"Hidayah tu kenapa? Baru seminggu jadi pengantin baru dah hilang seri wajah dia?", aku menyedut fresh orange yang berada di hadapan aku.
Hamba Allah yang ada depan aku ni diam. Manalah nak tahu masalah kawan dia tu kalau tak bercakap selalu. Kang selalu jumpa dikata kacau isteri orang pulak.
Actually, dia tengah gaming.
"Camni en member, tak nak bagitahu aku.", aku pulak acah merajuk. Dia ni senang sangat nak pancing.
'Victory!'
Baru habis? Nasib menang, kalau 'defeat' tadi memang aku gelak jer.
"Ntahlah weyh, dua hari lepas kahwin haritu dia okay jer. Then, datang pejabat mata sembab.", jawab Harith sambil mengangkat bahu.
Aku memandang ke arah pintu cafeteria. Hidayah dan Aleya masuk dan menuju ke arah meja kitorang. Hidayah duduk di sebelah aku manakala Aleya di sebelah Harith.
"Kau makan apa Harith? Macam tak luak jer... Aku rasa kau dengan Ad datang sini setengah jam lepas?", Aleya menjeling ke arah mi sup Harith yang berada di hadapannya. Teh O aisnya pun tak sampai suku dihirup.
"Aku tunggu sejuk lah, tadi panas.. Melecur lidah aku..", Harith menjelir lidahnya sambil menunjuk ke arah lidahnya.
Aku menahan tawa. "Aku rasa dari tadi dah sejuk. Sesejuk mayat dah.."
"Eii... Seram pulak aku nak makan dengar Edrin cakap.. Kau amiklah Aleya, aku tak nak.", Harith menolak mi supnya ke arah Aleya.
'Sukati jer panggil aku Edrin kat sini, tahu ah kamceng dengan Fauzan dulu', aku hanya memandang Harith dengan ekor mata, aku harap dia sedar.
"Pahal?!", Harith memandang muka aku yang cantik ni. Eh EH.. Perasan!
Aku mengetap gigi sambil mengacu penumbuk.
"Fine..Fine..", Harith membuat gaya meminta maaf.
"Air tu pun tak nak bagi aku ke?", tambah Aleya sambil menjeling teh O ais milik Harith.
"Gi beli sendiri, aku dah jilat dah straw tu, hahahahahah...", Harith menarik gelas teh O nya.
Aleya kata dia takkan minum kalau straw tu dah digunakan. Mesti kena guna straw sendiri. Tak suka share sebab jijik katanya.
"EEeee...! Takpelah! Aku beli sendiri!", Aleya bangun dari kerusi dan menuju ke arah kaunter.
Aku tersenyum, geli hati tengok perangai dua orang manusia ni.
Aku mengerling Hidayah, kepalanya diletakkan atas meja. Dah tak kisah dengan keadaan sekeliling.
"Hidayah, kau okay tak ni? Nak aku belikan apa-apa ke?", tanya aku lembut sambil mengusap belakang badannya.
Aku menyedut fresh orange aku lagi.
"JOHAN TU MEMANG TAK GUNA!"
PFFTTT! Uhuk! UHUK! Aku tersedak!
"Ad!", Harith segera bangun dan mendapatkan aku.
Nasib aku tak tersembur fresh orange aku hirup tadi. Kalau tak, habislah kau Harith. Jawabnya, kau balik tak berbajulah. Ops! Tak boleh, nanti jadi kes lain pulak.
UHUK! "Fine, aku okay..", aku menolak Harith dengan sebealah tangan supaya dia tak terlalu rapat dengan aku.
"Hidayah... sorry..", setelah keadaan tenang, aku memandang Hidayah kembali. Hmm.. Agak dah dia pandang aku dengan pandangan camtu.
Buat masa ni, aku tak nak berteka-teki sape Johan yang Hidayah maksudkan. Either aku kenal or tak or Whateverlah!
"Abaikan aku tersedak tadi, terkejut jer kau bersuara tadi diam semacam..", aku terpaksa cover buat masa ni. Kang, nanti jadi lain pulak.
YOU ARE READING
Senior Skema 👓
Teen FictionAdriana yang meluahkan segala cerita tentang pertemuannya dengan senior pujaan hati yang tak berapa hot seperti pelajar lain tetapi amat dikenali oleh seluruh warga sekolah kerana sikapnya dan akademik nya. Zupp! Terlebih cemerlang. Pelbagai perkara...