"Terima kasih cikgu Kamal!"
Selepas mengucapkan terima kasih kepada cikgu Kamal, cikgu yang mengajar Bahasa Melayu kelas aku, ramai yang berkejar keluar daripada kelas. Sekarang waktu balik. Memang ah.
Aku ambil decision stay dalam kelas kejaplah. Malas nak menempuh 'jammed' pelajar yang nak balik. Lagi-lagi kawasan tangga. Lagipun aku duduk asrama. Apa kesah?
Asrama cuma berapa meter jer dari sekolah, selang sepagar jer.
Btw, asrama aku ni asrama harian. So, siapa yang status Kelas Rancangan Khas (KRK) memang wajib duduk asrama sekolah. Sesiapa yang bukan budak asrama yang nak duduk asrama pun boleh tapi kena buat surat kepada pengetua. Biasanya based on kelayakan dan tempat kosonglah sebab asrama tu untuk budak status KRK.
Aku ternampak Bella di koridor.
"Bella!", jeritku memanggil Bella dengan penuh teruja.
Bella menoleh ke arah. Dia tersenyum sinis selepas ternampak aku yang memanggilnya tadi. Bella terus masuk ke dalam kelas aku.
"Hei Adriana. Pahal panggil aku ni?", Bella menepuk bahu aku.
"Ada lah, kau pasal senior laki kat sekolah ni semua kau tahu kan?", soalku sambil mencucuk pinggang Bella. Nak korek sikit cerita pasal abang yang aku terlanggar kat lorong vending haritu. Abang Joe.
"Eh, of course! Kenapa tanya aku ni? Kau dah ada hati eh dengan senior kat sekolah ni, siapa dia?", Bella terus meletakkan beg sekolah di tepi meja dan menarik kerusi lalu duduk di sebelah aku. Laju betul dia bab pasal laki ni.
"Takdelah, cuma aku curious jer. Ada sorang senior ni cam familiar lah. Aku rasa macam penah jumpa dia sebelum ni", aku mengurut dagu aku.
"Ouh, ye ke?", Bella mendekatkan dirinya kepada aku. Tak selesa aku dibuatnya.
"Ermm.. Kau kenal tak abang yang bernama Johan? Tak silap aku dia kelas 5 Lestari"
"Ah! Yang tinggi-tinggi, pakai spek, rambut ikal, dan nampak nerdy tu eh?!", Bella meneka. Ya, tepat sangat jawapan dia. Teliti betul Bella ni perhatikan orang. Scary pulak aku rasa.
"Ha ah, boleh kau cerita kat aku apa kau tahu pasal dia?", aku memberi kebebasan kepada Bella untuk bercerita pasal Joe.
" Abang Johan tu, dia anak murid kesayangan semua cikgu-cikgu kat sekolah ni. Dia tak hot pun sebab orang anggap dia nerd. Nak kata hensem, maybe ada rupa untuk 'certain' orang. Tapi, dia famous sebab selalu naik pentas dapat anugerah cemerlang. Akademik dia memang top gila. Kerja dia belajar sepanjang masa, kat kantin pun dia belajar waktu rehat. Dia tu jenis introvert. Kalau orang tak kenal dia, orang akan anggap dia sombong.", Bella menarik nafas panjang. Dia cerita dalam satu nafas jee. Woah! Im proud.
" Ah, dia tu paling ace dalam Math dan Addmath. Addmath dia pernah dapat 98/100 markah dalam exam. Sebab tulah dia presiden kelab Matematik kat sekolah ni walaupun baru form 4", sambung Bella.
" Oh, ok tapi..."
" Kelemahan dia pulak, dia lemah dalam sukan. Alah, kalau tengok pun tahu tak pro sukan. Abang Johan ni tak pernah ada crush kat sekolah ni sebab dia terlalu fokus study", potong Bella. Haih, suka jer potong ayat orang.
"Okay okay, how about nickname dia?", semua tu aku tahu dari mulut orang. So, aku perlukan maklumat lain.
"Tak silap aku, semua orang panggil dia Johan jerlah. Tapi, dia paling pantang kalau orang panggil Joe. Dia memang tak benarkan sape-sape pun panggil dia dengan panggilan tu walaupun nickname tu common untuk orang bernama Johan", Bella mengurut dagu.
Aku tersentak. Seriously? Tapi, kenapa dia suruh aku panggil dia Joe? Mesti ada sebab dia buat macam tu.
"Aku rasa ada sebab kot di buat macam tu", aku meneka.
"Abang Joe tu baik jer, susah nak marah, always positive. Tapi, kalau orang panggil dia Joe. Boleh terbalik meja kalau disebut banyak kali.", Bella memeluk tubuhnya. Mukanya berkerut, pelik dengan perangai abang Joe.
"Status dia? Majoriti budak kat sekolah kita kan anak orang kaya. Tapi, Johan tu pulak macam mana? ", soal ku penuh minat.
" Status dia, actually takde sape tahu. Ada yang kata dia budak biasa jer sebab baju dia jarang orang nampak dia pakai baju baru. Tapi, ada orang kata dia ni anak dato' sebab ada orang pernah nampak dia naik kereta mewah Mercedez putih tahun lepas.", jelas Bella panjang.
"Woah, susah nak percaya khabar angin. ", aku akui dengan senyuman kelat. Setakat andaian jer tak berbaloi.
Tiba-tiba rasa nak menyakat pulak si Bella ni.
"Tapi ramai yang buat negative though pasal dia", kata ku berseloroh. Tangan sibuk bermain kalkulator. Hehe, jom pancimg!
Bella memandang aku pelik.
"Aku tahu kau mesti tak tahu. Tapi sebenarnya, banyak lagi kau tak tahu pasal dia.", aku memandang Bella dengan muka sayu.
"Kejap, kejap, kejap, kejap.", Bella menayang tapak tangan di muka aku. Dia keliru. Haha, lakonan aku menjadi.
"Kenapa gaya kau macam dah kenal dia lama ni?", Bella mengangkat sebelah kening.
"Ah! Tak, takdelah! Aku cakap ikut suka hati aku jer. Ehehehehehe", aku memang sengaja, bagi dia suspen. Padahal aku tak berapa kenal pun si Joe tu. Kan dah termakan pancing.
"Ish kau ni! Boleh pulak kau pancing aku! Meh sini kau!"
Aku segera lari menyelamatkan diri dari Bella. Hahahaha.
––––––––––––––––––––––
Hai readers,Sorry sangat chapter ni maybe agak bosan. Next time, saya cuba buat jalan ceritanya menarik sikit. Hehe.
Apa-apapun, hope you guys enjoy cerita saya ni. Segala kekurangan saya cuba tingkatkan ya. Nanti saya update lagi secepat mungkin.
YOU ARE READING
Senior Skema 👓
Teen FictionAdriana yang meluahkan segala cerita tentang pertemuannya dengan senior pujaan hati yang tak berapa hot seperti pelajar lain tetapi amat dikenali oleh seluruh warga sekolah kerana sikapnya dan akademik nya. Zupp! Terlebih cemerlang. Pelbagai perkara...