Extended 2

646 23 4
                                    

Aku terkebil-kebil memandang insan yang tersengih-sengih menayang gigi ke arah aku.

Jap jap jap... Asal aku loading lambat sangat ni, aku cam kenal.

"Aik? Bapak mertua sendiri tak kenal ke?", mukanya berkerut. Senyumannya kendur sedikit. Alamak alamak.

"Ah... Ayah...", Aku mengukir senyuman leret. Ahaha...macam mana otak aku boleh lupa ni, padahal raya haritu baru jer jumpa.

Langkah aku diatur ke arah sofa, tangan dihulur, salam disambut, tanda hormat. Okay aku buat pantun apa ni.

"Kerja okay tak? Johan takde buat masalah kan?", ayah menegakkan badan sambil mengurut tangannya, menumpukan perhatian pada aku.

"Errr.... Okay jer.. takde apa pun, perangai elok jer dia tu..", aku menjawab agak tergagap. Tak habis lagi agaknya awkward tu.

"Eh duduklah, kamu ni, jangan berdiri tegak macam tu jer, macam pembantu rumah pulak, kamu ni PA kot..."

Aku mengangguk perlahan. Belum sempat aku duduk.

Kluck! Bunyi tombol pintu dipulas. Terlihat insan yang amat aku sayangi (lol, author nak muntah) melangkah masuk ke dalam office.

Joe membetulkan rambut dan blazzer sebelum matanya terarah ke arah kitorang.

"Eh? Ayah?", mulut Joe ternganga tapi tetap melangkah ke arah kitorang salam nya dihulur.

Dia terkejut agaknya, sebab ayah dia memang busy sejak dia sekolah rendah, banyak benda nak diuruskan, nak spend time dengan family pun jarang. Tu lah apa yang Joe cerita kat aku.

"Ayah membawa hajat apa datang kemari..?", soal Joe sambil melangkah ke arah mejanya. Laptopnya dikeluarkan dan diletakkan atas meja.

"Takde apa, sajer jenguk office lama ayah ni, teratur ke tidak pengurusannya..", ayah meneliti keadaan sekeliling dengan muka serius.

Terdiam Joe. Riak mukanya berubah. Takut ke..?

"Ayah takde urusan ke hari ni?", aku membuka suara pula.

"Ayah guraulah... Tak payahlah nak buat muka cuak macam tu, buruk..", ayah tersengih kemudian tertawa kecil.

"Ayah...!", Joe hampir mengetuk meja tapi sempat brek. Bibirnya diketap menahan sabar.

Aku pun terburai tawa aku. Sumpah kelakar tengok muka dia cuak tadi. Plus, cute.. ehek.

 "Ayah takde urusan ke harini?", aku pula membuka bicara. 

"Oh, ada, tapi sajer nak lari dari kerja, salah ke?", dengan selambanya ayah membalas macam tu.

"Apa ni yah? Habislah nanti reputasi.."

"Gurau..", ayah memotong kata-kata Joe. Dia menyambung tawanya sekali lagi.

Aku hanya menggeleng sambil menahan gelak. Aku rasa sebab ayah kurang spend time dengan family, macm ni lah gamaknya. Semua boleh dibuat gurau. Aku pandang muka Joe, terkulat-kulat mendengar jawapan ayah. Hahaahah..

------------------------------------------------------------

Esok.

"BOO!"

"Warrgghh..! Baju terbang!", aku melatah teruk.

Aku memandang suara yang terkekek gelakkan aku. Tangan aku laju dihayun tinggi sebelum hinggap pada bahu Hidayah.

"Sakitlah Ad! Bisanya tu... ingat kurang dah lepas kahwin, rupanya sama jer...", Hidayah mencebik sambil menggosok perlahan bahunya.

"Kau pulak, perangai mengusik tu sama jer walaupun lepas kahwin.", aku menolak kerusi aku ke belakang sebelum dipusingkan ke arah Hidayah yang berdiri di belakang aku.

"Eh, eh... Nak lawan ke?"

"Apa?", berkerut muka aku. Minah ni, aku campak keluar kang bagus jugak.

"Ehek.. takde apa..", Hidayah menekup mukanya dengan tangan. Apahal dengan minah ni? Mental? Tapi perangai dia memang mental pun.

