Back to Rin POV
Beberapa bulan kemudian....
Aku melihat calendar yang tertampal di loker aku. Kurang sebulan lagi nak PT3. 'Tak boleh... Aku tak boleh main-main lagi!'
Buku latihan Matematik ditarik keluar dari loker dan aku belek satu-persatu.
"Janganlah rajin sangat!", Bella menampar bahu aku dengan mimik muka tak puas hati dia tu.
Aku sekadar menjeling, malas nak cari gaduh.
"Kau ni Adriana, jangan serious sangat. PT3 jer pun...", ujar Bella sambil membuka pintu lokernya.
"Tak salah kot aku belajar, daripada aku makan 'daging' kawan sendiri..?", aku mengerling Bella. Member aku ni ramai kaki gossip, so...
"Hoi.. Sentap weyh, Sentap!", Bella menepuk dada dia sendiri menunjukkan rasa sentap dia tu. Hahahaha...
Aku terus menghadap buku.
"Weyh, Johan apa khabar dia tu...?", soalan keluar dari mulut Bella.
"Ntah", aku jawab sepatah. Jujurnyalah, aku dah tak tahu berita apa-apa pun pasal Joe. Contact pun dah lama terbiar. Paling aku ingat last masa result SPM tu jer. Adalah jugak dia bagitahu dia sambung belajar mana tapi aku tak reply pun Whatsapp dia.
Wait?! Dia pindah Penang tak?
Ibu pun makin lama makin excited . Haritu dia baru tunjuk baju nikah untuk aku. Lawalah jugak...
Ughh....
Aku kena kahwin awal jugak ke?? Boleh tak aku nak buat satu permintaan? Tolong ah...! Aku tak mintak kaya pun. Aku tak mintak pandai pun.
Aku nak mintak...
Yang Joe jadi bakal suami aku boleh tak?!
"Weyh.. Menung jauh nampak!", sergah Bella. Mengejutkan aku dari lamunan.
"Ah... Err.. Kau ada tanya apa-apa ke tadi..?", aku memandang Bella dengan senyuman plastik.
"Aku tanya, kau gaduh dengan dia ke? Sejak akhir-akhir ni, dia datang melawat sekolah pun kau takde minat pun nak jumpa dia?", tanya Bella.
Aku diam. Ada sebab aku mengelak daripada dia. Actually...
"...Kau okay tak ni?", Bella duduk sebelah aku.
'Aku tak nak Joe berharap yang aku ada jodoh dengan dia sebab kes dulu. Aku tak nak jugak orang lain tahu pasal aku dengan Joe rapat masa dia sekolah dulu. Aku tak nak serabutkan otak dia. Joe pun kena paksa pindah Penang, kalau tak pun dia kena kahwin dengan anak kawan mak dia. Bukan aku pun orangnya...'
Huh..?!
Aku diam. Segala jawapan aku senarai dalam kepala tapi tak berani nak luah.
"Aku.. tak gaduh pun dengan dia. Biasalah gaduh cari pasal tu..", aku jawab dengan gagap.
"Then...?"
"Adalah sebab... Sorry, agak privacy aku nak cakap ngan kau.", aku terus bangun dan keluar dari dorm. Mengelak daripada Bella tanya lebih lagi.
----------------------------------------------------------------------------
'Assalamualaikum, perhatian kepada Adriana Safiah, sila ke pejabat sekolah sekarang juga'
"Apa pulak ni..? Takkan ada hal nak kena balik pulak...?", aku mengeluh. Selalunya, announcement nama aku ni selalunya sebab ibu nak bawak aku balik jer. Benda lain teramatlah jarang.. Masalah disiplin? Hmm.. tiada dalam data.
YOU ARE READING
Senior Skema 👓
Novela JuvenilAdriana yang meluahkan segala cerita tentang pertemuannya dengan senior pujaan hati yang tak berapa hot seperti pelajar lain tetapi amat dikenali oleh seluruh warga sekolah kerana sikapnya dan akademik nya. Zupp! Terlebih cemerlang. Pelbagai perkara...