(Intro 6) Is It?

1.4K 73 3
                                    

"Errgghhh", aku membuka mataku perlahan. Dalam bilik rawatan. Aku memegang kepala yang sedikit berdenyut.

"Adriana! Awak dah bangun dah? ", terkejut aku. Aisyah rupanya kat sebelah aku. Dia tersengih-sengih. Pahal budak ni.

" Awak, tak balik kelas ke", ujar ku perlahan.

"Tak, saje nak ponteng kelas", jawab Aisyah. Dia menghulur sepaket coklat cadbury kepadaku.

"Bila masa awak beli ni, awak kata takde masa kita mintak tadi. Takkan awak fly sekejap tadi? ", aku hanya memandang coklat di tangan Aisyah. Kat sekolah kitorang ni mana nak jual coklat. Semua makanan berkhasiat. Pengetua punya arahan lah. Makanan sihat pun kalau harga mencekik tak guna jugak.

" Ada orang bagi kita tadi, awak amiklah. Rawat diri awak tu." jawab Aisyah. Ada-ada jer perempuan ni. Tapi betul jugak, kalau aku sedih ke, sakit hati ke, marah ke, sakit masuk hospital ke. Kalau dihulur coklat, semua okay.

"Hmm... Awak nak sikit tak?", akhirnya coklat bertukar tangan. Kalau ada orang bagi, baik dikongsi.

"Takpelah, coklat tu khas untuk awak. Hehehe". Aisyah tertawa kecil. Senyuman Aisyah ni lain macam pulak.

Aku buka pembalut coklat. Terus disua kedalam mulut. Nikmatnya! Bila mencair dalam mulut.

Eh! Kejap. Aku dalam bilik rawatan. Macam mana....?

"Aisyah, sape angkat kita naik sampai sini?", baru aku terfikir. Bilik rawatan ni kat tingkat 2. Jadi, sape yang kuat sangat angkat aku sampai sini?

"Oh.. Soalan tu, kita tak nak jawab. Awak tanyalah sendiri hamba allah yang angkat awak tadi", jawab Aisyah tersengih-sengih.

"Awak! ", aku merenung muka Aisyah. Geram.

"Ye, apa dia? ", Aisyah membulatkan matanya. Membuat muka comel. Eh dia ni, boleh pulak lah main-main.

" Kita serius ni, sape angkat kita tadi?", aku soal Aisyah sekali lagi. Dia ni time orang serius dia main-main.

" whop, mana kita tahu. Eheheheh", Aisyah menyambung gelaknya. Ya Allah, boleh tak aku lempang kawan aku ni.

"Awak, sekarang pukul berapa?", soal Aisyah.

Aku malas nak menjawab. Aku hanya menghulur tangan aku bagi dia tengok sendiri jam tangan aku.

"Eh, dah sejam. Okay, Adriana. Kita balik kelas dulu." Aisyah terus bangun dari birai katil dan menuju ke pintu.

"Eh eh dia ni, tadi kata nak ponteng kelas", aku menjeling Aisyah di muka pintu.

"Kita ponteng kelas Math jer, bye awak. Alah, nanti adalah yang teman awak nanti", Aisyah memakai kasut dan terus menutup pintu bilik rawatan.

"Hmm.. ", malas aku nak layan budak ni.

Aku lipat pembalut coklat untuk simpan baki coklat tadi dan letak dia atas meja kecil sebelah katil. Aku baring semula di atas katil dan mengiring ke arah tingkap. Fikiran aku melayang.

Aku merenung tapak tangan aku yang ada kesan lecur. Teringat tapak tangan Joe tadi. Takkan Joe orang tu kot masa peristiwa tu.

Aku memicit dahi aku. Arrgghhh! Makin menyucuk pulak.

Kreeaakk.

Terdengar pintu bilik rawatan terbuka, aku terus memusingkan kepala ke arah pintu.

Erk! Joe. Pahal dia datang sini. Aku terus mencapai cermin mata di tepi katil dan memakainya.

"Dah bangun dah? Sedap tido tadi?", tanya Joe lalu menutup pintu bilik selepas menyusun kasut kat luar. Memang disiplin betul. Kasut pun nak disusun masuk bilik rawatan ni.

Aku membatu macam tugu negara. Tak tahu nak cakap apa. Speechless.

"Ni kaki ni terseliuh tadi tapi tak nak mengaku", Joe duduk di birai katil sambil melihat ke arah kaki aku.

Eh, baru perasan kaki aku berbalut. Hahahaha.

"Suka hati akulah nak cakap ke tak", aku menarik muncung.

"Kau ni dah kenapa sibuk datang sini?", tanya ku balik.

Joe terdiam sekejap.

"Kau ni, aku risaukan kau. Kau boleh macam ni lagi kan?", ujar Joe. Pandangannya lari daripada aku.

Aku melentokkan kepala bagi nampak sikit muka dia. Hahahaha, merah muka dia. Ada bahan nak mengusik ni lain kali.

Aku baru terfikir sesuatu, takkanlah...

" Weyh, kau ke.. Yang... Angkat aku sampai sini... Tadi?", tergagap aku nak tanya soalan ni.

Joe mengangkat muka dan memandang muka aku. Dia memberi senyuman yang agak manis. Aku tergamam.

"Ya, akulah yang angkat kau tadi", jawab Joe nada berseloroh. Mukanya bertambah merah.

Apa?! Joe angkat aku?!

Warrrgghhhhh! Aku nak jerit jer, tapi ditahan. Aku menekup muka. Malu! Pahal aku malu dengan dia pulak ni?!

"Eh, kau ni dah kenapa?", Joe menarik lengan baju aku bagi menurunkan tangan aku dari muka. Tapi aku menahan.

Aku mengambil kesempatan dengan menggenggam pergelangan tangan dia. Aku kena pastikan jugak kesan lecur yang aku nampak tadi.

Joe tergamam dan membiarkan sahaja aku meneliti tangannya.

"Err, Joe. Aku nak tanya.", tanyaku tanpa memandang muka Joe.

"Apa?"

"Kesan lecur ni sebab apa?"

Joe terdiam. Aik? Susah sangat ke nak jawab soalan aku.

"Kau nak yang jujur ke tak jujur?", soalan dibalas soalan. Soalan mengarut pulak tu. Copy paste soalan Aisyah.

Aku memegang kesan lecur di tangannya. Teringat peristiwa terdahulu. Hati menjadi sayu seketika.

"Aku tak tahu nak cerita kat kau ke tak", Joe menarik tangan dia dan melihat juga kesan lecur tersebut.

Aku terdiam. Nanti-nanti jerlah aku bongkar pasal kisah tu.

-----------------Korang mesti nak tahukan apa yang sebenarnya yang berlaku antara diorang berdua

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-----------------
Korang mesti nak tahukan apa yang sebenarnya yang berlaku antara diorang berdua.

Don't worry. Nanti terbongkar juga ceritanya.

Tq yang sudi membaca sampai sini. Sorry kalau ada part yang tak berapa menarik dan logik.

Next chapter will updated soon! 😊

Senior Skema 👓Where stories live. Discover now