(Intro 5) Uhh...

1.4K 66 1
                                    

"Ah ya, kenapa?", aku bercekak pinggang.

GEDEGANG!

Tubuh aku berlanggar dengan mesin vending. Ughh.. Sakitnya.

"Kau pahal nak rampas boyfriend aku perempuan tak guna!", jerit perempuan yang menolak diriku tadi.
Aku mengangkat kepala aku. Dia mendekati aku dengan langkah megah. Aku mengetap bibir.

Alin! Aku kenal budak form 1 ni. Yang kerjanya tukar-tukar boyfriend. Aik, kata aku rampas boyfriend dia padahal dia rampas boyfriend orang boleh pulak. Dua orang belakang dia tu geng dia ke? Heh, pengecut.

"Ughh! Kau sape? Suka-suka nak cari pasal dengan aku!" jerit ku tegas. Aku menggunakan segala kudrat untuk berdiri. Aku tak lemah. Setakat tiga orang,aku tak heranlah!

"Eh! Kau tu, dah rampas boyfriend orang tak payah nak acah tak tahu pulak!", Alin menendang tepat di betis aku. Aku jatuh terduduk. Menahan kesakitan.

"Bila masa aku rampas boyfriend kau!? Sape boyfriend kau tu hah!? Eh, aku takde hati pun tau nak couple dengan lelaki kat sekolah ni!", tengking aku. Kurang ajar betul budak form 1 ni.

"Abang Johan tu sape bagi kau?", tengking Alin.

Joe? Heh, tak sangka ada orang minat dia. Kejap, dia kata aku couple dengan Joe? Perasaan suka pun takde dalam hati nak couple dengan dia pulak.

"Johan?! Bila masa dia couple dengan aku?!", bangkang aku.

"Oh, ya ke? Kenapa kau panggil dia dengan nama panggilan Joe? Orang tertentu jer boleh panggil dia dengan panggilan tu!" ,teriak Alin lalu melempang muka aku. Padu.

Aku meraba pipi aku yang sufah naik merah, "Eh, kau ni dah kenapa nak lempang-lempang orang?!", aku masih lagi menahan sabar. Tak nak gunakan kekerasan fizikal.

"Memang layak kena lempang, kau dah jadi penghalang untuk aku!", Alin cuba menendang kaki aku tapi berjaya ditepis.

"Johan tak pernah couple dengan orang lah! Tak payah nak berangan yang Johan tu kau punya", teriak aku. Geram.

"Kau ni, memang patut aku tak hormat kau as senior", Alin mengangkat pembaris besi di tangaannya sebelum hinggap di tubuh aku. Apa aku mampu hanyalah mengetap bibir dan pejam mata.

"Arrgghh!",aik? Tak rasa apa pun. Aku membuka mata aku perlahan.

"Aduh! Kau ni dah kenapa nak pukul senior. Tolonglah sedar kau tu baru form 1!", kata Joe tegas kepada Alin. Tangannya menahan pembaris besi yang dihayun oleh Alin. Uhh... Tak sakit ke?

Scary pulak tengok Joe marah. Aku mengetap bibir.

"Tapi abang Joe.... Dia yang cari pasal dulu", Alin menggedik di hadapan Joe. Aku rasa bukan aku jer boleh muntah. Joe pun boleh.

"Jangan panggil aku dengan nama Joe tu! Aku tak suka!" Joe merampas pembaris besi di tangan Alin. Alin mengalirkan air mata palsunya.

"Kenapa perempuan ni boleh, saya tak boleh abang Joe?!", Alin menunding jari ke arah muka aku. Apa salah aku? Dah dia suruh panggil, nak buat macam mana.

"Ada sebab aku bagi dia panggil aku dengan nama tu. Kau tak payah nak masuk campur hal orang!", muka Joe merah padam meluahkan rasa marahnya.

"Tapi abang Joe..."

Pang!

