Rin pov
"Ibu dengan ayah nak bawak kamu ke satu tempat... tapi kamu kena ikut jer ya arahan ibu..?", ujar ibu sambil tersenyum ceria.
"Emm...sukatilah ibu...", aku yang tengah menyusun barang atas meja dalam bilik hanya menjawab selamba. Malas nak amik tahu. Aku masih lagi tak tahu Joe ke mana.
"Hah, dengan syarat, kamu diam jer, jangan tanya kenapa, jangan tanya benda pelik..", sambung ibu dengan senyumannya paling manis dilemparkan.
"Err...okay...bila nak buatnya?", kerja aku terganggu. Aku menapak ke arah katil dan duduk di sebelah ibu. Ntah, apa yang membuatkan ibu aku ni nampak bahagia sangat, padahal anaknya ni tengah serabut.
"Sekarang!", ibu menanggalkan cermin mata aku dan menutup mata aku dengan kain hitam.
What!?
------------------------------------------------
'Joe!' , aku mengetap bibir mencari kelibat suami aku. Geramnya! Ni kali keberapa dah ni dia buat macam ni dekat aku?! Heishh! Aku dapat dia, memang aku baling kasut aku ni hinggap kat muka dia!
"Dah ready ke pengantin perempuannya..?"
"Dah..", balas ibu dengan penuh ceria menggunakan whatsapp voice message. Walkie-talkie moden agaknya.
Aku tersenyum kelat. Mana tak nya, ibu buka mata aku jer, aku kena pakai baju pengantin berwarna biru metallic. Design dia, sumpah! Lawa gila, simple but nice! And of course style aku, macam aku pernah lakar dalam buku aku. Ala-ala baju puteri perak.
Lagi aku tak boleh brain, ibu bawak aku masuk dewan ni. Semua dah siap, preparation, everything! Theme? My passion! Gabungan warna blue metallic, hitam dan putih, sumpah cantik! Semua macam yang aku pernah rangka dalam skecth book aku. Semua yang pernah aku angankan! Doorgift semua coklat cadbury saiz besar, errr... keterlaluan sangat ni....
Aku....eeeee! Aku yakin, ni semua idea Joe! Memang nak kena dia ni! Jap, dari mana dia dapat semua isi kepala aku ni?
Aku bertambah malu dan senyuman menjadi kelat bila ramai gila yang hadir majlis kahwin harini. Err... ehehe...emmm... tapi yang paling hairan, tak nampak pulak satu pun batang hidung member aku. Hidayah ke? Anisa? Harith? Aleya?
"Pengantin lelaki dah sampai!"
Aku terpaku. Errrr... aku nak react apa ni? Arrgghh! Apa ni? Apa ni? Apa ni?
Aku tersenyum kelat nampak gigi. Errr....speechless ni. Aku mimpi ni! Bawak aku keluar dari sini!
Bunyi kompang semakin menghampiri. Ahhh! Aku nak lari jugak!
Ibu setia mengenggam erat tangan aku dengan senyumannya. Bahagia lah tu, aku rasa rancangan ni gabungan Joe, ibu, ayah, mak dengan ayah mertua aku. Haih, diorang ni, suka sangat nak sorok dari aku.
"Ibu...ke..napa.. lambat..", aku tanya dengan gugup. Dengar kompang tapi tak muncul lagi bayangnya.
"Ouh.. kamu lupa ke adat kat Johor ni... ish!", ibu menampar lembut bahu aku.
Oh! Lupa! Adat kat Johor ni, pengantin lelaki yang nak masuk kena lalu 'tol' dulu kat depan pintu sana. Hmm.. aku nak tahu macam mana Joe tackle laluan kat luar tu.
Aku kalau pergi mana-mana kenduri kahwin kat Johor. Nilah paling aku suka, sebab ada macam-macam jenis cara pengantin lelaki buat untuk lepas 'tol'. Ada yang tebar duit, ada yang hulur sampul jer, ada yang siap menari pastu baru bagi duit. Kalau dulu, pak cik aku fed up, dia bagi dompet terus kat penjaga tol tu, hahahaahahaha....
Aku nak tahu cara Joe! Mesti gempak punya. Eceh! Pulak dah aku ni dah kenapa?
"Hah, lepas dah? Hah okay okay.."
YOU ARE READING
Senior Skema 👓
Novela JuvenilAdriana yang meluahkan segala cerita tentang pertemuannya dengan senior pujaan hati yang tak berapa hot seperti pelajar lain tetapi amat dikenali oleh seluruh warga sekolah kerana sikapnya dan akademik nya. Zupp! Terlebih cemerlang. Pelbagai perkara...