(26) Miss

1K 49 2
                                    

Iced latte yang berada di hadapan aku dihirup. Sedapnya, lagi lazat bila ada orang belanja.

"Kau buat apa kat sini? Bukan kau busy ke?", aku menyandarkan diri pada kerusi.

"Meeting lerr, takkan nak shopping pulak time kerja ni", balas Joe. Dia yang lengkap dengan sut hitam, tie warna biru metallic. Huhu, dah lama aku tak ngadap tubuh tinggi lampai Joe ni.

"Hmm... Ya ke ni?", keningku terangkat sebelah.

"Betullah, tak caya tanya ah PA aku sendiri", Joe menghirup kopi Americano nya.

"Camne aku nak tanya? Eh jap, kau ni keje apa eh? Tak pernah nak bagitahu aku.", aku mencebik.

Diam. Dia tersenyum panjang jer memandang muka aku.

Aku cuba meneka.

"Ntah ntah CEO, hahahahah"

Mata Joe buntang mendengar tekaan aku.

Aku sambung, "Alah, orang cam kau ni nak jadi CEO? Wow, camne agaknya eh pekerja bawah kau, dapat bos skema cam kau ni?"

Joe mengetap bibir. Geram ke? Eh, buat apa nak terasa kalau dia bukan CEO.

"Kau cakap sebab mamat tadi tu kan..", Joe mencebik. Merajuk. Alamak, aku salah cakap ke.

"Takdelah, aku gurau jer, eh...sorry", tawa aku dimatikan.

Joe menrengus, "Nasib kau mintak maaf, kalau tak aku pecat jer... Eh..", Joe menekup mulutnya.

"Huh? Apa kuasa kau nak pecat aku. Eh, aku ni PA CEO Syarikat Jayarin tu tau. Kau apa tau.."

Joe menahan tawa. "Dah tu, kau mesti tak kenal CEO dia kan?"

Aku mengetap bibir. Eee, aku nak tumbuk boleh tak.

"Kau kenal ke dia? Acah macam tahu pulak!", bidas aku.

"Kenallah, kenal sangat-sangat. Dia rapat dengan aku.", Joe ketawa sepuas hati dia. Aku tak tahu apa yang kelakar sekarang ni.

Aku mencebik.

"Hah, muncunglah lagi, boleh sidai baju lagi, satu meter tu cukup kot", Joe menghirup Americano nya lagi.

"Eee, bagitahu jerlah sape dia. Aku malas nak berteka-teki ni!", aku mencucuk lengannya dengan straw.

"Seriouslah kau nak tahu?", Joe menongkat kepalanya dengan tangan.

'Ah, cutenya!', eiiii, boleh pulak fangirl skang ni.

"Yelah, aku PA dia, tapi bos sendiri pun tak kenal, apa kejadahnya?", aku mengalihkan pandangan aku. Haih, takleh tengok muka dia lama-lama, nanti boleh gila otak aku.

"Kau takkan menyesal? Aku rasa better kau tak tahu sape dia", kening Joe terangkat sebelah. Smirk.

"Apahal pulak?! Dia sendiri suruh aku cari, and terpaksalah aku tanya orang. And, memandangkan kau tahu, bagilah tahu aku!", aku mengetap gigi, geram!

"Woah.. Woah.. Lek lek. Aku bagi klu, nak tak?", Joe memberi cadangan.

"Eeee, susahlah, bukan aku kenal dia!"

"Klu, orang tu kau kenal, sangat", Joe terus memberi klu tanpa persetujuan aku. Ditekankan perkataan 'sangat'.

"Second, dia senior kau"

"Third, dia pandai..."

"Kau cakap pasal diri sendiri ke, gile!", aku membuat isyarat gila dengan jari.

"Mana aku tahu", Joe senyum lebar. Ni nak kenakan aku ke apa.

"Takkanlah kau CEO kot", berkerut dahi aku memikirkan.

Senior Skema 👓Where stories live. Discover now