(55) Left

793 39 1
                                    

Rin pov

"Jalan ikut aku, jangan sangkut mana-mana. Kalau tak aku tinggal jer kau...", aku menutup pintu kereta. Beg aku digalas sebelah tangan. Kereta dikunci setelah Joe keluar dari kereta.

Agak menggeletar aku harini. Drive kereta kesayangan Joe ni buat aku takut. Takut kalau ada calar kat mana-mana. Haru~

Dahlah kereta ni lain gila dengan kereta yang aku selalu bawak. Huaa!

"Oit! Apa ni?"

Hah?!

Aku melihat Joe menggosok cermin tingkap yang... Err... Berhabuk ke tu? Aku rasa licin berkilat lagi adalah.

Aku hanya mengerling.

"Apa? Ni kereta aku kan? Sape tak sayang kereta sendiri?", tetiba dia sound aku.

"Tahu kereta sendiri, tapi tak drive pulak, duh!", hampir-hampir aku ketuk kereta Mercedez putih kesayangan dia ni dengan kunci kereta. Nasib!

"Kau nak mati awal ke?"

Ya ya, otak dia belum sampai tahap dia boleh bawak kereta.

"K.. Dahlah, jom! Lambat! Mahu Harith cari aku nanti kat atas..", terus aku melangkah meninggalkan Joe.

"Tunggulah!"

Langkah aku terhenti.

Dia pun berhenti di hadapan aku.

"Jap! Tolong betulkan suit kau ni... Serabut!", tali lehernya aku bukak dan buat ikatan yang betul.

Nak buat camne, dia buat stail tie budak sekolah. Erghh!

"Dah... Jalan jangan sampai tak dapat kejr aku".
---------------------------------------------------------

Uish! Panasnya! Terbakar telinga aku ni berpindah terus ke hati aku. Membara!

Dah duduk kat tingkat bawah tu diam-diam jerlah! Halah-halah! Aku pecat satu level ni kang baru tahu.

Cerita pasal aku mesti hangat kan?

Ouh lupa... Satu office ni mana tahu status kitorang. Kecuali orang terdekat kitorang, Harith, Hidayah and Aleya.

Joe pula hanya kekal dengan muka innocent dia memerhati sekeliling. Faham tak? Muka yang pure tak tahu pape, berjalan dalam office macam ni.

"Weyh, sini...", aku menarik lengan nya ke arah pintu lif. Dia dah melalut tengok cafeteria tadi.

"Pagi boss..! ", bahu Joe ditepuk.

Aku pun menoleh sekali. Fuh! Mujur Harith!

"Eh Harith! Emm.. Muka kau pun lain...", Joe melakar senyuman paling manis.

Senyuman tu. Tak sama langsung macam dia selalu buat. Argh! Cair!

Aku tersenyum kelat. Errhh..

"Hmm.. Otak kau tak sampai 'sini' lagi eh? ", tanya Harith.

"Ye kot.. Peliklah kau panggil aku boss, padahal aku senior kau jer...", Joe tertawa kecil.

"Kau boss kitorang kat sini.. Senior tu kat luar bangunan ya.. ", Harith hanya tersenyum melayan kerenah 'budak' ni.

Aku menggeleng melihat diorang berdua.

" Harith, bila nak start kerja? Lewat tetap lewat tau... "

"Fine fine.. Jomlah..."

Kitorang bertiga menuju ke arah lif. Aku pulak mengheret Joe dengan hujung lengan baju nya. Sebelum dia sangkut lagi, baik aku sangkut awal-awal

Senior Skema 👓Where stories live. Discover now