Sejak aku kena belasah dengan Alin haritu. Joe semakin jarang cakap dengan aku. Walaupun dia yang backup aku, tolong aku masa aku jadi mangsa haritu.
Aku tertanya-tanya juga kenapa dia tak jumpa aku macam biasa. Bila aku mintak tolong ajar, dia mula bagi alasan.
Aku agak terkesan juga dengan perubahan dia sejak akhir-akhir ni. Tpi, aku bukannya kisah pun!
Ya ke? Entahlah.
Tapi, aku rasa ada sesuatu yang tak kena.
Until...
Aku terus berjalan menuju ke Makmal Science 3 yang terletak di hujung blok B. Jauh betul nak berjalan. Kalau cikgu Aslam tak mintak tolong angkat buku, takdenya aku rajin nak berjalan sampai situ.
Tiba-tiba tangan aku ditarik sebelum melintas lorong Kristal.
"Akak Adriana", Damia rupanya yang menarik tangan aku. Ingatkan sapelah tadi. Kalau Joe memang sepakan penalti aku bagi. Eh jap, kenapa nama dia jugak yang keluar.
"Kenapa? ", tanya aku.
Damia tidak menjawab tapi kekal menggenggam tangan aku sambil terjenguk-jenguk di lorong vending tu. Ada apa-apa ke?
" Akak, tengok tu", Damia mengarah aku untuk mengintai lorong Kristal.
Dang! Jantung aku bagai di panah lagi.
Nafas aku tertahan sekejap. Hati rasa tak sedap.Aku tak percaya dengan mata aku.
Joe tengah bercakap dengan Alin. Yang paling hairan, senyuman Joe tak lekang di bibirnya. Alin pula boleh dekat 10 centimeter jer dari Joe. Gaya Alin tak perlu cakap, menggedik tak habis-habis. Ada juga sekali-sekala dia menampar manja Joe.
Aku, bagaikan...
Terpaku, terpana, macam batu. Tak bergerak satu inci pun dari tempat aku. Hati aku rasa bagai dicarik. Air mata mula berkaca.
Kenapa aku rasa macam ni? Aku tak pernah pun suka dia! Tapi, kenapa hati ni boleh sakit!
Sekarang baru aku tahu, kenapa dia jarang cakap dengan aku sejak akhir-akhir ni. Kenapa dia selalu mengelak dari aku.
Persoalan baru muncul dalam kepala aku, macam mana Joe boleh baik dengan Alin sedangkan haritu dia yang melenting teruk disebabkan Alin juga.
"Akak... Akak okay ke? ", Damia menarik-narik tangan aku.
Aku mendengus dan menoleh ke arah Damia. Aku cuba menahan air mata aku dari jatuh. Kenapa hati aku tisu sangat.
" Okay jer, takyahlah risau. Akak tak kisah pun", aku menepuk bahu Damia.
"Tapi, akak dah nak nangis tu. Okay ke? ", Damia menanya lagi. Nampak riak mukanya yang amat simpati dengan aku. Haih, budak form 1 ni memang amat memahami betul.
Aku terdiam.
" Alah, takde apa lah. Sikit jer. Dahlah, akak pergi dulu eh. Cikgu mintak tolong amik buku tadi sebenanrnya", jelas ku.
Aku membuka langkah."Ah akak! Kejap! ", baru selangkah. Damia menghentikan langkah aku. Aku menoleh. Damia menghukurkan sepaket tisu kepadaku.
Aku menyambutnya dengan teragak-agak.
" Saya simpan semuanya ya. Saya janji", Damia mengangkat tangan bersumpah. Terharunya aku, budak ni terlalu memahami sangat.
Aku tersenyum sayu dan terus bergerak ke makmal 3.
Air mata aku jatuh tanpa dipinta ketika melintas laluan kristal. Aku membiarkan sahaja bagi Joe nampak aku yang begini. Tidak mungkin dia tak nampak jika hanya mereka berdua sahaja kat laluan kristal tu.
Joe tergamam. Alin yang menyedari kelibat aku terus menarik tangan Joe pergi dari kawasan tersebut.
~. ~. ~. ~.
"Weyh, kau okay tak? ", soal Aisyah prihatin.
Aku tersentak dari lamunan aku.
" Ah, oh, okay jer.", jawabku pendek.
