"Akak..."
Seseorang memegang bahu aku. Aku menoleh memandang tuan empunya suara.
Jasmin!
"Emm.. Ya Jas, ada apa-apa akak boleh tolong?"
"Dah dapat dah?", soal Jasmin.
"Dapat..? Apa?", aku mengerutkan muka. Loading kejap. Hadiah Joe ker?
"Hadiah abang Johan bagi.", jelas Jasmin.
Aku terdiam sekejap." Ouh, dah. Kenapa tanya? "
Pelik jugak, camne dia tahu Joe bagi aku something. Ke...?
" Baguslah tu, tadi saya yang letakkan bawah meja akak", terang Jasmin.
Aku terkelu. Huh? Seriously...?
"Ouh, Jas ke yang letak. Fikir jugak bila masa dia naik kelas akak ", aku membalas dengan senyuman tawar.
" Okaylah kak, saya balik dulu ya", Jasmin menepuk bahu aku sebelum menapak meninggalkan aku.
"Eh kejap Jasmin! ", aku menahan Jasmin, ada benda aku perlu pastikan.
" Ya..?! ", Jasmin menoleh ke arah aku.
Aku berlari anak mendapatkan Jasmin semula.
" Johan tu, ada apa-apa ke dengan Jas? ", soalku. Soalan yang dari waktu rehat tadi berlegar dalam otak aku.
Jasmin tersenyum sinis. Hati aku dah berdebar tak tentu pasal.
" Maafkan akulah abang Johan...", terdengar kata-kata Jasmin yang berbisik kepada diri sendiri.
"Dia sepupu saya jerlah kak Adriana. Takde apa nak risau. Saya faham perasaan akak sekarang ni", bagitahu Jasmin dengan senyumannya tak lekang dari bibir.
"Faham perasaan akak? ", muka aku berkerut seribu. Takkanlah dia tahu yang aku suka Joe? Mampus aku kalau dia bagitahu Joe nanti...
" Ya, saya tahu.. Akak suka dia kan? ", kening Jasmin terjongket sebelah. Dengan senyuman leretnya.
"Ah...err...", aku menahan senyuman aku. No no no...
"Alah, akak lek ah. Saya takkan bagitahu dialah. Biar dia sendiri yang tahu. ", Jasmin memberi jaminan kepada aku. Tampak yakin mukanya bercakap dengan aku.
" Ouh.... Kay... ", jawabku gugup.
Jasmin mengerling jam tangannya yang berwarna purple pastel.
"Oklah kak, saya balik dulu. Dah lambat dah ni..", Jasmin meminta diri untuk balik.
" Ah err, cakap dengan Joe yang akak cakap thank you tau", pesan ku sebelum Jasmin menapak meninggalkan aku.
"Joe? Okay! ", Jasmin menunjukkan isyarat okay dengan tangannya.
Aku melihat Jasmin meninggalkan aku sehingga hilang daripada pandangan aku.
Baru aku tahu, siapa manusia yang suruh Jasmin mintak aku ajarkan Mathematics dan manusia yang selalu berbual dengan Joe penuh mesra selain aku.
No negative thought again.
Tengah jalan dengan otak yang tenang. Tiba-tiba baru aku teringat...
Meeting Briged!
Warrgghh! Camne aku boleh lupa ni?!
Terus aku memecut ke makmal komputer dengan beg sekolah aku sekali. Tak sempatlah nak letak kat asrama. Lantaklah!
__________________________________________
Aku merebahkan tubuh di atas katil aku. Ouh damn! Kenapa aku kena duty 15 Mac nanti!
YOU ARE READING
Senior Skema 👓
JugendliteraturAdriana yang meluahkan segala cerita tentang pertemuannya dengan senior pujaan hati yang tak berapa hot seperti pelajar lain tetapi amat dikenali oleh seluruh warga sekolah kerana sikapnya dan akademik nya. Zupp! Terlebih cemerlang. Pelbagai perkara...