Extra (3)

869 35 1
                                    

Maaflah, author kekeringan idea. So, sementara author fikir nak sambung ke tak konflik, jom main throwback time Rin naik form 4.

Rin pov

"Adriana kesayangan Johan ni~! Buat apa pulak ni?",Bella yang merupakan jiran aku dalam kelas memeluk aku. Tak cukup jiran loker kat asrama, jadi jiran semeja pulak. Hmm... dengan perangai gila dia ni memang tak boleh nak rawat dah...

Aku menggeleng perlahan. Buku teks Addmath yang terletak kemas di atas meja sering menghantui aku sejak aku dapat akhir tahun lepas.

Mana taknya, aku tak boleh move on lagi dengan mamat skema tu. Dah setahun dia menamatkan zaman persekolahan.

Sepanjang tahun lepas, aku masih lagi boleh sabar, lagipun, aku busy dengan PT3...

Tapi, sejak aku naik form 4 ni, aku rasa sunyi tahu tak. Walaupun member aku adalah 4 ke 5 orang yang suka memekak. Tapi, diorang tak sekepala sangat dengan aku.

Aku tak minat gosip-gosip kat sekolah ni, pasal kpop ke, tak minat.

Aku lebih suka cakap benda-benda yang berfaedah, macam fakta menarik.

Maaflah, aku ni memang bosan kan. Gosip semasa kat sekolah pun selalu lambat tahu.

"Weyh, ajar aku part ni, aku tak faham lah.. Apa benda x y xy ni.. eh eh tunggang terbalik dah...", Bella menghulur modul Addmath ke arah aku.

"Kau buat jerlah, takkan tak faham kot..."

"Edrin! ", Fauzan yang duduk meja di hadapan aku memusingkan badan ke arah aku.

" Apa hal?! Kau nak apa?! ", aku malas nak layan. Nanti kena gosip lelebih. Padahal dia baru masuk sekolah ni last year, dah femes satu sekolah.

"Aku suka kau... Bila kau nak terima aku...", Fauzan menekup mulutnya. Mukanya memerah.

Aku membuat facepalm.

"Fauzan... Please... Kita masih lagi budak sekolah. And AKU TAK NAK LANGGAR PRINSIP HIDUP AKU! Kau faham tak sekarang ni?! ", aku menghentak meja. Kenapa meja dia depan aku? Semak tahu tak?!

" Maknanya, kalau dah habis SPM, baru kau boleh terima aku? ", Fauzan memusingkan badan sepenuhnya ke arah aku.

"Aku tak boleh janji.."

"Tapi maknanya boleh lah kan? "

"The percentage of chances is 0, sorry Fauzan..."

"But... Kau dah janji masa kita sekolah rendah dulu.. "

Aku mendengus. Time tu memang otak tak matang lagi.. Yang dia nak amik serious kenapa.

Kita janji nak awak couple dengan kita.. Sebab kita suka awak.. Awak comel sangat~

Urgghh! Seriously? Is that my words? Zaman sekolah rendah apa jer weyh? Tolong lah, aku ni bukan lagi budak perempuan yang ayu lembut camtu.

"Edrin...", mata Fauzan masih lagi tak lepas memandang muka aku yanh tegang.

"Kira baiklah aku bagi kau panggil aku dengan panggilan tu sampai sekarang!", aku melempar buku latihan Addmath ke arah muka nya.

"Wahh... Kau bagi buku kau kat aku ke Edrin? Thank you~", Fauzan mengutip buku aku yang jatuh. Tak guna.. Menyesal aku baling.

Aku hanya diam. Malas nak reply, malas nak layan. Nanti lagi teruk jadinya.

Rin

Dah takde sape panggil aku dengan panggilan tu since last year. I miss him.

Senior Skema 👓Where stories live. Discover now