"Adriana! Dah siap belum?! Cepatlah sikit!", terdengar suara ibu dari bawah.
Hmm...
"Nak siap lah ni...", aku menyahut. Tudung bawal purple pastel aku kemaskan di hadapan cermin buat kali terakhir. Harini aku tak pakai spek aku sebab nampak buruk dengan baju ni. Lek ah, power tak sampai 100 pun.
'Kenapa aku kena pakai baju perempuan ni', aku mendengus melihat pantulan diri aku pada cermin.
Faham kan, baju 'perempuan'. Baju blouse warna pink pastel dengan skirt putih labuh. Siap ada reben lagi dekat skirt ni. Oh my....! It's really not my taste and vibes!
Macam korang tahu, aku ni dahlah perempuan yang lasak and kasar. With this colour? Memang terbalik dengan personaliti aku!
Haih... Pagi tadi...
Bangun-bangun jer ibu ada depan mata.
"Adriana sayang, nanti pakai baju ni ya? Baru nampak molek..", ibu menggantung baju tersebut di tempat gantung tepi pintu bilik.
Aku yang tengah mamai baru bangun tido terkejut nak mati. Aku ingat aku masih dalam mimpi lagi. Punyalah banyak kali aku gosok mata aku.
Tengok warna jer... Aku rasa dah fed up.
And now, aku depan cermin terpaksa pakai baju ni...
Terima kasihlah ibu... Bagi baju yang lawa ni.. Adriana appreciate sangat.. Cuma warna jer yang tak kena...
Ok.. Aku dah siap...
Aku turun ke bawah dengan senyuman tawar aku lemparkan apabila memandang muka ibu. Ibu mengenakan blouse berwarna biru pastel dan skirt berwarna biru tua. Tudung pula berwarna biru langit.
What... The...? Muka aku berkerut sekejap.
Why...!? Tak dapat pakai seluar. At least, bagilah warna yang buat aku nampak tough...!
Boleh tak aku tukar baju dengan ibu?!
"Ha... Lawa pun anak ibu sorang ni. Asyik pakai seluar jer... Sekali-sekala pakailah skirt. Kamu tu dahlah perempuan..", ujar ibu. Ibu memasukkan beberapa barang yang penting bagi dia ke dalam beg tangannya.
"Ya ibu, anak ibu ni perempuan. Takkanlah laki pulak...", balasku.
Aku memandang sekeliling, mencari kelibat ayah aku.
"Ibu, ayah mana?", soalku.
"Oh.. Ayah kamu tu ada meeting last minute pagi ni, dia dah pergi dah.", balas ibu. Dia memakai lipstik berwarna merah terang. Err... Tak terlalu... Berlebihan ke...?
"Nah lip balm.. Pakailah, takdelah nampak pucat bibir kamu..", ibu menghulur lip balmnya kepada aku.
Aku sambut dan meneliti label lip balm tersebut. Hmm.. Takde warna.. Okaylah tu..
Aku sapukan pada bibir aku. Ergghh... Tak selesa.. Aku bukannya biasa pakai benda-benda ni. Rasa nak basuh jer kat singki..!
Aku nak kesat dengan tisu tapi...
"Ehhh... Jangan dilap. Biar jer.. Nanti kamu biasalah..", tegah ibu.
"ouh... Kay.."
Aku menuju ke arah almari. Beg tangan aku dicapai. Zip dibuka dan aku check satu persatu barang aku.
"Dah, jom gerak...", ibu membawa beg tangannya dan mengatur langkah ke arah pintu rumah.
"Tolong tutupkan semua suis lampu dengan kipas ya..", pesan ibu kepadaku.
"Okay", aku menutup semua suis dan pergi ke arah pintu. Kasut kesayangan aku dicapai.
"Eh Adriana! Kenapa pakai kasut tu...?"
YOU ARE READING
Senior Skema 👓
Teen FictionAdriana yang meluahkan segala cerita tentang pertemuannya dengan senior pujaan hati yang tak berapa hot seperti pelajar lain tetapi amat dikenali oleh seluruh warga sekolah kerana sikapnya dan akademik nya. Zupp! Terlebih cemerlang. Pelbagai perkara...