Rin pov
Emm... Aku terjaga dari tido. Dah pukul berapa ni?
Ahhh! Aku hampir menjerit melihat wajah yang amat aku sayangi betul-betul di hadapan muka aku.
Ish! Aku dengan telekung tak bukak lepas Subuh tadi, tertido atas sejadah, is another level of happiness. Lol. Joe pun join sekali aku tido kat atas sejadah.
Nak buat camne, seminggu ni memang penuh schedule, kalau ikutkan tengah hari Sabtu ni ada jer hal dekat office tu.
CEO takkan pernah ada masa nak rehat. Noted.
Tapi, aku posponed jer selalunya meeting weekend ni. Kitorang perlukan rehat jugak, bonding time.
Ting! Ting! Sedari tadi phone aku berbunyi notification banyak masuk. Haih...
Aku bangun dari baring, telekung aku bukak dan digantung. Aku duduk di meja aku, cermin mata dipakai, phone aku capai. Asal bising-bising ni... Aku tekan icon whatsapp.
'Adriana! Bangun!' - Yaya (Hidayah)
'Weyh! Kau jangan lupa!' - Yaya
'Kau dah janji kan? Jangan lambat tau' - Anisa
'Adriana..!' - Yaya
'Ad! Pukul 10, tepat! Kitorang tunggu!' - Yaya
....dan berpuluh mesej lain daripada diorang berdua.
Hmm... Hidayah yang memekak lelebih rupanya. Ya Allah, aku malas nak keluar sebenarnya, halah halah.
"Sayang...?", Joe meletakkan kepalanya pada bahu kanan aku. Tangannya memaut pada bahu belah kiri aku.
"Ya bang..", aku hanya mampu tersenyum sambil scroll media social. Sebelah tangan aku menggenggam tangan Joe yang tergantung.
"Nak keluar kul bape? Ayang kata nak keluar harini kan?"
"9:30 pagi, kalau lambat, kena cincang dengan Hidayah..."
"Hmmm...", Joe kekal pada posisinya.
Aku menoleh ke kanan, jarak muka Joe hanya beberapa cm dari muka aku.
Kening Joe terangkat. Aku tersenyum, terus aku mencium pipi nya selamba. Ehehe..
"Ayang...! Main tipu!", dia terus berdiri tegak, tangannya tersipu-sipu menggaru pipinya dengan hujung jari telunjuk.
"Kau yang mintak kan?", aku tertawa melihat telatah Joe dari tempat aku duduk. Mukanya kemerahan.
"Eee... Isteri abang ni! Ni yang geram ni!"
Alamak!
Joe memusingkan kerusi yang aku duduk. Alamak! Alamak!
"Sini kau..", Joe menarik kedua belah tangan aku.
"Warghh!", handphone yang aku pegang terlepas dari genggaman. Tubuh aku tertarik ke arah Joe.
Kami berdua terjatuh ke atas katil.
"Ahh...dah lah...", aku cuba menolak tubuhnya ke tepi.
"Alalalala sayang abang ni~", Joe tak melepaskan peluang, kedua belah tangannya melilit dan menarik tubuh aku melekap pada tubuhnya.
"....aku nak mandi...nanti lambat...", aku berusaha untuk melepaskan diri.
"Shhh... shh... Baru pukul 7:30 pagi, kejap jer... Tak lama pun...", Joe berbisik perlahan di telinga aku.
Meremang aku dibuatnya. Muka aku berona merah. Ahhh..! Aku kena keluar dari sini. Aku kena....
"...."
YOU ARE READING
Senior Skema 👓
Teen FictionAdriana yang meluahkan segala cerita tentang pertemuannya dengan senior pujaan hati yang tak berapa hot seperti pelajar lain tetapi amat dikenali oleh seluruh warga sekolah kerana sikapnya dan akademik nya. Zupp! Terlebih cemerlang. Pelbagai perkara...