Rin pov
Harini kitorang tido hotel jer. Nak balik rumah ibu, ramai sedara yang datang menginap pulak.
"Arghh! Penatnya....", aku merebahkan diri di atas katil. Baru lepas mandi, so terasalah segar sikit badan aku.
"Penat ya sayang...?", Joe memandang aku sambil smirk. Dia baru keluar dari bilik air. Hanya seluar yang dipakainya.
Fobia oiii!! Tak nak. Tak nak!
"Tak! Tak penat, just... biasalah...", aku duduk bersila di atas katil. Badan tegak menghadap Joe yang sedang mengelap rambutnya yang basah. Muka menahan merah.
Joe menghampiri katil dan duduk menghadap aku.
"Macam mana harini...?", soal Joe perlahan.
Aku meneguk air liur. Jangan...dekat...sangat...
Aku mencapai bantal dan membaling ke arah muka Joe.
Pap!
"Sakitlah! Apa ni yang...", Joe menolak bantal ke tepi.
"Pakai baju dulu! Ish!", aku memeluk kedua belah kaki aku dan menyembamkan muka aku.
"Kenapa? Salah ke abang macam ni...", lagi ditayang badannya. Eeee....!
Aku mencapai satu lagi bantal dan dicampak ke arahnya.
Pap!
"Yelah..yelah...kang tak pasal-pasal sayang baling pasu pulak kan...?", akhirnya Joe bangun dan mencapai t-shirt berwarna merah gelap di dalam almari dan disarung pada tubuh.
Aku mengintai tindak-tanduk Joe dalam keadaan menyembam pada lutut aku.
Joe duduk semula di hadapan aku.
"Dah, sambung balik topik tadi...", Joe mengusik rambut aku.
Aku mengangkat kepala aku perlahan. Nafas panjang ditarik dan dilepaskan. Bagi surut rona merah kat muka aku ni.
"Tulah...sape suruh rahsiakan...", aku memeluk tubuh sambil mencebik.
"Hah, muncung lagi. Satu meter tu, cukup untuk abang sidai baju..", Joe memicit hidung aku.
"Ish!", aku menolak tangannya.
"Oklah...ayang nak tahu satu jer... Macam mana..."
"Macam mana abang tahu taste sayang? Macam mana abang tahu apa yang sayang prefer? Macam mana abang tahu semua angan-angan sayang? Kan?", Joe menyambung ayat aku.
"Err...yes.. That...", terkelu aku dibuatnya. Mesti dia dah agak aku akan tanya soalan macam ni.
"Sayang amik beg abang kat hujung katil tu..."
Aku menoleh ke arah belakang. Dengan malasnya, aku hanya merenggangkan tangan aku semaksimum yang boleh untuk aku capai beg hitam Joe.
"Jangan malas sangat boleh tak...", Joe mencucuk pinggang aku.
"Ah! Jangan lah!", aku memukul tangannya.
"Ish! Bahaya betul... Tak boleh sentuh sikit!", Joe mencebik.
"Sape suruh cucuk? Mana taknya aku refleks camtu?", bebel aku. Beg Joe dicapai dan ditarik.
Aku baru nak bukak zip...
"Sini... Biar abang bukak...", Joe menarik hujung tali beg nya. Terlepas beg Joe dari genggaman tangan aku.
"Nak tahu jawapan kan?", Joe membuka zip begnya perlahan. Acah saspen pulak...
"Cepatlah! Takyah nak acah sangat boleh tak...", aku memeluk tubuh semula.
"Haih, yelah-yelah...", Joe membuka zip beg nya sehingga habis. Dia membelek-belek barang dalam beg tersebut sebelum menyambung bicara.
YOU ARE READING
Senior Skema 👓
Teen FictionAdriana yang meluahkan segala cerita tentang pertemuannya dengan senior pujaan hati yang tak berapa hot seperti pelajar lain tetapi amat dikenali oleh seluruh warga sekolah kerana sikapnya dan akademik nya. Zupp! Terlebih cemerlang. Pelbagai perkara...