku amik coklat dalam peti ais kat bawah'

Aku menurun tangga dengan perlahan..

"....sebab tu saya ingat nak kahwinkan Adriana dengan anak kawan saya tu.."

Langkahku terhenti. Huh? Apa benda...

Aku duduk di tangga dan cuba mencuri dengar perbualan ibu dengan ayah.

"Habis, kawan awak tu setuju ke?" balas ayah.

"Dah, saya pergi jumpa dialah tadi.."

Memang padan aku tak ikut ibu tadi. Aku membuat facepalm.

"Kenapa awak nak kahwinkan anak kita tu, dia tu baru nak PT3 tahun ni. Agak-agak awak dia setuju ke?", ayah cuba membela aku. Huhu, terharunya.

"Habistu, nanti kita pindah Johor, sape nak amik dia ulang alik asrama nanti? Nak suruh dia pindah sekolah? Saya tak nak, sebab bukan senang nak masuk sekolah tu". balas ibu.

Pindah? Seriously? Lagi aku tak nak!

Aku rasa nak hentak kaki jer kat tangga tu. Tapi nanti diorang dengar terus hilang sumber maklumat. Dah tengah bocor ni baik tahan dulu.

"Hmm...", ayah mati kata.. Aduh! Please lah ayah! Back up anak ayah sorang ni...

"Lagipun, kawan saya tu pun senasib dengan kita. Kena pindah Penang, tapi anaknya nak duduk KL. Tak nak ikut mak ayahnya pindah. Jadi, kawan saya tu pun risau sebab anak dia pun sorang." ibu tambah lagi hujah dia.

"Berapa umur anak kawan awak tu?"

"Lepasan SPM. Budaknya baik bang, pandai pulak tu."

Haih, budak baru habis SPM ke? Aduh! Pening kepala aku dibuatnnya...

"Sukati awaklah, saya tak nak tolong back up kalau anak awak tu tak setuju". Ayah mengalah, haih... Fakehope betul.

"Terima kasih bang. Esok jugak saya bawak Adriana pergi jumpa kawan saya tu".

Senior Skema 👓Where stories live. Discover now