(38) Friends

933 40 2
                                    

Rin pov

"Adriana...? "

"Dah sampai mana dah? "

"Adriana! "

Tap!

Aku tersedar dari lamunan.

Hidayah dan Anisa di hadapan aku. Sedang menikmati maggi cup. Tengah malam ni takkan nak masak pulak. Dah pukul 11.00 malam kot.

Kitorang kat meja makan.

"Ah.. Apa?", aku menggaru kepala aku.

"Dah sampai mana dah menerawang tu? Maggi kau tu sejuk dah.. ", Hidayah menjeling-jeling maggi di hadapan aku. Nak lah tu, dasar kuat makan.

"Eleh Hidayah, kau nak cakap jerlah...", celah Anisa.

"Mana ada?! ", nafi Hidayah, dengan mimik muka nya.

"Kau kuat makan tak mengaku...", bidas Anisa.

Aku tersengih. Diorang ni ada jer benda nak gaduh. Benda kecik pun ada jer masalah diorang ni.

"Kau nak ke Hidayah? Nanti aku buatkan.. ", pelawa aku.

"Ada lagi ke?! Bukan dah habis ke?! ", terbeliak mata Hidayah.

Aku hanya sengih. Mengusik Hidayah. Diorang tak tahu aku sorok kat bilik. Faham jerlah perangai si Hidayah ni. Lapar jer, mula selongkar dapur. Masak malas pulak.

Eh! Sukati aku lah nak sorok mana. Aku beli pakai duit sendiri kot!

"Nanti aku gi 7E, beli untuk kau.. ", balas aku.

" Tak lawak lah Adriana! Aku ingat ada lagi..", Hidayah mencebik.

"Tapi kalau kau sanggup, boleh jer... ", sambung Hidayah. Chait! Ingat nak mengalah.

Aku menjeling.

"Bana kau, kalau kau nak, kau pergi sendiri..."

"Okay, fine..", Hidayah menghirup kuah mi segeranya sehingga licin. Hantu makan betul.

"Hidayah.. "

"Apa?! Kau tak nak ke?!", Hidayah memandang dengan mata bersinar.

"Kalau kau rajin.. "

"Apa dia?! Cepatlah, aku kebulur ni!"

"Kebulur kepala hang! Aku sepuk kang, kau baru makan tadi..! ", Anisa mengangkat tangan mengacah nak pukul Hidayah.

" Ala, Adriana dah offer, takkan nak tolak..", Hidayah membuat muka comel.

Aku sekadar menggeleng, kalau Anisa dah masuk. Aku tak boleh nak celah. Serabut dibuatnya.

"Ehem... Adriana, aku pun nak.. ", Anisa bagi senyuman manis. Kalah gula-gula.

" Heleh, dia pun sama... ", Hidayah mencebik.

" Sorry ah, aku nak marathon drama malam ni, esok cuti.. So.. ", Anisa mengangkat bahu.

" Okay, Hidayah... ", aku mengerling Hidayah.

"Yes Adriana?", nada dia macam menyahut panggilan aku kat office. Sedia menerima arahan. Hahahahah...

"Kau naik bilik aku, dekat rak baju aku, laci bawah sekali. Kau tengoklah.. "

Zupppp! Hidayah berlari naik ke bilik aku.

"Oii! Amik 3 jer! Kau amik semua, aku suruh Joe potong gaji kau bagi aku..! ", pesan aku. Habislah kalau dia nampak stok aku. Mahu dia rembat semua.

Nampak nya aku kena cari port baru nak sorok ni. Dia dah tahu tempat aku sorok.

"Amboi Adriana...", Anisa memandang penuh makna.

Senior Skema 👓Where stories live. Discover now