Sara keluar daripada belakang badan aku. Tak sangka pulak dia sanggup nyorok lama-lama belakang badan aku ni. Dahlah badan dia lagi besar dari aku.
"Err... Camne ni Adriana? Kita keluar dengan diorang ke?", nampak riak muka Sara tengah takut.
Aku dengan muka tak puas hati lagi. "Ikut jerlah.. Joe... Han sendiri yang kata ikut dia", aku menyandang beg aku dan beg yang dipenuhi baju kotor. Hah! Kantoi aku malas nak basuh kat asrama.
"Tapi... Abang Amirul...", muka nya tampak gugup.
"Alah, lek ah.. Dia baik lah.. Macam yang awak kenal..", aku terus meninggalkan Sara di belakang. Nak bincang lama-lama kang mamat dalam kereta tu bebel pulak. Lagi satu benda nak kena layan.
"Ah! Awak tunggulah!", Sara terus menyandang begnya yang tinggal dan berlari mendapatkan aku.
Kitorang bergerak ke arah kereta Joe yang terletak betul-betul depan pagar asrama. Bonet kereta sedia terbuka nak letak barang-barang kitorang. Amirul pula tengah menyandar di tepi kereta Mercedez putih milik Joe tu.
'Mercedez Putih...?'
"Dah siap ke..?", Amirul memandang kitorang berdua dengan senyuman leret. Sara yang ada kat sebelah aku dah bluahing teruk.
"Dah, abang Amirul masuklah dulu. Nanti kitorang tutup bonet sendiri.",balas ku. Beg sandang aku dan beg baju kotor terus aku masukkan dalam bonet. Sara pun ikut apa aku buat.
Amirul masuk ke dalam kereta. Dia duduk tepi seat pemandu.
Kitorang berdua menutup bonet dan masuk ke dalam kereta bahagian penumpang. Err... Tak pernah aku naik kereta Joe ni. Tengok dari jauh ada lah. Tu pun masa teman dia tunggu bapak dia amik dari sekolah.
Aku duduk belakang seat pemandu. Belakang Joe dan Sara belakang Amirul.
Sara dah membisu, but at the same time dia dah blushing teruk. Tersengih-sengih tak ingat dunia dah.
Joe masuk gear dan terus gerak...
Tengah otw, situation terlalu awkward. Takde sebarang bunyi pun dalam kereta kecuali DJ Radio yang cam biasa cakap sorang-sorang dan membuat lawak hambar. Pastu gelak kat lawak sendiri.
"Kita nak gi mana ni?", soal ku. Dalam peluk tubuh, kaki sebelah naik ke atas lagi sebelah. Poyo lah en...
"NU", jawab Joe sepatah.
Haih, NU lagi.. Haritu aku baru gi NU dengan Jun. Takde tempat lain dah ke nak pergi.
"Fine...", aku malas nak cari pasal.
"Apahal korang berdua ni dingin semacam? Korang gaduh ke apa?", Amirul mula bersuara.
"Stress!", kitorang berdua jawab serentak. Dengan suara yang ditekankan lagi. Lepas tu, kitorang mendengus.
Pahal semua serentak ni?! Apa aku buat sama dengan dia?!
"Ouh okay... Okay.. Baik takyah kacau korang...", Amirul kembali memandang skrin phone dia. Nampaklah jugak dari sudut aku ni dia tak habis-habis scroll instagram.
Tiba-tiba Sara cuit aku. Aku menoleh pandang ke arah dia.
'Apa?'
Dengan senyuman lebar dia, manis mengalahkan gula-gula. Aku rasa.
" Awak.. Sweetnya...", keluar suara Sara. Weyh! Dah berani dah Sara cakap depan-depan camni! Dekat dengan crush sendiri.
"Tulah, korang ni jangan sweet kat sini. Bersemut kereta ni nanti", Amirul pulak tiba-tiba support Sara.
Aku dan Joe serentak membuat facepalm.
"Awak ni dah kenapa Sara?!"
"Kau ni dah kenapa Mirul?!"
Damn! Another serentak thing lagi. Arrgghh! Come on lah!
"Yang kau ikut aku kenapa?!", aku dan Joe serentak jerit benda yang sama.
Okay, Im done with this thing! Arrgghhhh!
Sara dan Amirul ketawa bersama. Eh eh, tiba-tiba kamceng diorang berdua ni. Memang sengaja cari penyakit ke apa?
"Kahwin jerlah korang berdua ni..", Amirul menepuk bahu Joe dengan tawa yang masih tersisa.
"Awak... Tak sangka awak dengan abang Johan macam ni eh selama ni. Baru kita tahu...", sambung Sara. Tawanya yang masih berbaki cuba ditahan.
Aku diam. Nak layan nanti lagi teruk bahan diorang berdua. Joe pun sama.
"Aduh Johan, selama ni macam ni ke korang belajar bersama hah?", Amirul menambah ayat Sara.
Aku dah menjeling Joe.
"Salah Joe ah ni", ujar aku.
"Apa salah aku? Salah kau ah Rin", Joe membantah ayat aku. Ntah apa yang disalahkan aku tak tahu. Tiba-tiba aku mulakan perang dengan Joe pulak.
"Salah Joe!"
"Rin!"
"Joe!"
"Rin!"
"Joe!"
"Rin!"
Warrgh! Annoyying nya!
"Joe?"
"Rin?"
Amirul dan Sara serentak memandang pelik ke arah kitorang. Terkejut mendengar nama panggilan kitorang.
What!? Nama panggilan?!
Damn! It should be a secret actually!
"Weyh, kau bukan marah ke kalau orang panggil kau Joe?", terjongket kening Amirul mengerling ke arah Joe.
"Awak, kenapa dia panggil awak Rin?", Sara pula menarik-narik tangan aku.
Aku dan Joe diam. Tidak membalas apa-apa pun soalan diorang. Sebab apa? Kitorang malas nak layan!
"Eh, palau orang pulak diorang ni. Kan Sara?", ujar Amirul.
"Tulah abang Amirul. Diorang palau kita..", Sara menyahut panggilan Amirul.
"Takpelah Sara, biar diorang sama-sama macam tu. Jap lagi kahwin lah tu", sambung Amirul sebelum dia ketawa bersama Sara.
Aku menjeling diorang sebelum memandang ke luar tingkap.
Joe hanya mengerling diorang berdua dan terus fokus pada pemanduan.
Dalam diam, kitorang berdua tersenyum kecil dan bermonolog.
"Ada improvement..."
YOU ARE READING
Senior Skema 👓
Teen FictionAdriana yang meluahkan segala cerita tentang pertemuannya dengan senior pujaan hati yang tak berapa hot seperti pelajar lain tetapi amat dikenali oleh seluruh warga sekolah kerana sikapnya dan akademik nya. Zupp! Terlebih cemerlang. Pelbagai perkara...