Tangan Joe laju hinggap di pipi Alin dan meninggalkan kesan merah. Alin yang terkejut dengan tamparan hebat Joe tadi meraba pipinya yang merah. Kalini, air mata betulnya mengalir dari birai matanya. Dua orang teman Alin di belakang hanya membisukan diri. Nampaklah sebenarnya dua orang tu tukang teman jer sebenarnya.

Aku yang tengok pun naik bulu roma. Scary nya.

"Pergi dan jangan kacau Adriana lagi!", arah Joe. Pembaris besi yang dirampas tadi diacu ke arah blok E.

"Tapi.... Abang....", Alin merapatkan tubuhnya di badan Joe cuba meraih simpati. Joe tak peduli dan terus menolak tubuh Alin.

"Aku kata pergi kan, kira selamatlah aku bagi penampar free dari aku bawak kau pergi bilik disiplin!"

Alin menapak pergi dengan hati kecewa berbaur sakit hati bersama gengnya yang lain.

Joe menoleh ke arah aku. Dia menarik nafas untuk menenangkan diri sebelum melutut untuk melihat keadaan aku.

"Kau okay tak, kenapa pandang aku macam tu?", Joe merenung tepat anak mata aku.

Yang ajaibnya, muka ganas tadi dah jadi muka innocent suci murni depan muka aku. Err.. Aku ada bawak vibe apa-apa ke?

"Ah, urmm.. Okay", aku masih terkejut dengan perubahan drastik Joe tadi.

Aku cuba berdiri tapi betis aku sakit sangat. "Eek, aduh".

"Boleh bangun tak ni?" Joe hanya menyoal. Dia tahu aku tak suka disentuh.

"Kaki aku... Sakit", aku mengadu. Apa ni Rin? Ni ke diri aku yang cool dan tahan lasak tu.

"Dah tu, kau nak aku buat apa ni?", Joe bermain rambutnya. Tak tahu nak buat apa.

"Alah lek lah, aku bleh jalan lah. Saje je acah", aku menampal senyuman plastik. Terpaksa! Aku tak lemah okay. Setakat kena sepak takde hal lah.

Aku cuba berdiri.

Joe hanya menggeleng.

"Kau ni, kalau ada masalah. Carilah bantuan. Cakap dengan aku ke. Ni, kalau boleh. Tiga-tiga orang tu kau nak hadap sorang-sorang." bebel Joe.

Aku diam. Ternampak tapak tangan Joe yang agak memerah hasil hayunan pembaris besi Alin tadi.

"Tangan kau okay tak?", aku menyoal prihatin. Tanpa aku sedar, aku dah menarik tangan Joe dan meneliti tapak tangannya. Berbirat weyh. Eh, jap, ada parut. Macam pernah nampak sebelum ni.

"Ah, okay jer", Joe menarik tanggannya dan digenggam. Tak nak bagi aku tengok lagi tangannya.

"Kau tu kena lempang tadi, tak sakit ke?", Joe memandang muka aku. Memerah mukanya. Dah kenapa?

Aku meraba pipi aku. Rasalah jugak kesakitan tadi tapi dah kurang.

"Sakitlah jugak, tapi jangan risau. Kau tahu kan aku ni tough", aku tersengih.

"Aku balik kelas dulu, lepas ni masa Bio. Aku belum ambik buku lagi dalam kelas", kata Joe sambil melihat jam tanggannya.

"Pergilah, ada aku suruh stay kat sini ke?"

"Mana tahu kau nak aku stay dengan kau sampai balik", Joe tersengih dan mula melangkah ke arah blok C.

"Ah Joe! ", kepala aku berpinar-pinar tiba-tiba. Betis aku dah mencengkam. Sakit.

Apa yang aku nampak hanyalah Joe menoleh ke arah aku sebelum aku jatuh. Pandangan aku gelap.

" Rin! "

Senior Skema 👓Where stories live. Discover now