(Intro 10) Change

1.2K 75 2
                                    

Aku merenung buku rujukan Mathematics dari tadi. Sungguh! Aku takde motivation nak belajar. Berapa kali aku baca bab yang sama, tapi tak faham.

Aku melempar buku di atas meja. Rambut aku yang serabut dari tadi aku menambah keserabutannya.

"Yang kat sana tu dah kenapa?", Athirah yang sedang membaca novel menegur aku. Amboi! Waktu prep untuk belajar, bukan membaca novel.

Anisa yang berada di sebelah memukul lengan Athirah.

"Oh, sorry.", Athirah meminta maaf. Menyedari perasaan aku yang makin kusut.

"Takpelah Athirah, bukan salah kau pun", aku memberi senyuman nipis kepada Athirah. Tak nak lah suasana dingin jer kan.

"Kau, tak jumpa dia lagi ke?", soal Athirah. Novelnya diturunkan bagi nampak muka aku.

"Tak lagi, biarlah dia. Hidup dia kan. Siapa aku nak kacau hidup dia", nada suara aku mendatar.

Athirah mengangguk tanda faham. Dia menyambung pembacaan nya. Tak nak buat aku terasa lagi.

"Awak ni dah kenapa Sara?", sedari tadi Sara merenung aku. Sekejap-sekejap dia tersengih macam kerang busuk.

"Ehehehe, takde apa lah", Sara menggeleng dan terus melarikan pandangannya.

Aku memyentuh dada aku. Hati aku rasa kurang senang teramat sangat. Nafas aku naik turun agak berat.

Ada something yang akan berlaku ke nanti?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Author pov

"Errrgggghhhhh"

Tubuh Joe ditolak kasar ke arah dinding.

Harris, antara budak atlet paling hot yang berada di hadapannya mencengkak kemas kolar baju Joe. Mukanya merah padam menahan marah.

"Siapa kau hah, suka hati tolak aku?!", jerit Joe. Tangannya sedaya upaya cuba melepaskan cengkaman Harris.

"Hahaha! Aku yang patut tanya kau. Sape kau nak rampas buah hati aku!!", tubuh Joe dilanggarkan ke dinding sekali lagi.

Joe menunduk lemah. Kepalanya sakit terhantuk dinding.

"Sape buah hati kau, hah?!"

"Eh, kau boleh buat tak tahu. Aku sangka kau budak pandai boleh jawab soalan mudah aku!", Harris menarik kolar baju Joe dengan kasar.

"Errgghh! Lepaskan aku lah!", Joe sedaya upaya cuba melepaskan cengkaman Harris sekali lagi.

"Jangan mimpilah selagi aku tak settle lagi dengan kau!"

Joe mengetap bibir.

"Aku nak tanya, apahal kau rapat sangat hah dengan Alin tu?!", tanya Harris teramat kasar.

Joe meneguk air liur. Alin?! Bila masa dia rapat dengan Alin. Yang dia tahu, budak tu asyik mengekori ke mana sahaja dia pergi. Nak marah, nanti dia kacau Rin lagi sekali. Jadi, dia ambil keputusan untuk mengikut kata Alin daripada Rin menjadi mangsa.

"Aku tak rapat langsung dengan si Alin tu! Perempuan tu ikut aku je kerja dia!", bangkang Joe.

"Oh ya ke?! Kalau kau dengan Alin asyik jumpa jer bukan namanya rapat ke? Bukan couple? Tak sangka kau bodoh jugak. Fikir budak icon kat sekolah ni?!!", tengking Harris betul-betul depan muka Joe.

"Kau boleh lagi gelak ketawa dengan dia! Fikir aku buta ke?!"

"Aku terpaksa bro! Kau tanyalah sendiri si Alin tu. Kalau aku tak buat semua tu, orang yang aku suka tu akan jadi mangsa dia lagi!", Joe menolak tangan Harris. Cengkaman Harris terlepas.

Senior Skema 👓Where stories live. Discover now