Rin pov
Seminggu aku menahan kesakitan dalam hati, Joe tak bercakap langsung dengan aku. Bercakap bila aku mintak permission jer lah nak gi memana.
Harini Jumaat, hmm... Esok cuti. Aku nak buat apa jer ni??
Aku dah mandi awal, serabut sangat otak ni, segar sikit kepala aku. Tapi, malam ni lain sikit, aku terdetik nak pakai baju blouse ringkas berwarna merah dengan seluar hitam panjang. Hmm.. mungkin kalau Joe ajak makan kat luar, senang nak keluar. Huk! Berharap jer....
Kcak! Bunyi pintu dibuka. Aku yang tengah pakai headphone di kerusi meja hanya memerhati tindak-tanduk Joe. Aku memang tak kunci pintu tu sejak seminggu lalu sebab dia selalu sangat singgah walaupun tak berinteract dengan aku.
Tapi, kelakuan hari ni lain sikit. Dia menuju ke walk in closet aku.
'Dah kenapa? Tak cukup ke baju aku dalam closet tu?', aku hanya membiarkan sahaja dia nak buat apa. Aku menyambung research aku pada laptop. Tambah ilmu lagi pasal fotografi.
Aku bab-bab ICT ni, semua explore sendiri.
Bunyi barang dialih-alihkan menganggu tumpuan aku. Dia nak buat apa?
Aku bangun dari kerusi dan menuju ke pintu walk in closet aku.
"Abang buat apa?!"
Joe melipat satu-persatu baju aku dan dimasukkan dalam luggage aku dengan kemas. Tak, dah kenapa pulak ni?
"Hantar kau balik kampung..", Joe tak memandang muka aku, malah meneruskan kerjanya memilih baju aku untuk disumbat dalam luggage.
Dia nak halau aku keluar dari rumah ni ke apa? Tapi,aku perasan kenapa dia pilih baju yang lawa jer...? Aku keliru!!!
"Abang... cuba cakap dengan saya abang nak buat apa sebenarnya? Abang tak nak cakap dengan saya, abang tak layan saya, abang nak apa jer dari saya sebenarnya..?", akhirnya setelah seminggu aku menahan. Aku luahkan jugak. Air mata aku tak bertakung, tapi api amarah yang menguasai.
"Tak! Kau nak apa sebenarnya? Aku penatlah nak tahan macam ni hari-hari, urrggghhh!!!", Aku keluarkan kata kasar aku semula.
"Kan aku dah cakap, kau ikut jerlah arahan aku, nanti kau tahu jugak sebabnya...", Joe membelek kameja kesayangan aku, dia capai dan dilipat. Susun dengan kemas dalam luggage.
"Kau tak menjawab soalan aku...", aku menumbuk tepi pintu. ergh! sakit..
"Hah, nak tumbuk lagi dinding tu? Tak serik-serik lagi?", Joe mengerling aku sekilas.
Aku diam. Terpaku. Tangan aku diusap perlahan.
"Dah, pergi kemas barang lain yang kau nak bawak... Camera kau, laptop kau, diari kau jangan tinggal. Aku tahu kau sayang sangat benda tu, nanti jangan nak mengada suruh aku patah balik bagai.."
"Fine!", aku menapak pergi. Kembali ke ruang bilik aku.
Hati aku sakit, tapi tak pulak rasa resah. Macam mana tu?
Takpelah, yang penting Joe masih lagi depan mata aku, tu pun cukup dah buat aku lega. Setiap malam aku pastikan dia ada kat rumah. Tapi, tak susah pun sebab hari-hari dia terperap dalam bilik.Tak tahu apa dia buat.
Beg camera aku capai, dibelek sepuas hati aku. Aku susun elok bersama lens yang lain. Charger bateri, SD Card aku letak pada poket depan beg. Siap. Letak tepi.
"Laptop pun perlu ke...?", tadi dia mention laptop. Tapi, bagi aku laptop ni untuk kerja jer...
"Laptop kau bawak sekali! Ada benda kau kena buat nanti!", jerit Joe dari dalam. Aik? Dia dengar ke aku mumbling tadi?
YOU ARE READING
Senior Skema 👓
Teen FictionAdriana yang meluahkan segala cerita tentang pertemuannya dengan senior pujaan hati yang tak berapa hot seperti pelajar lain tetapi amat dikenali oleh seluruh warga sekolah kerana sikapnya dan akademik nya. Zupp! Terlebih cemerlang. Pelbagai perkara...