Aisyah menarik kerusi dan duduk di sebelah aku.
"Kalau macam tu, kenapa mata awak sembap?", Aisyah merenung muka aku yang agak pucat. Aku hanya menggeleng.
"Takdelah, kita penat study semalam. Tido lambat sampai pukul 4 pagi", kata ku bohong. Padahal aku tak boleh tido sebab menangis tak henti.
"Awak, jangan nak tipu kita. Kalau awak study pun, mata awak takkan sembap sampai macam ni.", tak termakan pula kata-kata aku.
Aku melepaskan keluhan berat. "Nantilah Aisyah. Malam ni awak datang dorm kita. Kita perlukan ruang sekejap"
Aku bangun dari kerusi dan keluar ke koridor. Mengambil angin segar di luar.
Otak aku perlu tenang untuk berlajar.~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aku sedang menyiapkan kerja Mathematics di atas katil. Selesa sikit nak buat kerja.
Aisyah membaling bantal busuknya ke atas katil aku sebelum memanjat naik. Kemudian, dia bersandar di hujung katil dengan bantal.
"Awak nak citer bila-bila, terpulang. Kita dah ada depan mata awak ni, kita tunggu jer", kata Aisyah.
Aku hanya diam. Air mata aku terus bergenang teringatkan Joe. Dalam tangisan, aku cerita juga kepada Aisyah. Sahabat dunia akhirat aku. Semuanya aku cerita dari A sampai Z.
Aku mengelap air mata aku dengan lengan baju jer.
"Awak, kita nak tanya soalan? Awak jangan marah tau"
Aku mengangguk.
"Awak kata awak tak suka dia kan? "
Aku mengangguk lagi.
" Kenapa awak nangis sebab dia, sedangkan dia bukannya siapa-siapa dalam hati awak? ", sambung Aisyah. Hati aku bertambah sakit mendengar ayat dia.
" Kita... ", aku mati kata.
" Jujur jerlah, awak memang suka dia kan? Awak mungkin boleh tipu kita dengan kata-kata tapi hati awak tak"
Aku mendengus. Betul, aku rasa memang aku dah suka dia. Tanpa aku sedar selama ni.
"Orang lain tahulah awak suka dia. Walaupun awak bangkang macam mana pun, sebab diorang kenal awak. Bila kitorang usik awak, memang kitorang dah tahu awak ada hati kat dia.", jelas Aisyah. Dia menepuk bahu aku.
"Tak, takpe. Kita memang tak kisah.", ucap ku perlahan.
"Sebab tulah kitorang usik kau selalu, sebab kau tak kisah", terdengar suara Azura dari bawah katil. Eh? Dia dengar ke.
Aku mengintai katil bawah.
Warrrgghhhhh!
"Korang buat apa kat sini!!!! ", jerit ku, bergema suara aku satu level.
Siapa sangka, semua form 2 ada kat bawah katil aku. Maknanya, dari tadi diorang ada kat situ dan mendengar semua cerita aku?! Oh damn.
" Support kau lah, buat apa lagi", sahut Anisa.
"Macam mana aku tak boleh perasan dari tadi?! ", aku menggaru kepala aku dengan laju. Serabut.
" Tulah, feeling sangat ceritanya. Sampai tak perasan kitorang kat sini", jawab Bella wakil semua orang.
"Kau nak kitorang tolong pape ke? Bunuh Alin tu ke? ", cadang Syakila dengan ketawa jahatnya.
" Takpelah, aku try selesaikan sendiri", pinta ku. Aku tak nak menyusahkan kawan-kawan aku. Diorang pun ada masalah sendiri.
"Serious ah kau ni? "
" Tu ah, jangan acah tough sangat. Nanti kau sendiri yang susah"
"Alah, senang citer. Mintak jer tolong kalau kau nak okay? "
Aku mengangguk, kerja Matematik di hadapan aku dipandang kosong.
YOU ARE READING
Senior Skema 👓
Teen FictionAdriana yang meluahkan segala cerita tentang pertemuannya dengan senior pujaan hati yang tak berapa hot seperti pelajar lain tetapi amat dikenali oleh seluruh warga sekolah kerana sikapnya dan akademik nya. Zupp! Terlebih cemerlang. Pelbagai perkara...