(Intro 3) Talk

1.5K 78 7
                                    

Aku melangkah ke arah kantin dengan laju. Sekarang waktu rehat! Aku malas nak beratur panjang nanti.

"Awak nak kita belikan makanan ke Aisyah?", soalku kepada Aisyah yang dari tadi meninjau ke arah kaunter kantin.

"Takyah lah, nak jimat duit", Aisyah membuat muka comelnya seperti biasa. Haih, hari-hari tengok naik meluat jadinya.

Tiba-tiba rasa malas pulak nak beli makanan. Baik aku beli air kotak di koperasi jer.

"Awak, kita pergi koop kejap eh, awak pergilah duduk dengan geng asrama yang lain", ujarku sambil melangkah pergi meninggalkan Aisyah.

Aku terus masuk ke dalam koperasi sekolah dan mengambil sekotak air epal dari peti sejuk pintu lutsinar tu. Tanpa berlengah, aku terus beratur di kaunter untuk membuat pembayaran.

"seringgit enam puluh sen dik", kata mak cik Lani yang menjaga kaunter koperasi. Aku meraba poket aku mencari duit.

"Nah cik, campur saya punya sekali", suara garau yang amat aku kenal menerjah telinga aku. Orang tu menghulur not 5 ringgit kepada mak cik Lani.

Aku memandang orang yang tinggi lampai di sebelah aku. Yep! Dah boleh agak kan korang.

"Abang buat apa kat sini?" soalku. Tak nak sebut nama panggilan Joe tu. Nanti apalah orang mengata pasal aku. Baik jangan buat penyakit.

Eh! Sekarang baru waktu rehat menengah bawah. Bukan menengah atas.

Kitorang keluar dari koperasi selepas Joe mendapatkan duit baki.

" Thanks belanja saya", ucapku sambil menjarakkan diri dari dia.

Joe menyandar di tiang kaki lima koridor depan koperasi.

"Alah, berapa ringgit jer. Kalau nak sepuluh kotak. Abang boleh jer belanja", kata Joe. Nada berseloroh sambil menghirup minumannya.

Aku hanya memandang mukanya. Seriously? Ni mesti anak orang kaya en. Haha, acah jer meneka. Tengok-tengok tak betul.

"Okaylah bang, saya rehat dengan kawan-kawan saya dulu", aku terus melangkah pergi. Tak selesa duduk lama-lama dengan dia. Banyak mata-mata liar memerhati.

Aku menuju ke port meja budak asrama. Walaupun kitorang berlainan kelas. Bila rehat, memang akan duduk bersama.

Aku duduk di sebelah Sara. Paling hujung sekali. Senang nak keluar masuk.

"Eh Adriana. Tadi jumpa sape tu?", terdengar suara Athirah yang suara macam loudspeaker tu. Member yang lain semua dah pandang semacam ke arah aku. Aduh, mesti diorang nampak aku jumpa Joe tadi.

Aku buat tidak dengar dan terus mencucuk straw minuman pada air kotak aku dan terus disedut. Ah! Nikmatnya dapat air sejuk. Lagi-lagi orang belanja. Hihi.

"Eh, buat tak dengar pulak dia ni, meh sini Athirah bagi dengar ya", alamak, dia dah mula dah. Jangan dia jerit sampai satu kantin dengar.

"Ye ye ye aku dengar!", baik aku sahut sebelum dia membuka loudspeker dia.

"Kalau dengar, jawablah soalan tadi, sayang. Kenapa tadi tak nak jawab?", Athirah membuat suara menggoda. Urgghh! Macam-macam pesenlah kawan aku ni.

"Jumpa abang Joe... Han!", ops, hampir terputus nama panggilan dia.

"Eh, abang? Cek abe Johe apa kabe dio?", slang mana pulak kau ni Athirah woi!

Tap!

"wargghh!" Aku terus menoleh sambil menekup mulut aku. Terkejut aku mamat ni muncul depan aku.

"Weyh Adriana, balik sekolah ni jumpa aku kat kelas aku, ada benda nak cakap", Joe memberi pesanan sebelum meninggalkan aku terpinga-pinga.

