Rin pov
"Hah, seriouslah!? ", aku bangun dari kerusi dengan penuh teruja.
" Oh, okay okay... Kitorang datang sekarang..", terus aku tutup laptop dan berlari keluar dari bilik.
Pintu bilik Joe diketuk bertalu-talu.
"Joe! Joe! Bukaklah pintu ni! "
" Bisinglah.. "
Kcak! Tersembul kepala Joe dari muka pintu. Err... Dia dah tido ke? Rambut ikal nya serabut. Mesti baru bangun dari katil.
Uhuk! Dia tak pakai spek, ehem... Aish! Dah buat pasal dah hati aku ni.
" Kenapa sayang? Ada sakit kat mana-mana ke? ", dengan muka mamai dia tu melutut dan meraba-raba kaki aku.
Ya Allah, nak sepak jer rasa bagi sedar betul-betul!
Aku menahan tawa.
"Mana ada lah... Tadi Hidayah call, Harith dah sedar.. Nak pergi jenguk tak?", dengan menahan tawa aku mengusap rambutnya bagi kemas balik.
"Huh? Oh, hah... Cepatlah siap... Aku nak cuci muka... ", Joe bangun dan mengusap pipi aku lembut sebelum menutup pintu.
" Jangan tido balik! Aku simbah air karang! "
" Ye... Aku tahulah... "
" Rambut tu jangan lupa betulkan, macam sarang burung tahu tak! ", sambung aku diikuti dengan tawa.
" Ye ye, abang tahulah! "
Eh eh, tadi guna 'aku', pastu dah tukar jadi 'abang'.
Hmm.. Teringat waktu form 1 dulu.
Aku rasa awkward nak start balik guna panggilan tu.Uhh..
----------------------------------------------------------
Joe pov"Abang.. "
Tersentak aku dibuatnya. Betul ke apa aku dengar ni. Aku mengerling Rin di tempat duduk penumpang.
Dia tengah menekup mulutnya. Haih, dah terlepas tu tak boleh tarik balik kalau buat macam mana pun.
" Apa dia? "
" Uhmm... Nothing... Tersebut... ", Rin melarikan pandangan ke luar tingkap.
Aku mengukir senyuman. Sikit-sikit aku nampak perubahan Rin ni. Kalau tadi kat office kasar mengalahkan lelaki. Sekarang, aku dah boleh nampak sifat perempuan dia.
" Kantoi lah fikir pasal abang? "
" Ergh! Enough! Takdelah! ", Rin menafikan. Aku tahu, tengok muka dia yang merona kemerahan menahan malu.
" Tak payah nak ego sangat... Abang tahu sayang suka kan guna panggilan macam ni... ", aku sambung mengusik Rin. Hahahahaha...
" Tengok depan, jangan nak pandang muka aku ni. Kalau accident, sape lagi nak buat kerja kat office tu? "
Eh eh, boleh pulak tukar topik.
" Ehem, kerja jangan bawak luar please... ", aku mengingatkan Rin.
"Fine..."
-----------------------------------------------------
Rin povYa Allah, aku rasa nak tampar jer diri sendiri. Macam mana boleh terlepas perkataan tu tadi?
Jujurlah, aku berangan tadi. Tapi tak sangka boleh tersebut pulak perkataan tu.
Aku berangan apa? Aku berangan pergi travel dengan dia. Dengan camera aku, dia jadi model untuk aku.
YOU ARE READING
Senior Skema 👓
Teen FictionAdriana yang meluahkan segala cerita tentang pertemuannya dengan senior pujaan hati yang tak berapa hot seperti pelajar lain tetapi amat dikenali oleh seluruh warga sekolah kerana sikapnya dan akademik nya. Zupp! Terlebih cemerlang. Pelbagai perkara...