Naik form 2, aku hampir lupa pasal Joe. Aku bukannya rapat pun dengan dia. Nak ambik kisah pun takde. Tapi, semuanya berubah disebabkan sorang perempuan form 1 ni. Aku tak tahu nak salahkan diri aku yang tak matang ke atau salah perempuan yang mintak attention tu.
Dah form 2 ni kira jadi senior lah kepada budak form 1 yang baru masuk.
Disebabkan aku duduk asrama harian. Memang akan ada lah budak form 1 yang kenal aku.
Kat asrama aku ni, seniority memang takde. But, ada hadnya, biasanya time orientasi lah ada sikit seniority.
Back to main point. Budak form 1 sekolah aku memang kerjanya mencari attention. Couple ngan senior, couple ngan budak hot atau declare adik angkat. Aku pun tak fahamlah dengan diorang. Sebab batch aku takdelah sampai macam tu kalau minat dengan senior.
Satu hari tu....
"Kak Adriana. " sorang budak form 1 tegur aku, Damia.
" Ah, ye, ada apa? ", aku menurunkan novel aku bagi melihat muka tuan suara. Kacau betullah nak relaks atas katil ni.
" Kak Aisyah bagi task orientasi", ujar Damia, perlahan suaranya. Aku ni garang sangat ke?
"Jadi..? "
" Uhmmm... Dia suruh tanya, apa nama crush akak kat sekolah ni", muka Damia tampak gugup sangat. Aduh, aku rasa nak gelak.
"Hah?! ", aku bangun dari pembaringan aku. Aku mengerutkan muka. Sejak bila aku ada crush kat sekolah ni? Oh, tolonglah.
" Errr, fav senior ke?", Damia mengerti dari riak muka aku.
"Nak jujur ke tak jujur? ", aku menyoal budak form 1 tu balik. Saje nak tengok reaksi dia. Sorry Aisyah, copy paste soalan merepek kau.
" Mestilah yang jujur kak", jawab Damia. Lurus betullah budak ni. Takpelah, aku memang susah nak mesra dengan orang. So, apa aku buat hanyalah mengekalkan senyuman yang terang plastik kat mulut aku.
Aku berfikir, senior mana jer aku kenal. Aku bukannya kisah pun, hensem ke, pandai ke, playboy ke, whateverlah. Apa yang kawan aku gosipkan biasanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri aku.
Aku teringat Joe. Bolehlah, dia tu cool bagi aku. Hek, nerd and cool. Tapi, aku tak tahu kenapa tak nak pulak jadi crush aku. Ah! Takpelah, ninorientasi jer kan. Bukannya serious pun.
"Cakap jer dengan kak Aisyah tu yang Kak Rin suka Johan, budak kelas 5 Lestari", jawab aku, sambil merenung tajam anak mata Damia. Takut dia ditenung sebegitu. Hahahahahha, aku memang nampak garang tapi dalam hati ada taman. Acah!
"Johan? ", Damia menggaru kepala. Ada something ke?
" Ha ah, dia. Kenapa? ", aku mengerutkan muka.
"Tak, takde apalah kak, seriouslah kak? Johan tu bukan budak pandai tu ker. Muka takdelah hensem mana", amboi, sempat kritik depan muka aku. Tolonglah bersyukur orang dah bagi jawapan.
"Lain orang, lain taste. Tu jer akak boleh cakap", aku mengangkat bahu dan kembali baring dan meneruskan bacaan. Malas aku nak layan lama-lama budak ni.
Tanpa aku sedar. Sebenarnya, aku dah bagitahu benda tak betul kat dia. And, aku yakin, benda tu akan tersebar satu form diorang. Ah! Lantaklah. Aku harap tak jadi isu gosip lah kat sekolah. Aku bukannya budak hot pun nak digosipkan. Silap-silap takde sape pun yang tahu kewujudan aku kat sekolah.
Tapi, tak sampai sebulan lepas orientasi asrama habis. Satu hari ni...
Aku tengah on the way nak pergi vending yang ada kat lorong kristal. Lorong yang memisahkan blok B dan blok C.
"Akak, akak", ada orang menarik lengan baju aku. Aku menoleh.
"Ah, kenapa?", aku bercekak pinggang.
YOU ARE READING
Senior Skema 👓
Подростковая литератураAdriana yang meluahkan segala cerita tentang pertemuannya dengan senior pujaan hati yang tak berapa hot seperti pelajar lain tetapi amat dikenali oleh seluruh warga sekolah kerana sikapnya dan akademik nya. Zupp! Terlebih cemerlang. Pelbagai perkara...