"Alalalalalalalala Adriana! Bakal suami nak jumpa lah! Tahniah weyh!", kawan-kawan aku mula bising sebab Joe tegur aku tadi. Aduh!

Haih, sejak bilalah diorang shipkan aku dengan Joe ni.

Ni mesti sebab Bella ni yang sebarkan kat diorang. Haih, sekali dah sebut. Nak bangkang tu susah, betul ke salah ke tak kisahlah. Boleh je guna untuk membahan.

Tak cukup kat sekolah, diorang akan sambung kat asrama lagi.

Haih, tough life.

~. ~. ~.

Sekarang masa balik. Semua orang menuju ke pagar sekolah. Aku pulak, kena pergi kelas 4 Lestari dekat blok E, huhu. Apalah nasib.

Aku mengintai ke dalam kelas 4 Lestari. Joe tengah fokus menyiapkan kerja Biology. Tak sedar langsung aku kat muka pintu ni. Ntah-ntah dia pun tak sedar masa dah balik.

Amboi! Tempat dia depan sekali. Tak padan langsung dengan badan tinggi lampai macam tiang lampu tu. Nasib baik tepi tingkap. Takdelah mengganggu orang belakang.

Aku masih lagi terpacak depan muka pintu. Tak tahu nak buat apa. Muka dia serious study buat aku takut nak kacau.

Ah! Redah jerlah. Aku mengetuk pintu beberapa kali bagi dia sedar kehadiran aku. Joe memandang aku dengan ekor mata sahaja.

Setelah dia sedar kehadiran aku. Joe terus melakar senyuman yang agak manis bagi aku. Dia terus menutup segala buku di atas meja dan disimpan dalam beg.

Joe datang ke arah pintu.

"Kenapa abang nak jumpa saya?", soalku perlahan.

"Ah, kejap", Joe berlari ke arah begnya semula dan mengeluarkan sebuah fail warna merah dan kembali mendapatkan aku.

"Nah, abang bagi, dalam ni ada banyak nota Math, kalau tak faham boleh tanya abang ya", Joe menghulur fail merah tersebut ke arah aku.

Aku teragak-agak nak ambil. Tapi, akhirnya bertukar tangan juga.

'Kenapa dia bagi aku?', bisik hati aku.

"Err, abang Joe. Kenapa abang bagi saya?", soal ku hairan. Kenapa dia baik sangat dengan aku. Tadi baru belanja aku masa rehat tadi.

"Alah takpe. Ambik jerlah. Tu nota masa abang PT3 last year. Dah tak pakai", jawab Joe. Tangannya disandarkan pada dinding.

"Ada pape nak tanya lagi ke? Kalau tak, abang sambung kerja dulu", Joe mahu membuka langkah ke arah meja nya semula.

"Kejap abang Joe", langkah Joe terhenti dan menoleh ke arah aku.

"Boleh tak kalau kita guna 'aku-kau' jer? Saya tak selesalah macam ni, lagi-lagi dengan lelaki.", pinta ku. Sambil mengharap. Sebenarnya tekak aku dah geli nak berabang-abang ni.

"Kenapa?", Joe mengerutkan dahi.

"Tak kena dengan style saya. Saya ni kasar orangnya sebenarnya", luah aku. Buat apa nak berlembut dengan lelaki. Lantaklah orang nak cakap apa.

"Suka hati kau lah, aku tak kisah, dah, aku nak sambung kerja", jawab Joe berseloroh dan terus balik ke mejanya. Haha, terus dia guna 'aku-kau' dengan aku.

"Okay Joe, thanks. Aku balik dulu", berubah 180° nada aku. Dari lembut ke diri aku sebenar yang kasar.

"Tapi syarat dia sepanjang kau jadi junior form 1 ni, kau kena panggil aku abang jugak tau. Aku tak nak kau kena kecam dengan orang lain", jerit Joe dari dalam.

"Baik bang!", aku terus berlari balik asrama.

Masa aku form 1, jujurlah aku macam tertarik dengan dia cuma tak berapa nak care sangat. Tapi, aku macam pernah jumpa dia sebelum ni.

Senior Skema 👓Where stories live. Discover now