"Kau ni, dah perangai macam ni, sondol-sondol aku mesti ada something ni kan?", aku mecucuk pinggang Hidayah. Dia terundur ke belakang, mengelak daripada serangan aku yang kedua.

"Ish kau ni, jangan lah usik aku..", dia meraba perut dia pulak.

"Asal kau ni... Gedik bukan main, selalunya balas balik kalu aku cuit..", pelik jugak dia tak refleks bila aku cucuk dia tadi. Selalunya, dia kalau membalas, lagi teruk dari aku.

"Emm... aku nak bagitahu ni..."

"Apa benda?"

Dia buat muka comel dia sambil kembungkang pipi. Fikir cute lah? Dengan jari tak habis-habis menekup muka nya yang suci murni dari jerawat tu.

"Kau cakap! Kalu tak aku terajang... Fikir cute ke macam tu?", aku dah mengasah penumbuk aku. Geram tengok dia buat muka macam tu. Pergi buat depan Harit takpelah jugak. Ada faedah. Kalau aku? Buat sakit otak jer.

"Alah kau ni, aku tak comellah, aku lawa~"

Wek, sila meninggal.

"Sampai hati kau nak terajang bakal ibu ni, eh! Alamak!", Hidayah menekup muka nya kembali.

Haahhhhhh........? Aku salah dengar ke...?

"Apa Hidayah, ulang balik?", aku buang muka nakal aku dan muka aku automatik berkerut. Hidayah mengandung?

"Aku nak ada anak.. yeay!", dia mengangkat tangan happy. 

Aku tersenyum lebar. "Kau ni kan! Lain kali jangan nak perangai setan sangat kalau nak bagitahu aku, mahunya aku humban kau betul-betul, mampus kau nanti...", nada aku direndahkan. Excited sebenarnya. Tapi, aku tak nak lah menjerit kat dalam ni, nanti orang lain pulak masuk bilik ni.

"Harith tahu tak?", soal aku.

"Tak, aku sengaja tak bagitahu dia awal-awal. Biar surprise.", Hidayah menayang giginya yang tersusun rapi.

"Maknanya, kau belum jumpa doktor lagilah?"

"Yep, aku baru buat ujian pagi tadi, nak bagitahu Harith tak kena masa lah, sebab pagi tadi dia tiba-tiba kibut bangun pagi sebab lupa gosok baju semalam...", Hidayah mencebik sambil mengenang apa yang berlaku pagi tadi.

"Oh... bagitahulah cepat.. Aku nak tengok reaction dia... Mesti speechless... ahaaahah.."

Kitorang berdua ketawa bersama.

"Kau pulak bila..?", Hidayah memicit pipi aku dengan senyuman nakalnya. Aih, mulalah dia...

Aku tersentak, menelan air liur yang rasa seakan berpasir. For the forst time, ada orang tanya aku soalan macam ni. Mak ayah aku pun tak pernah tanya, mak ayah mertua,  even Joe pun tak pernah kemuka topik ni. Sakit jugak bila terima soalan ni rupanya.

"Belum lagi... tunggu jerlah...", aku menjawab dengan tenang.

"Aku faham, korang busy kan, mesti kena plan elok-elok..", Hidayah menepuk bahu aku perlahan. Nadanya dah tak selantang tadi.

Aku hanya membatu. Fikiran aku dah mula menjauh dari alam realiti.

"Aku balik bilik tau, kalau lepak lama-lama nanti habis aku..", Hidayah mengelus pipi aku bagi aku sedar sebelum melangkah keluar dari bilik aku.

Aku hanya mengangguk perlahan dengan mata aku memerhati langkah Hidayah pergi.

Aku merapatkan semula kerusi pada meja. Laptop aku ditarik bagi aku selesa untuk menaip.

Walaupun niat aku nak sambung kerja, tapi otak aku dah menerawang ke dunia lain.

"Berapa bulan..? Baru setengah tahun...", aku mengira berapa lama aku bergelar Puan sekarang ni.

Termenung... lagi... depan meja.. Senyuman yang diukir sebentar tadi dah lama pudar. Helaan nafas berat aku hembuskan.

'Im sorry...'

----------------------------------------------------------------

Yeay! Dah, author nak exam, bagi otak author brain pelajaran kejap ye baru brain macam mana nak sambung cerita ni.

Senior Skema 👓Where stories live. Discover now