Joe pov
Aku menunggang basikal aku. Kayuh diatur keluar daripada perkarangan rumah. Aku belok ke kiri menuju ke padang.
Tengah sedap naik basikal nikmati kebebasan sementara. Aku lalu merentas padang.
Tiba-tiba...
"Budak nerd!"
Hah?
Dang!!
Bola terkena muka aku dan aku jatuh dari basikal.
Aduh! Nasib kaki tak apa-apa. Cuma terasa darah mengalir dari lutut aku. Pipi aku jer terasa seksa. Kejap... Mana spek aku.
Damn! Selamat landing atas tanah tapi dah terbelah dua. Apa nak jawab dengan mak aku ni nanti?
Aku dah tak kisah pasal seluar aku yang terkoyak pada lutut aku diseret tanah, tangan aku yang bercalar... Cermin mata aku kutip dengan tangan dengan terketar-ketar.
"Woi budak nerd! Bagi balik bola kitorang!"
Aku terpaku. Tak tahu nak buat apa...eerrr....aku blank....aku takut...
-----------------------------------------------
"Mak tak nak tolong... Kamu jatuh kamu bangun sendiri, ingat kata-kata mak ni sebab kamu dah besar...", Kata-kata mak terngiang-ngiang dalam kepala aku.
Aku mendengus perlahan. Nampaknya, spek aku ni kena buat baru secepat yang mungkin, kalau tak, aku merana sebab tak nampak and mak pun bebel nanti.
"Awak nak saya tolong pape ke?", hamba Allah yang bernama Amirul Hamzah ni masih lagi di sebelah aku yang memikirkan masalah aku.
Dia yang tolong aku tadi... Nasib baik dia datang, kalau tak aku dah kena belasah dengan budak main bola tadi.
"Ah... Oh.. Ada... Kot...", aku malu sebenarnya nak mintak tolong dia. Dah lah aku budak baru kat sekolah tu and dia lah satu-satunya yang tegur aku.
"Cakap jerlah... Nanti saya tolong... Abaikan jer apa yang diorang cakap tadi... Takyah lah nak amik hati... ", Amirul tersenyum senang. Mata dia terarah pada spek ditangan aku.
"Err... Umm.. Spek..", aku sebenarnya hampir nak nangis bila tengok keadaan spek aku ni.
"Lah... Patah ke? Meh ikut saya, ada kedai spek yang boleh buat baru, setengah jam jer dah siap...", Amirul menarik tangan aku ke deretan kedai.
Aku kurang tahu selok belok kat sini sebab aku jarang lalu. Basikal aku dah ditinggalkan berkunci kat tepi kedai mamak.
"A.. Ada ke?", aku jenis antisocial, so susah nak cakap dengan orang.
Amirul mengangguk. Kitorang terhenti depan kedai cermin mata.
"Awak ada duit tak? Kalau tak, pinjam saya punya dulu..", pelawa Amirul. Amboi, dia ni mesti dalam kalangan orang berada jugak kan?
Aku menggeleng. Nasib baik aku bawak duit tabung aku. Lagipun, kalau nak pinjam Amirul, aku takut tak cukup sebab power aku tinggi. Mahal nak buat..
"Janganlah senyap jer... Jomlah..", Amirul menarik tangan aku masuk.
-------------------------------------------------
"Guna 'aku kau' jer, ehe...", ujar aku dengan suara perlahan.
"Oh... Apa nama kau eh? Dalam kelas kau senyap jer, aku pun tak tahu nama kau... Kau memang tak cakap dengan orang eh?", ujar Amirul. Kitorang lepak kat kedai mamak hujung deretan kedai ni.
Barang yang mak suruh semua dah beli, tinggal tunggu spek aku siap jer.
"Ahmad Johan... Emm.. Ntah.. Aku takut nak cakap dengan orang...", balas aku dengan senyuman tawar.
YOU ARE READING
Senior Skema 👓
Roman pour AdolescentsAdriana yang meluahkan segala cerita tentang pertemuannya dengan senior pujaan hati yang tak berapa hot seperti pelajar lain tetapi amat dikenali oleh seluruh warga sekolah kerana sikapnya dan akademik nya. Zupp! Terlebih cemerlang. Pelbagai perkara...