Joe pov
Smirk.
"Ah... Gambar ni kelakar....hahahaha..."
Aku menoleh perlahan. Melihat isteri aku dan Sara yang asyik dengan camera DSLR kesayangan Rin.
Aku melangkah perlahan ke arah Rin yang sibuk melihat gambar bersama Sara. Kadangkala ketawa melihat gambar kitorang yang baru diambil tadi.
" Gambar sape korang gelak tu hah? ", aku menyergah mereka berdua.
"Wargh! Tak guna Joe! Takde apalah... Hihi..", Rin menarik jauh cameranya dari dekat dengan aku.
"Hah... Nak amik gambar kat mana pulak?", aku bercekak pinggang sambil memerhati wajah Rin. Comel.
"Dekat atas Bridge tu belum lagi... Banyak lagi kot tempat lawa kat London ni...", Rin tersenyum sorang-sorang sambil menunjuk satu-satu tarikan kat tengah bandar London ni.
Amirul menarik lengan Sara. Secara spontan aku dan Rin menoleh.
"Apa? Isteri aku ni asyik melekat jer dengan bestie dia... Suami dia tak nak pulak...", Amirul mencebik melihat kitorang.
"Abang Mi..! Mana ada lah...", Sara memukul lembut bahu Amirul sambil membuat muncung.
"Mama... Jom pergi sana.. Tengok air..", Ammar yang memimpin tangan Amirul mendapatkan Sara yang terkial-kial cuba melepaskan cengkaman Amirul.
"Air? Oh.. Nak tengok sungai? Jom jom...", Sara menyambut tangan Ammar dan membawa nya ke arah bridge.
"Eh.. Amik anak tinggalkan suami...", Amirul mengejar langkah Sara.
"Heleh... Takkan nak sayang yang dukung pulak?", cebik Sara.
"Boleh jer..."
Aku menggeleng perlahan melihat telatah Amirul dengan Sara. Kembali pada insan yang berdiri depan aku.
"Another shot?", Rin mengangkat cameranya sambil smirk memandang aku.
"Oh... Mana pulak?"
Rin tersenyum lebar sebelum mengheret aku ke tengah bridge.
-----------------------------------------------------
Rin pov"Sini..", terasa seseorang melilit tangan pada pinggang aku. Joe menyangkut kepalanya pada bahu aku.
Mata aku kekal pada screen display camera. Melihat satu persatu gambar yang aku ambil tadi. Ada yang aku terpaksa delete sebab buruk.
"Uish.. Bapak cool gambar abang dalam tu..."
Aku berhenti menekan butang next. Terpapar gambar Joe dan Amirul dengan gaya diorang di tengah jalan raya. Ala-ala model.
Acah!
"Heleh, kalau ada kereta dah lama korang kena langgar kat tengah tu...", aku tertawa kecil.
"Ee... Nakal eh, nak tengok suami mati kena langgar kereta ke?", pipi aku dicubit lembut.
"Korang jugak yang mengada nak posing kat tengah tu...", aku menolak tangannya daripada terus mencubit pipi aku yang gebu ni.
"Yelah... Semua salah abang...", Joe tak nak berdebat panjang dengan aku sebab dia tahu dia takleh lawan aku kalau berdebat ni.
"Hehe", Aku terus menekan butang next.
"Gambar ni lawa...", tangan aku berhenti menekan butang. Terpapar gambar Joe yang duduk di atas bangku sambil membelek buku yang dibawa.
"Pfft... Kau nak cakap tu budak skema yang kau sayang kan?", Joe memicit pipi aku.
"Yelah...sape lagi yang Rin sayang selain mamat skema tak guna ni...", tangannya yang suka sangat main muka aku, aku gigit.
YOU ARE READING
Senior Skema 👓
Dla nastolatkówAdriana yang meluahkan segala cerita tentang pertemuannya dengan senior pujaan hati yang tak berapa hot seperti pelajar lain tetapi amat dikenali oleh seluruh warga sekolah kerana sikapnya dan akademik nya. Zupp! Terlebih cemerlang. Pelbagai perkara...