Tok! Tok! Tok!
"Hidayah... Abang tahu sayang ada kat dalam..."
Aku yang tengah membelek fail terbantut kerja aku dengan terjahan suara seseorang di luar.
"Pahal pulak ni?", aku bangun dari kerusi dan membuka pintu pejabat aku.
Di depan pintu bilik Hidayah!
Alamak! Mamat ni memang tak tahu nak fed up eh?! Orang dah tak nak tu dahlah!
"Kau! Cepat cakap kat aku sekarang, mana isteri aku?!", Johan memandang muka aku. Tegang!
Muka aku tenang, ni dah kali kedua manusia ni buat hal.
"Encik Johan! Saya dah cakap beribu kali dah, saya takkan sesekali bagitahu mana dia berada. MUKTAMAD! Sekarang, sebelum saya mula berkasar dengan Encik, baik encik sedar sikit encik kat mana sekarang!", dia ni memang takde maruah agaknya. Aku tak tahulah dia uruskan syarikat dia camne dengan jawatan yang disandangnya.
Semua yang ada dalam office tersebut hanya menjadi pemerhati. Tak nak tambah minyak pada api yang memang dah sedia menyala ni.
Tangan aku direntap . "Aku tak habis lagi dengan kau! Hey! Kau jangan nak sibuk menghasut isteri aku tu buat benda pelik boleh tak?!"
"Tu bukan masalah aku! Kau sendiri tahu puncanya kau nak tanya aku lagi?!", aku menarik tangan aku, kasar!
"Woi! Aku tak nak jumpa kaulah! Bagi aku jumpa Hidayah sekarang!"
Aku tahu, Hidayah pasti sedang mengunci diri dalam pejabat. Takut dan fobia dengan manusia bernama Johan ni. Cukuplah dibelasah disebabkan tamakkan duit. Bukan kebahagiaan semata-mata.
"Sudahlah Johan! Dia tak nak dengan kau tu dahlah! Aku pulak yang kena pulak tu!", aku bercekak pinggang.
"Sebab kau nak sangat jaga tepi kain rumah tangga aku! Memang padanlah kau kena sekali kan!!"
"Hidayah sayang! Keluarlah sekarang! Abang nak Hidayah balik..."
Johan mengetuk pintu berkali-kali. Bagai mahu pecah sahaja pintu kaca tu.
Apa yang aku dengar hanyalah tangisan Hidayah di balik pintu. Takkanlah mamat ni tak faham lagi kot!
Urgghh! Terasa panas aku tengok. Walaupun tempat ni Joe dah pasang berpuluh biji aircond. Tapi, tak cukup nak sejukkan hati aku sekarang ni.
"SUDAHLAH JOHAN!", aku menepis tangan Johan yang bertalu-talu cuba menjahanamkan pintu kaca itu.
"KAU TAK PAYAH NAK SIBUK!", satu tamparan hinggap di pipi aku.
Woah! Main kasar nampak.
"KAU MEMANG CARI NAHAS KAN!", aku terus hadiahkan sepakan penalti aku tapi sempat dielak oleh Johan.
"Kau memang nak main kasar sangat kan! Meh sini kau!" Johan cuba melancarkan serangan.
Heh! Nasib aku pakai kasut. Senang!
"Meh lah sepak! Kau nak sangat en masuk hospital?!", aku mencabar Johan.
Johan mengetap bibir. Woah! Tumbukannya melayang ke arah aku.
Sempat aku mengelak dan aku memberi tumbukan di perut.
"Ughh..."
Johan terduduk kesenakannya. Takkan dia tak serik lagi kena belasah dengan aku haritu.
"Eee... Kau!"
"Encik Johan!"
Semua menoleh ke arah tuan suara yang mencelah.
YOU ARE READING
Senior Skema 👓
Teen FictionAdriana yang meluahkan segala cerita tentang pertemuannya dengan senior pujaan hati yang tak berapa hot seperti pelajar lain tetapi amat dikenali oleh seluruh warga sekolah kerana sikapnya dan akademik nya. Zupp! Terlebih cemerlang. Pelbagai perkara...