"Dah ke?", tanya Joe, dah dekat sejam kitorang kat Starbucks ni. Haha...
"Dah lah, lepas ni nak gi mana? Aku takde bajet tau nak belanja kat sini kalau ye pun. ", balas aku. Ada duit tu ada, tapi dalam kereta. Ye, takde function pun aku bawak kalau isinya cuma RM20 jer. Hahah, duit belanja seminggu tu. Jangan main-main.
"Jalan jerlah, takyah fikir duit", Joe dah sedia nak bangun dari kerusi.
"Jap... ", aku meraba poket aku dan mengeluarkan cincin tunang aku. Eh?! Bila masa aku letak dalam kocek seluar ni?
Aku membelek cincin tu dengan muka berkerut. Lawa tu memang lawa, tapi tulah, bukan dari orang yang aku sangkakan.
"Sape punya tu? Kau punya ke? Sape bagi?", bertalu-talu Joe mengaju soalan kepada aku. Agak-agaklah nak tanya pun dia ni. Muka dia penuh tanda tanya.
"Mak aku, katanya dari kawan mak dia. Pastu, paksa aku pakai kalau keluar jalan", aku membuat muka annoyying aku. Memikirkan balik masalah kat rumah. Arrgghh!
"Eh kejap, apahal cam familiar jer cincin tu. Bagi aku kejap..",minta Joe dengan tangan terhulur ke arah aku. Kali ni, baru jelas pemandangan aku nampak kesan lecur yang menjadi kesan peninggalan peristiwa penting bagi kitorang. Hah! Ayat gramatis apakah ni?!
Aku diam. Tanpa banyak soal aku letak cincin tunang tu pada tapak tangan Joe.
Joe membelek dengan penuh minat. Belek punya belek, sekejap berkerut, sekejap tersenyum riak mukanya. Aku lempang karang, agak-agak senget tak?
"Nah, pakailah, lawa kot aku rasa... Sesuai dengan kau... ", Joe meletakkan cincin tunang aku tu atas meja dengan senyuman leretnya. Dia ni tak syak apa-apa ke dengan cincin tu? Ke cincin tu nampak biasa bagi kebanyakan orang?
" Err.. Ouh.. Kay... ", aku mencapai semula dengan perlahan.
" Jom ah, berlengah lagi pulak... ", Joe bangun dari kerusi dan menapak meninggalkan aku. Tak guna punya budak. Eh, budak? Dia tu lagi tua dari aku.
"... Tunggu lah giler!...", terkeluar dah ayat kuang ajar aku. Hmm.. Better aku pakai, aku menyarungkan cincin dengan gopoh pada jari aku dan segera mengejar Joe semula.
-------------------------------------------------------------
Tengah jalan-jalan sekitar NU ni, hati aku terasa tak sedap. Haih! Kacau betullah! Ada orang perhatikan aku ke?
Dengan mata tengah meliar perhati sekeliling. Tanpa sedar aku makin rapat dengan Joe, tangan sebelah dah mengenggam baju kameja Joe dari belakang.
"Kau okay tak ni? Kau lain macam tau hari ni, menggeletar tangan kat tengah dewan lah, pengsan depan pintu, pastu sedar dalam kereta aku, macam dah sihat. Sekarang apa pulak?", Joe yang terasa bajunya ditarik menoleh ke arah aku. Amboi! Membebel pulak dia ni. Kalau camni, baik dia hantar aku balik jer. Tenang sikit otak aku.
Eh?! Tenang ke? Okay, bukan balik asrama. Tapi, rumah! Faham-faham jerlah perangai setan form aku tu....
Aku menggeleng sambil mata masih lagi liar memerhati sekeliling. Perasaan aku ni lain macam lah. Huk! Tolonglah aku!
Terdengar bunyi ringtone phone Joe. Segera Joe menyeluk poket seluarnya mengeluarkan phone dan melihat panggilan dari siapa. Matanya terbuntang sekejap seraya melihat skrin phone dia yang bergetar tu.
"Lepas jap, mak aku call pulak..."
Tanpa bantahan, aku lepaskan jer. Ntah, hati aku ke otak aku yang suruh pegang baju dia tu.
Joe mengambil masa dia bercakap dengan mak dia pada phone. Aku pulak, tunggul cam biasa. Haha. Kaki mengatur langkah perlahan ke arah bangku yang disediakan.
YOU ARE READING
Senior Skema 👓
Teen FictionAdriana yang meluahkan segala cerita tentang pertemuannya dengan senior pujaan hati yang tak berapa hot seperti pelajar lain tetapi amat dikenali oleh seluruh warga sekolah kerana sikapnya dan akademik nya. Zupp! Terlebih cemerlang. Pelbagai perkara...