"Dah... Kau nak apa lagi?"
Aku tergamam. Aik, datang balik ke perangai dingin dia tu? Takkanlah....
Aku yang tengah menyelubung dalam selimut mengintai dengan hujung mata.
"Khamis ni lah ya Amirul?"
Ouh, Joe tengah call abang Amirul ke. Ingat cakap dengan aku.
Aku menggaru kepala aku yang kusut. Malas betul nak bangun. Dah lah bilik hotel ni sejuk semacam. Kalau bilik aku kira okay lagi.
"Harini? Kau nak bawak Sara sekali ke? Sukati kaulah...", aku mendengar lagi balasan Joe menjawab panggilan abang Amirul. Haih, diorang ni ada-ada jer lah plan.
"Hah, okay... Kul 9 pagi eh? Aku letak dulu...", Joe meletak handphonenya.
Aku pura-pura tido menyelubung dalam selimut.
"Tido lagi! Tak ingat nak bangun ke sayang ni...", Joe menerpa tubuh aku.
"Warrgghhh! Tak guna!", aku yang asalnya nak pura-pura tido mati tergendala. Aduh!
"Sini... Isteri abang ni.. Ganas ke tak abang tetap sayang..", Joe menarik tubuh aku rapat pada tubuhnya.
Gulp! Aishh.... Dah lama dia tak buat macam ni ngan aku. Terasa jantung aku berdegup laju. Mengalahkan aku semput lari 100 meter.
Aku terasa lemas walaupun bilik ni memang ber aircond.
Aku hanya mampu diam dan melayan setiap kelakuan Joe.
Joe ni nampak jer ego, segak, memang nampaklah karisma dia kat luar. Tapi, sape tahu hati dia sangatlah lembut dan antara orang yang dapat rasainya adalah aku.
Aku mengangkat kepala aku untuk melihat muka Joe yang hanya beberapa cm jer dari muka aku. Riak mukanya tampak berbeza daripada yang aku biasa lihat.
"Dah! Saya panas...", aku terus menolak tubuhnya perlahan dan duduk bersila atas katil. Awkward~
Tangan Joe mencapai tangan aku, digenggam erat.
"Apa?"
"Saya tak faham, macam mana abang tetap boleh pilih saya selama ni, padahal ramai jer yang nak menyendeng dekat abang...", tiba-tiba jer aku terpacul soalan tak munasabah ni. Aku biarkan jer tangannya mengenggam tangan aku. Aduh! Aku bukannya nak lari mana-mana pun.
Joe mengamati muka aku. Lama, tanpa berkelip. Dia pun bangun dari baring dan duduk menghadap aku. Lutut bertemu lutut.
"Abang tak tahu, tapi muka ni lah yang tunjuk semua expression kat abang, sedih ke, happy ke, stress ke, frust ke, semua sayang lahirkan kat abang. Tak pernah nampak fake...", kedua tapak tangannya naik ke pipi aku. Macam yang dia selalu buat.
"Tapi..."
"Sayang tak pernah nak lari dari pandangan abang... Dulu kalau nampak abang jer mesti sayang jadi attention kan...", jari nya mengepit hidung aku lembut diikuti dengan tawanya.
"Attention benda nya?", aku tak faham. Err... Obvious sangat ke aku stalk dia dulu actually.
"Eleh... Time aku datang melawat sekolah dulu, kau tak tegur pun aku... Tapi yang kelakarnya, aku gi mana-mana kat dalam kawasan sekolah tu mesti nampak kau terselit kat mana-mana... Nakal eh isteri abang ni...", sambung Joe dengan panggilan bercampur 'aku kau' dengan 'abang sayang' , Joe memicit pipi aku.
Erk! Aku menekup mulut aku. Teringat balik apa yang aku buat 10 tahun lepas. Lol.
"Sayang, I just want to let you know that...", Joe menolak rambut aku kebelakang dengan lembut.
YOU ARE READING
Senior Skema 👓
Teen FictionAdriana yang meluahkan segala cerita tentang pertemuannya dengan senior pujaan hati yang tak berapa hot seperti pelajar lain tetapi amat dikenali oleh seluruh warga sekolah kerana sikapnya dan akademik nya. Zupp! Terlebih cemerlang. Pelbagai perkara...