"Adriana, minggu ni kamu balik kan?", soalan ibu yang dari hujung talian mengejutkan aku. Tak pernah ibu tanya aku bila balik, selalunya aku jerlah yang tukang bagitahu bila balik.
Harini Khamis, memang dah rutin aku setiap hari Khamis minggu balik wajib aku akan call ibu. Nak buat apa lagi? Bagitahu ibu lah esok kena amik balik sebab balik wajib.
"Ah, dah memang Adriana call ni maknanya balik lah, kenapa ibu tanya tiba-tiba pulak ni?", otak aku ligat fikir. Mesti ada something kaitan dengan agenda dia haritu.
"Ouh, adalah. Just wait and see okay sayang? ", jawab ibu di hujung talian.
Aku memasukkan lagi duit syiling 20 sen.
" Fine.... ", balasku pendek dan meleret. Tandanya aku dah fed up nak tanya lebih.
" Kamu okay ke tak ni sayang? Gaya cam tak sihat jer...? "
" Ah... Okay jerlah... Cuma stress skit sebab banyak kerja nak kena buat... ", jelas ku.
" Janganlah stress belajar.. Mana Adriana yang ibu kenal dulu? Yang tahu nak enjoy at the same time belajar. Yang tak pernah stress.. Sejak akhir-akhir ni ibu tengok kamu ni asyik stress jer.. ", panjang lebar ibu balas kepada aku.
Hmm... Nak buat camne.. Kalau kerja bertimbun memang kena hadap lah satu-satu kerja. Lagi-lagi aku ni budak nak PT3.
"Adriana dah form 3, nak PT3 dah, takkan nak lek lagi.", jawabku semula.
Tit.. Tit.. Bunyi public phone mintak duit lagi. Aku meraba poket dompet aku yang meletakkan duit syiling aku dalam tu.
'Alamak! Duiy syiling aku dah habis!', okay, time to hang up.
"Okay lah bu, duit syiling habis dah ni.. Bye, assalamualaikum. ", aku menghabiskan baki 5 saat yang ada and tup! Terputus...
Haha... Dah biasa sangat macam ni, selagi tak habis syiling, selagi tu ibu nak bebel kat telefon tu.
________________________________________Tengah tunggu ayah amik aku dari asrama. Yep, today is Friday and harini balik wajib.
Ibu pun kata ayah nak bawak aku jalan-jalan petang ni. Tak kisah kalau nak bawak kawan. Maklumlah aku ni anak sulung..
Aku anak sulung? Yep, bukan anak tunggal. Tapi, anak sulung yang menjadi anak tunggal sebab adik aku meninggal dunia.
Aku tak berapa rasa sebab yang rasa cuma ibu dengan ayah. Ibu gugur waktu kandungan umur 2 bulan.
Lagipun waktu tu aku baru 4 tahun, tak faham pape lagi.
Back to main..
Actually, aku dengan Sara plan nak outing harini, dah alang-alang balik.. Apa salahnya melencong sekejap sebelum sampai rumah. Bak kata Sara. Siap supply syiling lagi suruh aku call ibu balik semalam.
Lagipun, Sara kata dia nak sangat keluar dengan aku selama ni. Aku pun on jerlah, alang-alang ajak keluar.
" Adriana..! ", Sara datang meluru ke arah aku. Aku yang tengah baca novel menurunkan sedikit bagi aku nampak tuan empunya suara.
" Ya Sara, awak nak apa? ", aku menutup novel aku dan memberi tumpuan kepada Sara.
" Ish awak ni, tengah emo ke? ", Sara salah faham lagi dengan nada aku cakap. Dia duduk disebelah aku.
" Taklah Sara, kita tak emo pun. Kitakan memang camni.. ", aku senyum bagi yakinkan ayat aku.
" Ya ke ni? ", Sara macam tak selesa dengan aku. Haih, camne dia nak cakap dengan aku kalau dia tak faham dengan peel aku sendiri. Makin susah aku nak faham dia.
YOU ARE READING
Senior Skema 👓
Teen FictionAdriana yang meluahkan segala cerita tentang pertemuannya dengan senior pujaan hati yang tak berapa hot seperti pelajar lain tetapi amat dikenali oleh seluruh warga sekolah kerana sikapnya dan akademik nya. Zupp! Terlebih cemerlang. Pelbagai perkara...