Joe pov
"Rin...! Buat apa...?"
Sedari tadi Rin diam dalam bilik. Risau aku dibuatnya. Haih, bila dah biasa sangat dia buat bising kat rumah ni,bila senyap akan rasa lain.
Aku menyandarkan diri pada pintu bilik Rin. Membuat pengecaman bunyi. Dah kenapa dengan aku ni?
'Meruntuhkan egoku bukanlah
Satu hal yang mudah
Dengan kasih lembut kau pecahkan
Kerasnya hatikuBeruntungnya aku
Dimiliki kamuKamu adalah bukti
Dari cantiknya paras dan hati
Kau jadi harmoni saat kubernyanyi
Tentang terang dan gelapnya hidup iniKaulah bentuk terindah
Dari baiknya Tuhan padaku
Waktu tak mengusaikan cantikmu
Kau wanita terhebat bagiku
Tolong kamu camkan itu'-Bukti, by Virgoun-
Aku tersenyum. Alahai, dah kenapa nyanyi lagu macam ni sayang oi.. Selama ni nak lagu rancak jer keje dia.
Kluck! Bunyi tombol pintu dibuka.
"Wargh tak guna!", aku tak sempat berganjak dari pintu. Terjelopok ke depan.
"Aduh..", aku terduduk.
"Kantoi curi dengar lagi.. Fikir aku tak tahu?", Seloroh Rin sambil mencekak pinggang memandang aku.
Aku hanya tersengih. "Ehmm...hebat betul sayang ni ya predict pergerakan abang..."
"Takdelah, tadi macam dengar tapak kaki hang ni menuju sini. Tetiba senyap tu, tahulah apa hang buat..", Rin hanya memberi senyuman leret dengan bahasa utaranya. Mentang-mentanglah kampung aku belah utara.
Aku bangun dari duduk. Dibetulkan baju sebelum duduk bersila atas katil.
Rin menutup pintu dan dikunci.
"Tengah buat apa? Sayang tak penat ke?", Soal aku, aku ambil satu bantal untuk dibuat peluk. Hebat betul tenaga Rin harini. Meeting bertumpuk harini tak penat ke? Selalunya time ni lah dia dah baring-baring termenung. Menunggu masa nak tido.
"Tak"
"Aih? Pelik sangat hang ni.. "
"Ntah, mungkin sebab dah biasa melayan kerenah 'budak' besar kot?", jawab Rin. Dia sedang membelek satu-satu sketch booknya.
"Last week? Oh! Sayang kata nak cerita kat abang! Bila nya nak cerita... Cam menarik jer..", pinta aku dengan teruja.
"Menarik ya? Aku rasa nak sepok jer kau hari-hari tahu tak?", Rin menutup bukunya dan disusun kembali dalam kotak bawah meja kerja.
"Mana lah aku tahu, cuba cerita sikit.. Ish!", aku memeluk tubuh sambil mencebik.
"Hah! Dah datang balik perangai mengada kau ni... Aku fobia tahu tak?", eh tetiba melenting isteri aku dah kenapa.
Rin mengambil buku berkulit merah kulit, buku tersebut dibukanya dan menyelak satu-persatu helaian muka surat. Kemudian, dia melipat bucu satu muka surat.
"K fine, aku serious lah.. Tengoklah muka aku ni betul-betul!", cermin mata aku dibetulkan.
Rin tersenyum memandang aku.
YOU ARE READING
Senior Skema 👓
Teen FictionAdriana yang meluahkan segala cerita tentang pertemuannya dengan senior pujaan hati yang tak berapa hot seperti pelajar lain tetapi amat dikenali oleh seluruh warga sekolah kerana sikapnya dan akademik nya. Zupp! Terlebih cemerlang. Pelbagai perkara...