(8) Stress

1.1K 54 0
                                    

"Tu ke tujuan kau bawak kitorang datang sini", balasku selepas mendengar penjelasan Joe.

Amirul dah bawak Sara pergi McD. Katanya nak belanja Sara ice-cream. Lepastu, tinggalkan kitorang kat belakang. Skang ni tinggal aku dengan Joe jerlah.

Kalau nak tahu apa situation kitorang sepanjang kat NU ni. Amirul dengan Sara mesra berlkenalan, macam dah lama rapat. Gelak-gelak bagai. Aku dengan Joe pulak macam ada aura dingin lalu. Kitorang berdua masam mencuka sambil melayan stress sendiri. Nak pandang muka pun takde mood.

Asalkan sahabat kitorang gembira, cukuplah.

"Hmm... Dah Amirul beriya sangat nak kenal dengan Sara kawan kau tu. Aku planlah ajak dia keluar harini.", ujar Joe tanpa memandang muka aku. Straight ke depan jer.

"Tak cakap dengan aku pun..", aku mencebik.

"Tu pun last minutelah. Jumpa dengan bapak kau tadi pun kira coincidence jer tau. Nasib baik korang plan nak keluar. Memang berjalan lancarlah plan aku.", panjang lebar Joe terangkan kat aku.

"Baguslah, Sara pun sebenarnya ada hati dengan Amirul tu. Terkejut jugak aku bila Amirul boleh ngam dengan Sara dalam kereta tadi", aku tersenyum smirk.

Memikirkan pergaduhan kitorang dalam kereta tadi dah membantu sikit diorang  berdua.

"Pasal dalam kereta tadi...", Joe memandang muka aku. Langkah kitorang terhenti di tengah jalan.

"Apa?", aku mengerutkan dahi.

Joe mengerling ke arah aku.

Apahal dia pandang aku camtu? Cakap jerlah apa dia nak. Kang aku bagi penampar free karang.

Tapi, aku taklah seganas tu okay. Sikit-sikit nak lempang parah jugak.

Pandangan dia masih kosong terhadap aku. Dia nak aku cakap something ke pasal tadi?

Ha ah, yelah.. Aku yang mulakan pergaduhan tak bersebab tadi sebenarnya.. "Oh... Sorry, aku yang mulakan gaduh tadi.."

Aku menunduk memandang lantai. Rasa semacam dia pandang aku lama-lama camtu.

"Sedar pun diri tu...", Joe mendengus dan meneruskan langkah yang terhenti tadi. Aku yang ketinggalan cuba mengejarnya semula. Aku memandang riak mukanya. Stress sangat dia ni. Ada apa-apa yang berlaku ke? Ke sebab dia marah pasal tadi? Rasanya kalau dia marah dengan aku dia dah tak pandang dah muka aku ni.

"Kau... okay tak ni? Stress semacam jer..", tanya ku prihatin. Prihatinlah sangat... Karang tak tanya, apalah dia fikir pasal aku. Atau dia akan mula keluarkan ayat, 'Kau tahu tak kenapa aku stress camni?' dan seumpamanya.

"Nantilah aku cerita kat kau..", jawab Joe.

"Takde kaitan dengan dalam kereta tadi kan..?", aku perlukan kepastian. Either dia marah sebab benda tu ke atau benda lain.

"Tak.. Yang tadi tu pandai-pandailah aku explain kat Amirul.. Lagipun dia member aku yang paling rapat. So..", jelas Joe. Lega sikit hati aku, Joe kalau dah marah teruk, scary ya amat.. Tapi, setakat ni aku tak pernah lagi nampak dia mengamuk sampai terbalik meja macam Bella pernah cerita kat aku.

Aku mengangguk perlahan, "Sorry tau.. Aku tak berniat pun nak cari gaduh tadi. Otak aku pun tengah serabut sebenarnya".

Sejak aku curi-curi dengar agenda ibu haritu. Everything dalam kehidupan seharian aku berubah 180 degree. Nak belajar pun stress semacam sebab asyik terfikir pasal benda tu. Kerja berlambak lagi. Briged? Hmm... Masuk laut jerlah.

Kitorang tiba di premis McD. Takdelah ramai orang, harini Jumaat kan.

"Mana diorang ni..? Kata gi McD.", Joe menggaru belakang kepalanya sambil melilau matanya mencari dua susuk tubuh yang tinggalkan kitorang tadi.

Senior Skema 👓Where stories live. Discover now