Kitorang berada di meja kantin.
Harris menolong menampal plaster di muka Joe yang luka dibelasah oleh dirinya tadi.
"Sorry Johan. Aku salah", ujar Harris, terbit rasa kesal dengan tindakannya.
"Takpelah, salah aku jugak", balas Joe.
Aku dari tadi memeluk tubuh memandang sekeliling. Tak puas lagi hati aku ni gara-gara budak drama tadi.
"Okay, sekarang ni cuba cerita kat aku. Apa yang Alin buat kat kau?", soal Harris. Sekarang baru dapat fikir dengan waras. Tadi, nak sangat ikut hatinya yang panas baran tu.
'Apa yang Alin buat kat Joe?', aku mengerling mereka berdua. Ada benda yang aku tak tahu ke selama ni. Yang aku tahu, Joe asyik mengelak dari aku. Huh.
"Nak aku cerita sekarang ke?", Joe takut memandang muka singa aku.
"Cerita jerlah, kang aku belasah kau pulak nanti", aku mengacu penumbuk. Dah lama aku nak tahu kebenaran, nak tangguh lagi.
"Okay okay, lek lek", Joe menenangkan aku.
"Alin tu, dia ugut aku", Joe memulakan cerita. Aku dan Harris memasang telinga. Walaupun muka aku diegokan.
"Dia paksa aku suruh ikut telunjuk dia, kalau tak...", Joe terhenti cerita dan memandang aku dengan muka sedih dia. Dengan tak pakai spek, apahal cute sangat ni.
'ish, cukuplah fangirl!' aku menggeleng bagi buang jauh perasaan tu.
"... Kenapa pandang aku? ", aku menunjuk diri sendiri.
"... Kalau tak, dia belasah Adriana lagi sekali", Joe memandang lantai. Mukanya memerah. Nak kata sakit hati kegeraman ke blushing?
Harris hanya diam. Mengangguk faham mendengar cerita Joe.
"Sorry weyh, aku dah sakitkan hati kau. Mengelak dari kau. Padahal, aku nak lindungi kau jer dari Alin tu", Joe menatap muka aku balik.
Aku mengangguk, terus mengalihkan pandangan. Ego aku masih menebal dari tadi.
"Aku mintak maaf eh Johan. Serious, aku tak tahu pun apa yang berlaku", Harris di sebelah menepuk bahu Joe.
"Takpe, yang penting. Jangan cemarkan nama aku eh?", balas Joe dengan tawa kecil.
"Hehe, tak nak lah. Nak cemarkan jugak", Harris turut gelak sama.
Aku pun tersenyum. Buat lawak pulak diorang berdua ni. Takpelah, sampai bila nak dingin jer suasana macam ni.
"Lepas ni nak lawan, boleh cari aku", ujar ku sambil mengangkat penumbuk.
"Tak nak lah lawan perempuan. Nanti kalah lagi", Harris mengacah takut.
Ketawa kitorang berderai melihat telatah Harris.
"Errr... Pasal spek Johan tadi apa citer", soalku sambil mengeluarkan serpihan dari poket yang sempat aku kutip tadi. Sadis betul aku tengok spek dia.
"Kau sempat kutip??", terkejut diorang berdua melihat serpihan di tangan aku.
"Bukannya teruk sangat macam kena gilis lori. Frame patah 5, Kanta pecah sebelah, sebelah lagi cuma calar teruk.", aku meletakkan spek Joe di atas meja.
"Ni teruklah, apa yang tak teruk sangat", Harris mengambil kanta yang calar-balar. Tak sedar diri ke dia yang pecahkan tadi. Hahah, lantaklah. Tak nak cari gaduh.
"Kau..., nak aku ganti ke?", tanya Harris serba salah. Mesti mahal spek dia, power tinggi kot.
"Alah takpe, nanti aku buat spek baru", balas Joe. Dia pun membelek speknya yang dah pecah tu.
YOU ARE READING
Senior Skema 👓
أدب المراهقينAdriana yang meluahkan segala cerita tentang pertemuannya dengan senior pujaan hati yang tak berapa hot seperti pelajar lain tetapi amat dikenali oleh seluruh warga sekolah kerana sikapnya dan akademik nya. Zupp! Terlebih cemerlang. Pelbagai perkara...